Now Reading
Gambit Group Anjur ‘Movie Day with a Heart’, Lancar Impact Partner Program

Gambit Group Anjur ‘Movie Day with a Heart’, Lancar Impact Partner Program

Tayangan filem amal tertutup ‘Movie Day with a Heart’ yang berlangsung pada Ahad lalu (14 Disember), bertujuan meraikan perkongsian komuniti, mengiktiraf usaha Impact Partners dan memupuk penglibatan yang bermakna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, konsortium pengurusan kekayaan syarikat, Gambit Group, telah melancarkan inisiatif terbaharunya, Impact Partner Program.

Ini merupakan satu inisiatif yang membolehkan kliennya menyokong organisasi sosial dan persekitaran yang sah menerusi pemberian sumbangan secara berstruktur menerusi agihan amanah.

Pelancaran itu telah diadakan menerusi tayangan filem amal tertutup ‘Movie Day with a Heart’ pada Ahad lalu (14 Disember), yang meraikan perkongsian komuniti, mengiktiraf usaha Impact Partners dan memupuk penglibatan yang bermakna.

“Menerusi Impact Partner Program, kami berharap untuk melangkaui sumbangan sekali sahaja dan membina hubungan jangka masa panjang yang bermakna dengan organisasi yang menghasilkan impak sebenar dalam komuniti.

“Dengan membolehkan pemberian berstruktur dan sukarela menerusi perjanjian amanah, kami memudahkan proses bagi klien untuk menyokong usaha dengan cara yang mampan, tanpa kerumitan tambahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gambit Group, Datuk Clifford Hii.

Gambit Group & Yayasan Hiichiikok Tandatangani MoU

Turut berlangsung di tayangan filem itu, ialah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Gambit Group bersama Yayasan Hiichiikok.

Perjanjian ini mengesahkan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua organisasi dalam membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi penglibatan yang berterusan dan inisiatif lain pada masa hadapan.

“MoU ini bukan sekadar perjanjian rasmi, ia adalah asas bagi kolaborasi yang mantan. Ia memastikan pelan jangka masa panjang kami, iaitu untuk memperluaskan sokongan pendidikan dan memperkasakan program jagaan kami, menerima dukungan daripada rakan kerjasama yang dipercayai seperti Gambit Group,” kata Pengurus Rumah Yayasan Hiichiikok, Frieda Ngui.

Foto: Gambit Group

Gambit Group Sumbang RM15,000 Kepada 3 Rakan Kerjasama

Dalam acara sama, konsortium itu turut menyampaikan sumbangan kepada tiga rakan kerjasamanya – Hiichiikok Foundation, The National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan WWF-Malaysia – dengan jumlah RM5,000 masing-masing.

NASOM telah memasuki satu kerjasama bersama Gambit Group pada September lalu dan menerima sokongan menerusi rangka kerja Impact Partner bagi usahanya dalam memperkasakan kanak-kanak dan individu autistik.

“Sumbangan itu akan menyokong keperluan operasi di pusat kami, terutamanya dalam mempertingkatkan bahan pelajaran dan kelas, menaik taraf fasiliti pusat dan melaksanakan program yang terbaharu.

“Lebih penting ia akan membantu kami dalam menghasilkan program intervensi dan vokasional berkesan yang memperkasakan kanak-kanak dan dewasa autistik agar mencapai potensi penuh mereka,” ujar Pengerusi NASOM, Julian Wong Ming Vui.

Foto: Gambit Group

Selain itu, WWF-Malaysia pula diiktiraf sebagai Impact Partner menerusi usaha berterusannya dalam pemuliharaan persekitaran, dengan sumbangan yang diterima menyokong inisiatifnya dalam bidang tumpuan utama termasuk hutan, marin dan iklim.

“Kerjasama dengan Gambit Group mengingatkan kami bahawa legasi ialah tentang apa yang ditinggalkan dan dilindungi hari ini. Bersama-sama, kami menunjukkan yang perubahan bermakna bagi manusia dan alam sekitar boleh dilakukan apabila kami bertindak sepenuh hati,” kata Ketua Perkongsian Filantropi WWF-Malaysia WWF-Malaysia, Alya Syahida Allias.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd