Now Reading
AirAsia MOVE Perkenal Penerbangan Vietjet Air Dengan Kerjasama Strategik Bersama GalaxyJoy

AirAsia MOVE Perkenal Penerbangan Vietjet Air Dengan Kerjasama Strategik Bersama GalaxyJoy

Selain Vietjet Air, MOVE juga bekerjasama secara langsung dengan lebih 70 syarikat penerbangan global terkenal lain seperti Royal Brunei Airlines, Air Mauritius, Etihad dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


AirAsia MOVE (MOVE), platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di rantau ini telah mengumumkan kerjasama baharu dengan GalaxyJoy, platform ganjaran gaya hidup digital di bawah kumpulan pelaburan terkemuka Vietnam, Sovico.

Kerjasama ini membolehkan MOVE menambah inventori penerbangan Vietjet Air ke dalam platform MOVE, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan Vietjet Air pada harga yang lebih kompetitif untuk para pengembara di seluruh Asean.

Menerusi kerjasama ini, MOVE dan GalaxyJoy akan bekerjasama rapat bagi menawarkan lebih banyak manfaat kepada para pengembara, daripada harga penerbangan yang lebih menarik dan tawaran promosi eksklusif sehingga peluang untuk mengumpul AirAsia points serta SkyPoint bagi setiap tempahan Vietjet Air yang dibuat melalui platform MOVE.

Integrasi ini turut menyokong usaha berterusan MOVE dalam meningkatkan keseluruhan pengalaman perjalanan dengan menyediakan pelbagai pilihan tambahan penerbangan seperti pemilihan tempat duduk dan tambahan bagasi, semuanya dalam satu platform.

Ms. Hoa Lan Huong, Ketua Pegawai Eksekutif GalaxyJoy, berkongsi, “Sebagai pembangun dan pengendali program ganjaran Vietjet Air, Vietjet SkyJoy, kami berbesar hati dapat memainkan peranan sebagai pengantara yang menghubungkan rangkaian penerbangan luas Vietjet dengan platform MOVE, salah satu platform agensi pelancongan dalam talian terkemuka di rantau ini.

“Kerjasama ini merupakan langkah penting bagi GalaxyJoy dalam memperluaskan kerjasama serantau kami di seluruh ASEAN.

“Dengan mengintegrasikan inventori penerbangan Vietjet Air ke dalam platform MOVE, para pengembara di seluruh ASEAN kini dapat menikmati akses lebih mudah ke rangkaian laluan Vietjet yang semakin berkembang, tambang kompetitif serta program ganjaran.”

Selain Vietjet Air, MOVE juga bekerjasama secara langsung dengan lebih 70 syarikat penerbangan global terkenal lain seperti Royal Brunei Airlines, Air Mauritius, Etihad dan banyak lagi.

Selain itu, platform ini turut menawarkan pilihan kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sahnya.

Pengguna MOVE juga dengan mudah boleh memilih daripada lebih sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka, termasuk sambungan jarak dekat dan jarak jauh melalui perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, serta produk pelancongan tambahan lain seperti pembelian bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan dan banyak lagi.

Syarikat penerbangan yang berminat untuk disenaraikan di platform OTA MOVE boleh melawat pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyerahkan butiran mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd