Trend Kes Buli Dalam Negara Catat Peningkatan, Kanak-Kanak Berisiko Jadi Sasaran Pelaku Di Platform Digital
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata statistik rasmi terkini berkaitan insiden kes buli masih belum diterima oleh pihaknya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden kes buli, terutamanya yang berlaku di dalam kawasan sekolah, sudah beberapa kali menjadi tajuk utama yang dilaporkan dalam berita.
Seperti yang menjadi buah mulut masyarakat sebelum ini, kes pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir yang ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dan didakwa mempunyai kaitan dengan pembulian.
Malah pada Ogos lalu, timbul satu lagi dakwaan bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami gegaran otak akibat menjadi mangsa buli.
Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Zara Qairina: KPM Arah Audit Keselamatan Di Semua Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Kes Pelajar 10 Tahun Alami Gegaran Otak Didakwa Dibuli, Menteri Pendidikan Gesa Siasatan Dibuat
Baca Artikel Berkaitan: Anak Dibuli Di Sekolah? Ini Langkah-Langkah Yang Ibu Ayah Kena Ambil
Platform Digital Makin Sukar Dikawal, Kanak-Kanak Terdedah Kepada Risiko Buli
Berdasarkan laporan media, kes buli sememangnya menunjukkan trend peningkatan di dalam negara, termasuklah buli siber dalam kalangan kanak-kanak.
Mengulas mengenai isu berkenaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan bahawa peningkatan itu bukan sekadar angka semata-mata.
Sebaliknya ia merupakan tanda jelas bahawa penggunaan platform digital yang semakin sukar dikawal membuatkan kanak-kanak terdedah kepada risiko.
Trend Kes Buli Meningkat Kerana Lebih Banyak Pelaporan & Pelaku Mempunyai Peluang Lakukan Jenayah Siber
Beliau turut menjelaskan dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan dalam kes buli, salah satunya adalah lebih banyak laporan dilakukan selepas kesedaran masyarakat berkembang.
Selain itu, pelaku kes buli termasuk predator juga mempunyai peluang yang lebih tinggi dalam melakukan jenayah siber secara dalam talian.
“Memang membimbangkan. Ia dipercayai meningkat kerana dua faktor. Pertama, ada kesedaran menyebabkan lebih banyak laporan dibuat.
“Kedua, memang wujud peluang kepada pelaku, terutama predator dalam talian,” katanya di Majlis Pembukaan ASEAN ICT Forum On Child Online Protection 2025 dan pelancaran Pelan Tindakan Dasar Kanak-Kanak Negara hari ini (18 November).

Kelemahan Ibu Bapa Memantau Penggunaan Platform Digital Menyumbang Kepada Risiko Buli
Nancy turut dilaporkan berkata terdapat kanak-kanak yang teruja dengan aktiviti digital tanpa menyedari bahawa mereka sedang dimanipulasikan, seterusnya menjadikan mereka sasaran mudah (easy target) pelaku.
“Kelemahan pemantauan daripada keluarga turut menyumbang kepada risiko apabila ramai ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan tidak menyedari kesan sebenar penggunaan teknologi terhadap anak-anak.
“Keadaan itu bertambah buruk apabila guru di sekolah juga berdepan kekangan untuk mengikuti perkembangan ancaman digital semasa kerana bebanan tugas harian. Sebab itu seminar seperti ini penting untuk memberi maklumat terkini,” ujarnya dipetik Awani.
Dalam masa sama, Nancy menegaskan bahawa kegagalan mengawal dan memantau penggunaan platform digital dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko buli fizikal dan siber.
Menjawab soalan yang diujarkan, beliau berkata bahawa sebarang statistik rasmi terkini hanya dapat disahkan selepas pihaknya menerima data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malaysia Duduki Tangga Ke-5 Di Dunia Kadar Insiden Buli Siber Tertinggi
Bukan sesuatu yang membanggakan apabila Malaysia pada tahun lalu telah disenaraikan sebagai negara kelima di dunia yang merekodkan kadar insiden buli siber tertinggi.
Malah, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut mendedahkan bahawa Malaysia menjadi negara kedua tertinggi di Asia bagi kadar siber buli selepas China.
Menurut laporan media, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah merekodkan 3,199 aduan berkaitan buli siber pada tahun 2023, dengan 93% (2,971) daripadanya telah diselesaikan.
Platform yang paling banyak dilaporkan berlakunya insiden buli siber ialah Facebook (1,401 aduan), diikuti dengan WhatsApp (667), Instagram (388), TikTok (258) dan X (159).
Sebagai info, pelaku buli siber di Malaysia boleh dikenakan tindakan berdasarkan Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-5 Di Dunia Dengan Kadar Buli Siber Tertinggi
Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli Siber Esha: Wanita Mengaku Bersalah Keluarkan Kata-Kata Kesat, Didenda RM100
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.