Now Reading
Kem Pelarian Di Gaza Dilanda Banjir, Kerugian Dianggar Lebih RM8.3 Juta

Kem Pelarian Di Gaza Dilanda Banjir, Kerugian Dianggar Lebih RM8.3 Juta

Menurut Ketua Pejabat Media kerajaan Gaza Ismail al-Thawabta, lebih 22,000 khemah termasuk tilam, peralatan memasak dan kanvas telah rosak dalam banjir di wilayah itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak lebih dua tahun lalu, boleh dikatakan rata-rata penduduk Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka disebabkan serangan Israel.

Mereka kemudiannya terpaksa tinggal di khemah di kem-kem pelarian atau berteduh di tempat perlindungan asas yang dikendalikan oleh pasukan bantuan.

Walaupun dengan gencatan senjata yang dipersetujui antara pasukan pejuang Hamas dan Israel sejak 10 Oktober lalu, serangan dan pengeboman oleh rejim Zionis masih tidak dihentikan sepenuhnya.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Bedah Haiwan Terakhir Di Gaza Terbunuh Ketika Gencatan Senjata Berlangsung

Baca Artikel Berkaitan: Wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi Terbunuh Di Gaza Akibat Ditembak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gaza Masih Diserang Walaupun Gencatan Senjata Diumumkan

Hujan Lebat Melanda Gaza Beberapa Hari Hingga Berlaku Banjir

Baru-baru ini, Gaza sekali lagi dilanda ujian apabila hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari dan ombak besar menyebabkan banjir di beberapa kawasan kem pelarian.

Berdasarkan anggaran oleh kerajaan Gaza, bencana alam itu telah menyebabkan kerugian kira-kira AS$4.5 juta (RM18.67 juta) yang membabitkan kerosakan ke atas sekitar 22,000 khemah, makanan dan ubat-ubatan serta infrastruktur.

Memetik laporan media, sebuah kumpulan bantuan tempatan pula mendedahkan bahawa mereka memerlukan kira-kira 300,000 khemah baharu dengan kadar segera.

Mengulas mengenai situasi itu, Ketua Pejabat Media kerajaan Gaza Ismail al-Thawabta berkata, lebih 22,000 khemah termasuk tilam, peralatan memasak dan kanvas telah rosak dalam banjir itu, mencatatkan anggaran kerugian AS$2 juta (RM8.3 juta).

1.5 Juta Penduduk Gaza Perlukan Khemah Baharu Untuk Ganti Yang Sudah Usang

Bukan itu sahaja, kem-kem pelarian di sekitar Gaza juga telah ditenggelami air dan lumpur disebabkan oleh tempat perlindungan kecemasan yang runtuh.

Di samping itu, sumber air bagi penduduk Gaza turut terganggu apabila sistem air dan sanitasi, termasuk paip air sementara, serta lubang kumbahan terjejas.

Bencana alam terbabit juga telah menjejaskan pemasangan solar kecil yang menyediakan hampir keseluruhan bekalan elektrik bagi penduduk di sekitar Gaza.

Sehubungan itu, Ketua Rangkaian NGO Palestin yang bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan agensi kemanusiaan antarabangsa, Amjad al-Shawa, berkata sekitar 1.5 juta orang di Gaza memerlukan khemah baharu.

Ini bertujuan bagi menggantikan khemah sedia ada yang sudah usang dan tidak mampu memberi perlindungan daripada hujan lagi.

Hospital Semakin Padat Dengan Kes Penyakit Kulit, Kem Pelarian Sesak & Tidak Bersih

Dalam masa sama, kegagalan penduduk untuk mengakses tapak pelupusan dan kemudahan lain yang mungkin telah musnah telah menyebabkan sampah bertimbun berhampiran tempat duduk mereka.

Malah hospital juga telah semakin padat dengan peningkatan kes gastrik dan penyakit kulit yang disebabkan oleh kem pelarian yang sesak dan tidak bersih, serta sistem imunisasi lemah lantaran masalah nutrisi.

Media turut melaporkan keadaan kolam simpanan air hujan yang telah dipenuhi najis serta kerosakan paip dan sistem pam yang berisiko menyebabkan limpahan ke kawasan khemas berhampiran.

Dalam pada itu, Jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB Farhan Haq, menegaskan bahawa hujan yang melanda kem-kem pelarian menyebabkan situasi di Gaza merosot teruk.

Katanya lagi, pasukan bantuan kini sedang menilai tahap kerosakan yang dialami serta mengedarkan khemah, kanvas dan bekalan asas lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Fasa Baharu Hapuskan Bukti Jenayah Perang” – Akaun IG Wartawan Palestin Saleh Aljafarawi Dipadam

Baca Artikel Berkaitan: 28 Kanak-Kanak Palestin Terbunuh Setiap Hari Di Gaza – UNICEF

Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Makanan Tak Dibenarkan Masuk Ke Gaza, Penduduk Akan Terkorban Akibat Kebuluran


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd