Penting Untuk Masyarakat Tahu Tentang Siren Amaran Awal Banjir Agar Sistem Berkesan – Pakar
Terdapat dua jenis siren amaran awal banjir iaitu Bunyi Siren Amaran dan Bunyi Siren Bahaya yang bergantung kepada paras air sungai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Negara sememangnya berisiko menghadapi bencana banjir saban tahun, lebih-lebih lagi pada bulan November ketika tempoh Monsun Timur Laut.
Setakat 10 pagi hari ini (27 November), lebih 29,000 mangsa banjir telah dilaporkan di seluruh negara yang melibatkan tujuh negeri, wilayah dan wilayah persekutuan.
Orang ramai bagaimanapun diingatkan agar cakna mengenai sistem siren amaran awal banjir agar mengetahui lebih awal tentang risiko bencana itu dan mengambil tindakan segera.
Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Lebih 10,000 Di 7 Negeri, Kelantan Catat Jumlah Tertinggi
Baca Artikel Berkaitan: Google Flood Hub Sediakan Ramalan Banjir, 7 Hari Sebelum Bencana Melanda
Baca Artikel Berkaitan: Banjir Naik Hingga Paras 1 Hotel, Rakyat Malaysia Terkandas Di Hatyai Tanpa Makanan & Minuman
Siren Amaran Awal Banjir Maklumkan Paras Sungai Amaran & Bahaya
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), sistem siren amaran awal banjir dapat mengesan aras air secara automatik sebelum memaklumkan sama ada ia berada pada tahap amaran atau bahaya.
Ia dilengkapi sistem pemantauan bersepadu yang memberi arahan daripada pusat kawalan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN) secara remote.
Liputan bunyi siren amaran ini juga adalah sehingga lingkungan 2 kilometer radius bergantung kepada keadaan topografi tempatan.
Media sebelum ini melaporkan sebanyak 1,380 siren amaran awal banjir telah dipasang di kawasan berisiko mengalami kenaikan paras air tinggi di seluruh negara.
Tonton video di bawah untuk memahami perbezaan antara Bunyi Siren Amaran dan Bunyi Siren Bahaya.
Keberkesanan Siren Amaran Awal Banjir Bergantung Kepada Pengetahuan Masyarakat
Pakar bagaimanapun menegaskan bahawa pengetahuan masyarakat tentang siren amaran awal banjir penting agar sistem itu berkesan.
Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Universiti Malaysia Kelantan kampus Jeli Prof Dr Aweng Eh Rak, siren merupakan alat yang berguna dan sistem amaran efektif.
“Tetapi orang ramai mesti dididik tentang bunyi siren banjir agar mereka tidak keliru dengan ambulans, bomba atau siren kecemasan lain.
“Terdapat kawasan di mana amaran suara turut digunakan, dan ini membantu untuk mengelakkan kebingungan,” katanya dipetik The Star.
Ramai Masih Tidak Faham Bunyi Siren Amaran Awal Banjir Yang Berbeza
Pandangan sama turut dikongsi oleh Pengarah di Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Khamarrul Azahari Razak, yang menjelaskan bahawa pemahaman masyarakat amat mempengaruhi keberkesanan siren amaran awal banjir itu.
Katanya, maklum balas terdahulu menunjukkan bahawa terdapat penduduk yang masih tidak memahami sepenuhnya bunyi siren yang berbeza serta tahap bahayanya.
Dalam masa sama, dia menegaskan kepentingan taklimat komuniti dan latihan mock drill berkala dalam memastikan orang ramai tahu tindakan yang perlu diambil.
Tambah Khamarrul, siren itu berguna terutamanya apabila dihubungkan dengan data pemantauan hulu sungai dan sensor intensiti hujan. Namun penting agar bunyinya dapat didengar secara meluas.
“Ketika banjir baru-baru ini, bunyi siren boleh didengar dalam kawasan penempatan utama. Namun hujan lebat dan angin kuat, termasuk kedudukan rumah yang berjarak dalam kawasan luas, mempengaruhi sejauh mana bunyi itu dapat didengar.
“Bunyi itu mungkin kedengaran perlahan bagi rumah yang terletak jauh, mencadangkan bahawa siren tambahan atau kaedah amaran lain mungkin diperlukan,” ujarnya.
Pakar Berpendapat Siren Amaran Awal Banjir Perlu Digabungkan Dengan Sistem Amaran Lain
Di samping itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan, Prof Madya Dr Mohamad Faiz Mohd Amin berkata, kajian mendapati sistem amaran awal yang berfungsi sepenuhnya dapat mengurangkan impak bencana sehingga 30%.
Namun jelasnya, sistem itu mungkin tidak mencapai potensi penuh jika komuniti tidak memahami makna siren atau bunyinya tidak jelas kedengaran.
“Ramai penduduk tidak mendengar siren itu kerana dihalang oleh bangunan, bukit-bukau dan angin kuat.
“Penggunaan model akustik Sistem Maklumat Geografi (GIS), yang merupakan praktis di Kesatuan Eropah dan Jepun, memastikan siren dipasang di lokasi optimum,” jelasnya.
Tambahnya lagi, siren perlu digabungkan dengan sistem amaran lain termasuk aplikasi telefon pintar, siaran SMS, amaran di WhatsApp oleh majlis tempatan dan Jabatan Pengairan & Saliran, radio, papan tanda digital serta warden banjir.
Semalam (26 November), seorang individu berkongsi video mendengarkan bunyi siren amaran awal banjir yang dipasang di Bandar Baru Kundang, Rawang, Selangor.
Kedengaran siren itu memberi amaran bahawa paras air sungai telah melebihi aras bahaya dan meminta orang ramai agar mengambil tindakan segera.
View on Threads
Sediakan BOB Sebagai Langkah Keselamatan Hadapi Banjir
Selain cakna tentang bunyi siren amaran awal banjir, orang ramai khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan berisiko terjejas bencana banjir, juga diingatkan agar menyediakan beg kecemasan.
Dikenali sebagai ‘Bug Out Bag’ (BOB), antara barangan yang perlu diletakkan dalam beg tersebut termasuklah:
- Baju
- Jaket keselamatan
- Selimut
- Kasut
- Wisel
- Lampu suluh
- Dokumen penting (kad pengenalan, sijil lahir, sijil nikah, pasport, dokumen kewangan)
- Botol air mengandungi air bersih
- Susu tepung dan botol jika ada bayi
- Telefon bimbit
Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Makanan Selamat Ketika Musim Banjir, Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Amaran Hujan Lebat Berterusan, Ini Tips Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.