Pengaruh Gen Z Cetus Inspirasi Kerajaan Tambah Baik Tadbir Urus Negara – Anwar Ibrahim
Menurut Perdana Menteri, gelombang protes oleh Gen Z seluruh dunia merupakan seruan agar kerajaan memanfaatkan kuasa belia dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam kepentingan politik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan sikap golongan anak muda kini terutamanya Gen Z agak berbeza dengan yang terdahulu. Orang menyifatkan kelompok tersebut lantang menyuarakan pandangan mereka dalam setiap aspek.
Ini termasuklah berani menghentikan budaya kerja toksik yang sudah dijadikan norma dalam sesuatu masyarakat atau pun ketidakadilan dalam hal-hal melibatkan politik negara.
Sesetengah individu mengambil perkara tersebut dari sudut negatif tetapi ada juga yang memuji semangat mereka bagi menegakkan perkara betul.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gen Z Lebih Suka Kerja Hibrid Sebab Fleksibiliti, Betul Ke?
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Pun Jadi Isu?” – Ramai Bingung Wanita Persoal Gen Z Guna Kipas Sambil Jalan
Baca Artikel Berkaitan: How Gen Z’s Love For The Past Is Shaping The Future
Kelompok Gen Z Yang Besar Mampu Tingkatkan Prestasi Institusi Pentadbiran Negara
Bukan sahaja warganet, malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengiktiraf golongan tersebut yang lebih lantang bersuara termasuklah dari aspek politik dan pentadbiran negara.
Menurut beliau, gelombang protes oleh Gen Z yang berlaku di seluruh dunia merupakan seruan buat kerajaan bagi memanfaatkan kuasa belia dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam kepentingan politik.
Jelas Anwar, belia seluruh dunia merupakan pakar alatan digital yang mana mereka boleh memacu agenda untuk penyertaan demokrasi yang lebih besar selain mampu mendesak ketelusan serta akauntibiliti pihak berkuasa.
“Gelombang protes Gen Z baru-baru ini di beberapa negara menunjukkan dengan jelas bahawa kehendak belia tidak lagi kecil dan keutamaan mereka terhadap tadbir urus yang baik telah meningkat.
“Kebimbangan mereka juga merangkumi perubahan iklim, ketidaksamaan ekonomi dan pencabulan hak asasi manusia,” kata beliau pada Forum Belia Afro-Malaysia.

Kreativiti Beliau Mampu Pertingkat Urus Tadbir Negara
Dalam masa sama, Menteri Kewangan itu turut berkata dorongan anak muda terhadap dasar yang mampu membawa kepada perubahan dalam bidang-bidang itu menjadi sumber inspirasi.
Tambah beliau, penglibatan belia dalam dialog global turut membuka ruang persefahaman antara budaya dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.
“Belia ialah penggerak perubahan dan masyarakat perlu memanfaatkan tenaga, kreativiti dan semangat mereka.
“Fenomena global ini patut menjadi seruan (wake-up call) kepada kerajaan di seluruh dunia untuk menambah baik cara sesuatu urusan dijalankan dan memenuhi keperluan belia dengan cara yang lebih bermakna,” ulas Anwar.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim
Belia Cakna & Ambil Tindakan Untuk Dasar Negara Yang Lebih Baik
Menurut Anwar, ketika kepercayaan terhadap institusi semakin terhakis, maklumat palsu berleluasa, dan penyertaan politik masih tidak seimbang, belia hadir sebagai suara yang memperjuangkan ketelusan, tanggungjawab awam serta penggubalan dasar yang menyeluruh.
“Menerusi saluran serantau seperti mekanisme Dialog Belia ASEAN dan Wakil Belia Kesatuan Afrika, kumpulan itu telah pun mengadakan perbincangan mengenai penyertaan pilihan raya, antirasuah dan keterangkuman sosial.
“Meningkatkan kerjasama ASEAN-AU, seperti menerusi perkongsian antara parlimen belia, bukan sahaja akan melengkapkan pemimpin muda dengan pandangan berbeza tetapi juga menyuntik legitimasi dan tenaga baharu ke dalam proses tadbir urus serantau,” kongsi PMX.
Antara Protes Anak Muda Di Seluruh Dunia
Untuk info, berikut adalah beberapa negara yang pernah menghadapi protes anak muda baru-baru ini bagi menentang rasuah, ketidakadilan sosial, kos sara hidup yang tinggi dan penyalahgunaan kuasa pemerintah negara masing-masing:
- Peru (Oktober 2025)
- Nepal (September 2025)
- Madagascar (Oktober 2025)
- Bangladesh (Ogos 2024)
- Maghribi (Oktober 2025)
- Filipina (Julai 2025)
- Serbia (Mei 2025)
- Togo (Jun 2025)
- Kenya (Ogos 2025)
- Indonesia (September 2025)
Menurut salah seorang peserta protes di Madagascar dikenali sebagai Robert, membantah bukan sahaja satu tindakan melawan tetapi juga menegakkan hak asasi orang ramai untuk bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hati.
“Diam hanya melindungi penindas, sementara keberanian tampil melindungi rakyat,” katanya, lapor Amnesty International.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



