Now Reading
Info Banjir: Mangsa Perlu Daftar Di PPS & Lengkap Maklumat Dalam MyIBJKM Untuk Terima Bantuan RM1,000

Info Banjir: Mangsa Perlu Daftar Di PPS & Lengkap Maklumat Dalam MyIBJKM Untuk Terima Bantuan RM1,000

Untuk info, bantuan banjir hanya dapat disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) selepas mereka membuatkan pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sehingga kini, banjir di Malaysia belum reda dan amaran hujan berterusan kategori bahaya telah dikeluarkan di empat negeri.

Ia melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut).

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), setakat jam 6 pagi 27 November, seramai 33,756 mangsa ditempatkan di 220 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tujuh buah negeri.

Sumber: NADMA

Baca Artikel Berkaitan: Amaran Hujan Lebat Berterusan, Ini Tips Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir

Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Makanan Selamat Ketika Musim Banjir, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Naik Hingga Paras 1 Hotel, Rakyat Malaysia Terkandas Di Hatyai Tanpa Makanan & Minuman

Mangsa Banjir Diingatkan Daftar Diri Di PPS Untuk Mudahkan Penyaluran Bantuan

Terkini, NADMA menggesa kesemua mangsa banjir seluruh negara supaya mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di PPS dan melengkapkan maklumat menerusi aplikasi MyIBJKM agar Bantuan Wang Ihsan (BWI) dapat disalurkan dengan pantas serta lancar.

Untuk info, bantuan tersebut bernilai RM1,000.

Menurut Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim, bantuan hanya dapat disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) selepas mereka membuatkan pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS, bagi memudahkan semakan serta pengesahan maklumat dalam sistem jabatan.

“Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi.

“Jika mereka tidak daftar, kita bimbang timbul masalah sehingga melambatkan bayaran.

“Jadi, saya amat berharap semua mangsa, di mana-mana sahaja mereka berada, datang ke PPS dan daftar dalam aplikasi MyIBJKM menggunakan kod QR yang disediakan oleh JKM,” kata Meor Ismail.

Sumber: Facebook Perlis Hari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Lebih 10,000 Di 7 Negeri, Kelantan Catat Jumlah Tertinggi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Persoal Tindakan Ibu Bapa Biarkan Anak-anak Kecil Mandi Air Banjir

Kaedah Proses Penyaluran Bantuan RM1,000

Jelas beliau, terdapat dua cara pembayaran bantuan iaitu:

  • Pindahan wang elektronik (ETF) bagi mereka yang telah mengemas kini butiran akaun bank di MyIBJKM atau;
  • Pengambilan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk penerima tanpa akaun bank.

“BSN akan memberikan notifikasi melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas) berkaitan kaedah bayaran BWI kepada penerima layak. Kita berharap semua mangsa yang layak, daftarlah dalam aplikasi MyIBJKM.

“Jika ada masalah teknikal atau tidak faham prosesnya, boleh jumpa pegawai JKM di PPS. Insya-Allah, semua dipermudah,” tambah Meor Ismail.

Pindah Ke PPS Untuk Lindungi Kanak-kanak & Warga Emas

Sementara itu, beliau menasihatkan keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas atau individu berisiko tinggi supaya berpindah ke PPS untuk keselamatan, serta memastikan golongan kanak-kanak diberi pengawasan rapi sepanjang berada di sana.

Sumber: UPKN Kelantan

Berbicara tentang situasi di Perlis pada waktu ini, Meor Ismail berkata semuanya dalam keadaan terkawal meskipun negeri itu mengalami hujan berterusan mengikut ramalan semasa.

“Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar. Kita doa keadaan kembali pulih dan jumlah mangsa semakin berkurang,” ulas beliau, lapor Sinar Harian.

Selangor Salur Bantuan Awal RM500 Kepada Mangsa Banjir Di PPS

Dalam masa sama, kerajaan Selangor juga akan menyalurkan bantuan awal RM500 kepada 750 keluarga mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di negeri terbabit.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut berkata Pejabat Daerah akan menyediakan pengangkutan percuma dari PPS ke sekolah bagi memudahkan urusan pergi dan pulang pelajar ke pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hubungi Talian PKOB Sekiranya Mempunyai Sebarang Kecemasan

Jika sedang menghadapi kecemasan, memerlukan maklumat atau bantuan segera berkaitan bencana, anda boleh menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi negeri Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Pahang seperti yang disertakan di bawah ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd