Now Reading
Kes Wanita ‘Tinggal’ Di KLIA 1: Polis Sahkan Individu Ada Kad Mental, Kini Dihantar Ke Hospital Kajang

Kes Wanita ‘Tinggal’ Di KLIA 1: Polis Sahkan Individu Ada Kad Mental, Kini Dihantar Ke Hospital Kajang

Pun begitu, punca sebenar mengapa wanita terbabit berada di KLIA 1 masih belum diketahui.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan antara salah satu pintu masuk ke Malaysia selalu dipuji dan diiktiraf tahap dan kualiti perkhidmatannya.

Trafik penumpang antarabangsa pada Julai 2025 juga mencatatkan peningkatan 10.3% berbanding bulan Jun 2025. Selain itu, KLIA turut disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024.

Dalam pada KLIA dinobatkan prestasi yang cemerlang, tular pula beberapa dakwaan baru-baru ini yang mengatakan segelintir pihak menyalahgunakan segala fasiliti yang dikhususkan buat penumpang penerbangan, pengunjung ataupun kakitangan di lapangan terbang.

Baca Artikel Berkaitan: Kualiti Perkhidmatan KLIA Diiktiraf Sebagai Yang Terbaik Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Baca Artikel Berkaitan: KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya

Wanita Didakwa ‘Menetap’ Di Lapangan Terbang Tengking Pengunjung KLIA 1

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Raef Benzemi (@raef_benzemi) berkongsi situasi yang berlaku di KLIA Terminal 1.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang wanita berbaju warna biru sedang memarahi beberapa pengunjung di sana. Dakwa Raef, wanita itu berang dengan tindakan kanak-kanak yang bermain di sekitar kawasan tempat duduknya di balai pelepasan KLIA.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa wanita itu sudah menetap di lapangan terbang antarabangsa itu selama satu tahun.

“Difahamkan dia sudah setahun tinggal, tidur dan mandi di situ. Macam mana pengurusan airport boleh membiarkan keselamatan negara dengan membiarkan orang macam ni bebas selama setahun dalam airport,” dakwa Raef.

Guna 4 Troli Lapangan Terbang Untuk Letak Semua Barang Keperluan

Dalam hantaran sama, kelihatan wanita itu dengan santai bermain dengan telefon bimbitnya sambil duduk di ruangan menunggu sambil dikelilingi bagasi dan barangan peribadi miliknya. Wanita itu dilihat menggunakan empat troli untuk meletakkan kesemua hak miliknya.

“Setahun duduk lapangan terbang. Wifi free. Air free. Penyaman udara free. Macam mana dia makan?” soal lelaki itu lagi.

Malah dia mengaitkan tindakan wanita itu sama seperti Viktor Navorski, watak seorang lelaki lakonan Tom Hanks yang menghuni di lapangan terbang akibat masalah pasport dalam filem The Terminal.

“Viktor Navorski versi perempuan dalam filem The Terminal.”

@raef_benzemi Malam tadi berlaku satu kejadian. Seorang wanita dewasa menengking dan memaki anak-anak kecil yang sedang bermain. Difahamkan dia sudah setahun tinggal, tidur dan mandi di situ. Macam mana pengurusan airport boleh membiarkan keselamatan negara dengan membiarkan orang macam ni bebas selama setahun dalam airport. #xyzbca #klia #fyp ♬ original sound – Hijrah Route

Tonton video penuh [DI SINI].

Tegas lelaki tersebut lagi, lapangan terbang bukanlah tempat untuk golongan gelandangan jadikan port menetap, tetapi transit kepada penumpang untuk ke sesuatu destinasi.

“Airport tempat transit, bukan tempat hidup. Setahun duduk situ, dah mental dah ni.”

Wanita terlibat ada kad sakit mental, sudah dihantar ke Hospital Kajang

Dalam satu perkembangan terbaharu, polis mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di KLIA Terminal 1 mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah, wanita itu merupakan warga tempatan dan telah ditahan pada 18 Disember lalu.

Jelas Albany, pihaknya menerima aduan berkaitan kekacauan yang ditimbulkan wanita itu sebelum mengerahkan anggotanya untuk meninjau keadaan, lapor Kosmo.

“Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya dipetik Sinar Harian.

Meskipun begitu, punca sebenar mengapa wanita terbabit berada di KLIA 1 masih belum diketahui.

5 Gelandangan Kini Menetap Di KLIA

Memetik laporan Kosmo, ketika ini lebih kurang lima orang gelandangan terdiri daripada lelaki dan wanita termasuk warga emas menjadikan KLIA sebagai tempat tinggal sejak lebih setahun lalu.

Mereka bagaimanapun akan sentiasa berpindah randah sekitar ibu negara dan tidak menetap lama di KLIA bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Menurut tinjauan Kosmo, golongan ini menggunakan kerusi di balai pelepasan sebagai tempat tidur dan tandas di tingkat empat untuk membersihkan diri mereka.

Dakwa Gelandangan Kembali Tinggal Di KLIA Walau Dah Ditegur Kakitangan KLIA

Dalam laporan sama, seorang saksi yang juga pekerja di KLIA mendakwa golongan ini pernah ditegur oleh kakitangan lapangan terbang, namun tidak diendahkan apabila mereka kembali muncul di lokasi sama selepas beberapa bulan menghilangkan diri.

Warga Emas Duduk Di KLIA Kerana Tidak Mampu Bekerja

Seorang warga emas berusia 70 tahun yang tinggal di situ berkata ketidakmampuannya untuk terus bekerja merupakan antara punca dia memilih untuk menetap di KLIA.

“Saya bukan selalu berada di KLIA, adakalanya saya akan duduk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan beberapa kawasan lain.

“Saya tidak berkahwin dan tidak mempunya keluarga, jadi saya memilih untuk hidup sendirian, adakalanya di TBS, kadang-kadang di KLIA,” katanya.

Sebagai info, pada 2015 Harian Metro pernah melaporkan perkara sama. Memetik Harian Metro, ada di kalangan gelandangan yang tidur di kemudahan tempat duduk disediakan berbulan lamanya serta menggunakan troli bagasi untuk menyangkut pakaian.

Menurut seorang kakitangan awam, perkara itu boleh menjejaskan nama baik negara terutamanya pada pandangan pelancong asing.

Setakat ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) belum memberikan sebarang respon mengenai video yang tular atau kes gelandangan yang menetap di KLIA.

Ramai Persoal Individu Boleh Sesuka Hati Tinggal Di KLIA Dalam Tempoh Masa Lama

Menjengah ke ruangan komen di TikTok, rata-rata orang ramai mempersoal sama ada pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ataupun tidak bagi menangani kes gelandangan yang menghuni di KLIA.

“Macam mana boleh bermastautin dekat lapangan terbang selama itu? Tak akan tak kena halau sebelum ni?” tanya seorang individu.

“Jika betul berlaku, ini menunjukkan penguatkuasaan di KLIA yang lemah,” tambah seorang lagi netizen.

Pengguna TikTok Dakwa Ada Penumpang Hilang Pasport Punca Tersadai Di KLIA

Seorang wanita yang mengaku bekas pekerja di Terminal Satelit, KLIA pula mendakwa bahawa ada penumpang dari negara luar yang tersadai lama di lapangan terbang akibat kehilangan pasport.

“Dulu aku kerja dekat Satelit, banyak je penumpang yang tersadai berbulan-bulan sebab hilang pasport. Ada yang datang dekat aku nangis-nangis. Mana macam nak tolongnya,” dedahnya.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd