Now Reading
Mangsa Banjir Lebih 10,000 Di 7 Negeri, Kelantan Catat Jumlah Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 10,000 Di 7 Negeri, Kelantan Catat Jumlah Tertinggi

Seramai 10,573 mangsa banjir dicatatkan di tujuh buah negeri seluruh negara setakat jam 9.30 pagi tadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia kini sedang berdepan dengan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula sekitar 13 November lalu.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh monsun ini.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian
banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Pada November Berdasarkan Faktor Klimatologi” – MET Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Seronok Sangat Main Air” – Kelibat Ular Ketika Banjir Buat Ramai Bimbang

Lebih 10,000 Mangsa Banjir Dicatatkan, Paling Tinggi Di Kelantan

Terbaharu, sebanyak tujuh negeri di Malaysia dilanda banjir dengan mangsa mencecah 10,573 setakat jam 9.30 pagi tadi (24 November).

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 8,273 orang.

Mereka di daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh, kini ditempatkan di 35 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sehubungan itu, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap merah (bahaya) di beberapa kawasan di negeri itu hingga Selasa (25 November).

Sumber: METMalaysia

6 Negeri Lain Seluruh Negara Turut Dilanda Banjir

Seterusnya, mangsa banjir kedua tertinggi dicatatkan di Perak iaitu seramai 963 mangsa dari 312 keluarga.

Mereka kini berlindung di 16 PPS di Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.

Di Kedah pula, seramai 342 mangsa dari 115 keluarga ditempatkan di 4 PPS di sekitar Kulim.

Menurut laporan media, seramai 600 mangsa banjir di Perlis telah dipindahkan sebelum ini akibat limpahan air sungai yang berlaku.

Namun jumlah mangsa banjir di negeri itu kini telah menurun kepada 340 mangsa yang sedang berlindung di 6 PPS.

Di samping itu, Terengganu juga menghadapi banjir dengan 282 mangsa dari 91 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Besut

Pulau Pinang turut mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tinggi iaitu 277 yang merangkumi 64 buah keluarga. Mereka telah dipindahkan ke empat PPS di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Dalam masa sama, Selangor juga telah mula dilanda banjir dengan jumlah mangsa seramai 63 orang dari 18 keluarga yang kini ditempatkan di dua PPS.

Menurut Awani, keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko terus dipantau oleh pihak berkuasa.

Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Banjir Kerap Berlaku Pada Bulan November Di Malaysia

Juga dikenali sebagai Musim Tengkujuh, MTL berlaku apabila angin merentasi Laut China Selatan dan mengakibatkan hujan lebat di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sarawak dan pantai timur Sabah. 

Satu artikel semak fakta oleh Malaysia Bersuara menjelaskan bahawa Malaysia telah beberapa kali dilanda atau diramalkan akan banjir pada bulan November dengan tarikh yang berbeza. 

Sebagai contoh, banjir besar yang berlaku pada awal November 2010 telah menenggelamkan sebahagian besar negeri Perlis dan Kedah, sehingga sekitar 50,000 orang penduduk Kedah terpaksa dipindahkan ke beratus pusat pemindahan banjir. 

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Banjir Pada Bulan November di Malaysia Perkara Biasa?

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berkemungkinan terjejas dengan banjir, anda dinasihati agar menyediakan beg kecemasan atau ‘Bug Out Bag’ (BOB).

Baca Artikel Berkaitan: “Keluar Cari Wifi” – Adik Dayung Sampan Redah Banjir Untuk Tolong Kakak Hantar Assignment Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Persoal Tindakan Ibu Bapa Biarkan Anak-anak Kecil Mandi Air Banjir

Baca Artikel Berkaitan: Video Solat Dalam Air Banjir Cetus Perdebatan, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd