Now Reading
Umur Bawah 16 Tahun Dilarang Miliki Akaun Media Sosial, Berkuat Kuasa 2026 – Fahmi Fadzil

Umur Bawah 16 Tahun Dilarang Miliki Akaun Media Sosial, Berkuat Kuasa 2026 – Fahmi Fadzil

Menurut Menteri Komunikasi itu, langkah tersebut diambil bagi mencegah jenayah siber serta melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebenarnya daripada dahulu lagi, orang ramai khususnya ibu bapa meluahkan kebimbangan mereka terhadap penggunaan media sosial yang semakin tidak terkawal dan meluas dalam golongan kanak-kanak.

Segelintir berpendapat bahawa media sosial ini mampu mempengaruhi si kecil yang masih belum dapat membezakan perkara yang betul dan salah secara rasional.

Bukan itu sahaja, kelompok ini juga terdedah dengan ancaman siber sebagai contoh pembulian atas talian, gangguan seksual dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

Baca Artikel Berkaitan: Kes Budak 6 Tahun Dikelar Ketika Tidur, Ibu Bapa Ditahan Polis

Larangan Media Sosial Bawah Umur 16 Tahun Cegah Pengguna Daripada Jadi Mangsa Seksual

Sehubungan itu, pihak berkuasa sedang mengambil langkah proaktif bagi membanteras kes jenayah tersebut.

Jika dahulu hanya kanak-kanak bawah 13 tahun sahaja tidak dibenarkan memiliki sebarang akaun media sosial, kini had umur terbabit akan diperluas meliputi individu bawah usia 16 tahun.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, kerajaan menyasarkan larangan itu berkuat kuasa tahun hadapan.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil

Beliau berkata, langkah tersebut diambil berdasarkan keputusan majoriti kabinet bagi menghapus jenayah siber merentas usia dan juga melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa seksual.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” kata Fahmi.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Masyarakat Kurang Cakna Kes Jenayah ‘Child Grooming’, Anggap Sekadar Jenaka

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun

Kerajaan Pertimbang Kaedah Pengesahan eKYC Untuk Guna Media Sosial

Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti mekanisme pelaksanaan had umur itu melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, termasuk mengkaji pendekatan negara lain sebagai contoh Australia dari sudut penguatkuasaan.

“Negara berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” ulas beliau.

Salah satu kaedah yang sedang dipertimbangkan adalah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

Fahmi dalam masa sama percaya bahawa usaha bersama kerajaan, pihak berkuasa dan ibu bapa mampu memastikan internet di Malaysia kekal pantas, mudah diakses, berpatutan serta lebih selamat untuk kegunaan kanak-kanak dan keluarga.

Sumber: Canva

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Wants eKYC For Social Media Platforms, But Some Still Pending Licence

Orang Ramai Harap Had Umur Penggunaan Media Sosial Dapat Lindungi Keselamatan Kanak-kanak

Menerusi semakan kami di laman Facebook, orang ramai dilihat bersetuju dengan usaha kerajaan menghadkan umur penggunaan platform media sosial.

“Rasa berat juga bila tengok anak kita terpaksa jauh dari media sosial. Tapi masa depan mereka, moga langkah ini dapat lindungi dari risiko tak diingini. Harap semua dapat terima,” kata seorang wanita.

“Suka tengok usaha ni. Jaga anak-anak kita dari internet yang tidak selamat. Langkah baik!” tambah seorang lagi netizen.

Sementara itu, golongan ibu bapa juga dinasihati memainkan peranan mereka bagi memantau aktiviti anak semasa menggunakan teknologi canggih di rumah.

“Langkah ni nampak baik untuk lindungi anak-anak daripada bahaya online. Tapi kena pastikan juga ibu bapa peka dan terlibat dalam pemantauan,” ujar seorang warganet.

Sumber: Facebook

Penggunaan Media Sosial Dalam Kalangan Kanak-kanak Boleh Jejaskan Kesihatan Mental

Isu tentang kanak-kanak menggunakan media sosial sering mencetuskan kegusaran. Seperti sebelum ini, pegawai kesihatan kanan Amerika Syarikat (AS) juga pernah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa, bahawa penggunaan media sosial boleh mendorong kepada kesan yang berbahaya terhadap golongan kanak-kanak.

Walaupun media sosial mempunyai manfaat yang tersendiri, namun terdapat petunjuk bahawa ia memiliki risiko serius terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja.

“Media sosial boleh membantu kanak-kanak dan remaja berhubung dengan komuniti, namun turut ada kandungan melampau, tidak sesuai dan berbahaya yang boleh mendorong perbuatan mencederakan diri sendiri atau bunuh diri.

“Ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati berterusan pada diri sendiri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan mendedahkan kanak-kanak pada buli siber ketika mereka melalui fasa pertumbuhan minda yang kritikal,” jelas Ketua Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam AS Vivek Murthy.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Jadikan Anak Murid Sebagai ‘Content’ Media Sosial Bakal Berdepan Tindakan, Kata Menteri Pendidikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd