Tiada Tempoh Honeymoon, Namun Menteri Baharu Diminta Fahami Dasar Kementerian Dahulu
Menurut Jurucakap Kerajaan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terdapat menteri baharu yang masih belum memahami sepenuhnya sistem dan tatacara Kabinet.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 16 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Madani.
Menerusi perubahan yang dilakukan, terdapat beberapa menteri yang baharu dilantik, termasuk mereka yang ditukar portfolio serta digugurkan.
Antaranya termasuklah perubahan portfolio bagi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baharu dan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan.
Baca Artikel Berkaitan: “Kebimbangan Utama Ialah Pelaksanaan Agenda Parti” – Ketua Pemuda UMNO WP Ulas Isu Pelantikan Hannah Yeoh
Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Umum Rombakan, Ini Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Terkini
Baca Artikel Berkaitan: Zaliha & Mohd Na’im Digugur Daripada Kabinet Kerajaan Madani, Hannah Yeoh Tukar Kementerian
Tiada Tempoh ‘Bulan Madu’ Buat Ahli Kabinet
Sehubungan itu, Perdana Menteri ketika mesyuarat pertama Kabinet semalam (17 Disember) mengingatkan para Jemaah Menteri bahawa tiada tempoh ‘bulan madu’ yang diberikan kepada menteri baharu.
Perkara ini dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, selepas satu sesi taklimat Kabinet hari ini (18 Disember).
Katanya lagi, Anwar telah memaklumkan semua menteri baharu agar menjalankan tugasan mereka dengan serta-merta.
Jemaah Menteri Diiingatkan Memahami Dasar Kementerian
Dalam masa sama, Anwar turut mengingatkan ahli Jemaah Menteri agar tidak membuat keputusan dengan tergesa-gesa, sebaliknya memahami dahulu pengurusan dan dasar kementerian masing-masing sepenuhnya.
“Di mesyuarat Kabinet pada 17 Disember, Perdana Menteri mengalu-alukan kesemua menteri baharu dan mengeluarkan peringatan tegas kepada mereka agar memberi perhatian yang teliti terhadap beberapa aspek.
“Pertama, mereka diarahkan agar meluangkan masa untuk mempelajari dan mendapatkan pemahaman mendalam tentang kesemua aspek pengurusan, sama ada di peringkat kementerian atau berkaitan polisi yang sedang dibangunkan,” kata Fahmi dipetik the Star.
Beliau bagaimanapun berkata Perdana Menteri tidak menetapkan sebarang tempoh masa khusus buat para menteri yang baharu dilantik.
Menteri Diminta Ambil Maklum Pandangan Penjawat Awam
Tambah Fahmi lagi, PMX turut menasihati para Jemaah Menteri agar membuat keputusan dengan teliti dan turut mempertimbangkan pandangan pegawai serta penjawat awam.
“Perdana Menteri juga memberi ruang kepada semua ahli Kabinet baharu untuk meneliti semula beberapa perkara sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan polisi.
“Ini adalah penting kerana sesetengah daripada menteri yang baru dilantik belum benar-benar biasa atau memahami sepenuhnya sistem Kabinet. Perkara ini kini sedang diteliti,” ujarnya.
Fahmi juga berkata, segala perkembangan dan prestasi anggota Kabinet dijangka akan dipantau secara dekat oleh Perdana Menteri agar isu pentadbiran dapat ditangani dalam kadar segera, lapor Kosmo.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



