Now Reading
[Foto] MAG Jayakan Usaha Tanam Bakau & Sokong Komuniti Setempat Dalam Program CSR

[Foto] MAG Jayakan Usaha Tanam Bakau & Sokong Komuniti Setempat Dalam Program CSR

Aktiviti ini bukan sekadar memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat, malah membuka ruang untuk memahami warisan seni mereka secara lebih mendalam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia Aviation Group (MAG) sekali lagi meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam dan pembangunan komuniti melalui Program CSR Kumpulan yang berlangsung pada 20 November 2025 di Tanjung Rhu, Pulau Carey.

Seramai 200 sukarelawan kakitangan turun padang bagi menanam 220 anak pokok bakau serta mengutip sisa ringan di kawasan pesisir.

Inisiatif ini sejajar dengan tiga teras CSR MAG – kemanusiaan, alam sekitar dan pendidikan serta menjadi peluang untuk warga kerja menyumbang kepada masyarakat di luar rutin tugas harian mereka.

Foto: MAG
Foto: MAG

Alam Sekitar & Warisan Budaya Dalam Satu Program

Sukarelawan daripada pelbagai segmen perniagaan MAG — Airline Business, Loyalty & Travel Services, serta Aviation Services mengikuti program hands-on yang menggabungkan penjagaan alam sekitar dengan pembelajaran budaya.

Selain penanaman bakau, peserta turut mempelajari seni kraftangan tradisional komuniti Mah Meri, termasuk ukiran kayu nyireh batu, anyaman bahan semula jadi untuk atap, serta pembuatan hiasan kepala daripada daun kelapa dan palma.

Aktiviti ini bukan sekadar memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat, malah membuka ruang untuk memahami warisan seni mereka secara lebih mendalam.

Foto: MAG
Foto: MAG

Group Managing Director MAG Datuk Captain Izham Ismail, berkata, “Setiap tindakan, daripada menanam benih hingga menghulurkan bantuan, mencerminkan komitmen kami untuk memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.

“Program sebegini memberi peluang kepada tenaga kerja kami untuk menyumbang di luar tugas harian, sekaligus mencipta nilai yang berpanjangan.”

Mengangkat Kepelbagaian & Inklusiviti

Di samping usaha kelestarian, MAG terus mempromosikan kepelbagaian dalam tenaga kerja. Sejak 2023, MAG bekerjasama dengan JAKOA untuk merekrut bakat Orang Asli dalam pelbagai peranan termasuk 9 orang sebagai kru kabin, serta jawatan dalam Sumber Manusia dan program pembangunan LEAP.

Foto: MAG
Foto: MAG

Kini, terdapat 15 kakitangan Orang Asli dalam organisasi, menzahirkan komitmen MAG terhadap peluang sama rata dan keterangkuman.

Melalui usaha pemulihan habitat semula jadi, sokongan terhadap biodiversiti, serta pemerkasaan komuniti Orang Asli dan warisan budaya, MAG menyumbang kepada beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti SDG 8, 10, 13, dan 15.

Inisiatif sebegini membuktikan bahawa komitmen MAG terhadap kemampanan bukan hanya pada operasi penerbangan, tetapi juga dalam menjaga komuniti dan alam sekitar selari dengan semangat Malaysian Hospitality yang terus dibawa ke hadapan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd