Kurang Aktif Boleh Jadi Punca Haiwan Peliharaan Anda Hidap Penyakit Kronik Seperti Manusia
Peningkatan penyakit kronik dalam kalangan haiwan berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran sebagai contoh pemakanan tidak seimbang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, semakin banyak kes penyakit seluruh negara yang dihidapi oleh golongan manusia. Ini termasuklah penyakit kronik yang menjejaskan kualiti hidup.
Oleh disebabkan itu, banyak pihak berwajib khususnya dari sektor perubatan mula menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Antara penyakit serius yang membimbangkan di Malaysia adalah seperti diabetes, kanser, penyakit buah pinggang, kolestrol tinggi dan banyak lagi.
Seperti yang dimaklumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, jumlah penghidap kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.
Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Betul Ke Minyak Punca Kolestrol? Ini Penjelasan Dr Malar
Baca Artikel Berkaitan: Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini
Peningkatan Penyakit Kronik Di Kalangan Manusia & Haiwan Semakin Membimbangkan
Namun tanpa kita sedari, sebenarnya penyakit kronik yang sebelum ini dianggap sebagai masalah kesihatan manusia juga semakin meningkat dalam kalangan haiwan di seluruh dunia termasuklah haiwan peliharaan, ternakan dan spesis marin.
Memetik Astro Awani, kajian diterbitkan Risk Analysis dan diterajui oleh Antonia Mataragka dari Universiti Pertanian Athens memperkenal satu rangka kerja baharu berasaskan bukti bagi meningkatkan pemantauan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kelompok haiwan.
Model tersebut befungsi untuk membantu pengesanan awal serta memberi panduan kepada pihak berkuasa kesihatan apabila berlakunya peningkatan penyakit kronik dalam kalangan manusia dan haiwan.

Antara Faktor Haiwan Alami Penyakit Kronik Seperti Manusia
Kajian itu mendapati faktor genetik memainkan peranan besar, khususnya bagi anjing, kucing, dan haiwan ternakan yang dibiakkan secara selektif kerana mereka lebih kerap mengalami diabetes, penyakit jantung dan masalah sendi.
Menurut Cornell University College of Veterinary Medicine, antara 1 hingga 1,000 kucing dianggarkan akan mengalami masalah diabetes dalam hidupnya.
Antara risiko diabetes dalam kucing termasuklah obesiti, penuaan, tidak aktif secara fizikal, kucing jantan, dan penggunaan steroid glucocorticoids untuk merawat penyakit lain seperti asma.

Bagaimanapun, faktor persekitaran masih menjadi penyebab utama.
Antara punca yang membentuk corak penyakit yang sama merentas spesies haiwan pula adalah seperti berikut:
- Pemakanan tidak seimbang
- Kurang bergerak
- Pendedahan bahan kimia
- Tekanan berpanjangan

Ada Juga Hidupan Marin Hidap Kanser Perut
Dalam masa sama, nyawa spesies marin turut terancam. Sebagai contoh, ikan paus beluga didiagnosis dengan kanser gastrousus, manakala salmon Atlantik ternakan kerap menunjukkan sindrom kardiomiopati.
Untuk info, kardiomiopati adalah penyakit otot yang melemahkan kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Sisa Kimia & Kepesatan Bandar Juga Antara Punca Penyakit Kronik Haiwan
Dalam pada itu, haiwan yang hidup di muara tercemar dengan bahan kimia industri menunjukkan kadar tumor hati sebanyak 25%.
Penyelidikan ini juga mendedahkan bahawa perubahan iklim dan urbanisasi pesat mendorong kepada ancaman penyakit di kalangan haiwan. Lautan yang semakin panas dan kemusnahan habitat berkait dengan peningkatan tumor dalam penyu dan ikan.
Bukan itu sahaja, suhu bandar yang semakin tinggi dan pencemaran udara turut menjejaskan kesihatan metabolik dan sistem imun haiwan peliharaan.
“Apabila perubahan alam sekitar mempercepat kemunculan penyakit, ketiadaan sistem diagnosis awal terus melambatkan pengesanan NCD dalam haiwan,” kata Mataragka.
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Masih Berbau Walaupun Dah Mandi? Mungkin Petanda Masalah Kesihatan Serius
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tiga Tanda Kecemasan Kucing Kena Segera Dibawa Ke Vet, Pet Lovers Patut Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Mulakan Langkah Pencegahan Penyakit Kronik Haiwan Dari Rumah
Secara logiknya, agak sukar untuk mengambil langkah pencegahan bagi kesemua faktor disenaraikan dalam satu masa yang sama.
Apa yang anda boleh lakukan sebagai pemilik haiwan peliharaan adalah memantau kesihatan mereka bermula dari rumah terutamanya melibatkan pengawalan berat badan.

Antara tips elakkan haiwan peliharaan mempunyai masalah obesiti adalah:
- Menetapkan jadual pemakanan
- Meningkatkan aktiviti fizikal seperti menyediakan permainan untuk haiwan kejar
- Jangan beri akses makanan 24 jam kepada haiwan
- Mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar
Ingat, si bulus yang gemuk memang comel tetapi mengancam nyawa!
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Bahayakan Kesihatan, Ini Senarai Makanan Untuk Manusia Yang Kucing Tak Boleh Makan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.