Dewan Negara Luluskan RUU Sewa Beli (Pindaan), Tawar Diskaun Bagi Bayaran Awal
Diskaun ihsan itu akan ditawarkan bagi pinjaman sewa beli kadar tetap sedia ada yang dilangsaikan dengan lebih awal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pelanggan yang melakukan pinjaman dengan pihak bank sudah tentu perlu membuat bayaran setiap bulan sehinggalah pinjaman itu dilangsaikan.
Dalam masa sama, peminjam juga perlu menanggung bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi Pros & Cons Ambil Pinjaman Kereta Selama 5 Serta 9 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wajar Ke Buat Pinjaman Peribadi Hanya Untuk Majlis Perkahwinan?
Baca Artikel Berkaitan: Pinjaman Rumah Tanpa Kerja Tetap & Slip Gaji. Bagus Atau Tidak?
Diskaun Juga Ditawarkan Pada Pinjaman Guna Kaedah Peraturan 78
Terkini, pelanggan bakal menikmati diskaun ihsan jika menjelaskan pinjaman sewa beli kadar tetap sedia ada dengan lebih awal.
Ini adalah selepas Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025.
Dalam satu kenyataan bersama semalam (3 Disember), Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) berkata diskaun itu turut ditawarkan kepada pinjaman yang menggunakan kaedah Peraturan 78.
Kaedah Pinjaman Peraturan 78 Akan Dimansuhkan Di Bawah HPAA
Dalam masa sama, kaedah pinjaman Peraturan 78 dan kadar tetap akan dimansuhkan bagi semua pelanggan baharu.
“Perkara ini akan menjamin keadilan buat pelanggan yang menandatangani perjanjian sebelum Akta (Pindaan) Sewa Beli (HPAA) berkuat kuasa atau dalam tempoh penangguhan yang dibenarkan.
“Ini memberi peluang kepada pelanggan yang terjejas dengan layanan setara dengan pelanggan baharu di bawah HPAA apabila mereka memilih untuk melangsaikan pembiayaan sewa beli lebih awal.
“Keutamaan kami adalah bagi memastikan setiap pelanggan disokong dan dihargai sewaktu tempoh perubahan ini,” katanya.
HPAA Dijangka Berkuat Kuasa Pada Suku Pertama 2026
Berdasarkan laporan media, pelanggan boleh menikmati diskaun itu yang akan bermula selepas HPAA berkuat kuasa, yang dijangka pada suku pertama 2026.
Mereka yang layak termasuklah peminjam individu dan perniagaan kecil atau mikro yang menandatangani perjanjian sewa beli kadar tetap menggunakan kaedah Peraturan 78 ketika tempoh ihsan 18 bulan di bawah pindaan Akta sebelum HPAA berkuat kuasa.
Mereka juga perlu memilih untuk menjelaskan pinjaman sewa beli dengan awal, yang bermakna pada bila-bila masa sebelum pinjaman atau pembiayaan matang.
Menurut pihak bank, diskaun tersebut akan dikira berdasarkan kepada ciri-ciri perjanjian sewa beli sedia ada seperti tempoh penyelesaian awal dan struktur kadar, yang dikenakan terhadap baki bersih yang perlu dibayar.
Pengiraan tepat dan jumlah diskaun akan diterangkan kepada pelanggan apabila mereka memohon bagi penyelesaian awal, serta akan berbeza mengikut bank dan produk.
Pembayaran Faedah Akan Dikira Berdasarkan Baki Pinjaman
Sehubungan itu, pelanggan digalakkan untuk berkunjung ke laman web rasmi atau cawangan bank masing-masing bagi maklumat lanjut selepas HPAA berkuat kuasa.
Pelanggan juga boleh menghubungi pihak bank bagi mendapatkan panduan kelayakan dan prosedur permohonan untuk menikmati diskaun tersebut, selain mengikuti pengumuman daripada persatuan industri.
Sekadar info, di bawah HPAA, pembayaran faedah bagi perjanjian sewa beli pada masa hadapan akan dikira berdasarkan baki jumlah tertunggak.
Ini bermakna bayaran faedah akan berkurang setiap kali bayaran dibuat.
Baca Artikel Berkaitan: Konsultan Hartanah Kongsi Tips Langsaikan Loan Rumah Dalam Masa 20 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Anda Kini Boleh Bayar Ansuran Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP
Baca Artikel Berkaitan: Topik Ambil Pinjaman Bank Untuk Pergi Haji & Umrah Jadi Perdebatan Di Media Sosial
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.