Now Reading
Kerajaan Jimat RM400 Juta Sebulan Selepas Subsidi Bersasar Diesel Dilaksanakan – Timb. Menteri Kewangan

Kerajaan Jimat RM400 Juta Sebulan Selepas Subsidi Bersasar Diesel Dilaksanakan – Timb. Menteri Kewangan

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, penjimatan daripada rasionalisasi subsidi diesel itu akan digunakan bagi projek pembangunan dan meningkatkan inisiatif bantuan kewangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar diesel sejak 10 Jun tahun lepas yang menyasarkan hanya bagi golongan dan sektor-sektor tertentu.

Menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, kaedah ‘fleet card’ akan digunakan bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna.

Manakala Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 pula bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba.

Baca Artikel Berkaitan: BUDI Madani: Penyasaran Semula Subsidi Diesel Bermula Hari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Naikkan Harga Servis, Didakwa Terkesan Subsidi Diesel Berkurang Di Malaysia Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dipercayai Warga Singapura Guna Minyak Subsidi Raih Perhatian

Kerajaan Bakal Jimat RM5 Bilion Setahun Dengan Rasionalisasi Subsidi Diesel

Terkini, media melaporkan kerajaan mencatatkan penjimatan lebih RM400 juta sebulan selepas rasionalisasi subsidi diesel itu dilaksanakan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, program Budi My Subsidi Diesel yang dijalankan itu bakal menjimatkan sekitar RM5 bilion setiap tahun dalam perbelanjaan kerajaan.

Katanya, dana daripada penjimatan itu akan digunakan bagi projek pembangunan dan menguatkan jaringan keselamatan sosial menerusi pelbagai inisiatif bantuan kewangan.

“Program-program ini termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara),” katanya di Dewan Rakyat hari ini (12 November).

Peruntukan Inisiatif Bantuan Kewangan Dipertingkatkan Sehingga RM15 Bilion

Terdahulu, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (PH-DAP), bertanyakan sama ada penjualan diesel di Semenanjung Malaysia telah berkurang dan jumlah penjimatan yang dicatatkan selepas rasionalisasi subsidi itu dijalankan.

Lim berkata di bawah Belanjawan 2025, kerajaan telah meningkatkan peruntukan untuk program STR dan SARA ke RM13 bilion dari RM10 bilion berbanding tahun lepas.

Menerusi inisiatif SARA yang dipertingkatkan, jumlah peruntukan ini juga telah meningkat ke RM15 bilion.

Pemilik Kenderaan Diesel Nikmati Bantuan Kewangan Dari Inisiatif Kerajaan

Tambahnya lagi, kerajaan turut memperkenalkan program Budi Madani Individu dan Budi Madani Agri-Komoditi yang menyediakan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 (RM2,400 setahun) kepada pemilik kenderaan diesel peribadi.

“Setakat 31 Oktober tahun ini, sejumlah 320,000 pemilik kenderaan diesel termasuk petani, penternak dan pekebun kecil telah menerima manfaat daripada program ini dengan jumlah bayaran RM850 juta,” ujarnya.

Dalam sektor logistik, Lim berkata program Budi Madani Diesel telah meluluskan permohonan dari 121,618 syarikat pengangkutan barang yang merangkumi 355,074 kenderaan setakat 30 September lalu.

“Perkara ini memastikan bahawa kos operasi dalam sektor logistik tidak meningkat mendadak dan bahan asas kekal mampu milik,” ujarnya.

Jualan Diesel Berkurang Selepas Subsidi Bersasar Dilaksanakan

Sehubungan itu, Lim menjelaskan bahawa sebelum rasionalisasi subsidi dilaksanakan, harga diesel adalah pada RM2.15 seliter berbanding harga tanpa subsidi RM3.35 seliter sekarang.

“Sebelum rasionalisasi, jumlah purata bulanan diesel yang dijual pada harga subsidi antara Januari dan Mei 2024 adalah sekitar 770 juta liter.

“Selepas rasionalisasi, purata itu jatuh ke sekitar RM465 juta liter sebulan antara Jun dan Disember, menunjukkan pengurangan jelas dalam ketirisan. Ini juga membuktikan bahawa aktiviti menyeludup diesel telah menurun,” tambahnya lagi.

Sebaliknya, Lim berkata jualan diesel komersial telah meningkat selepas rasionalisasi subsidi dilaksanakan.

Perkara ini mencadangkan bahawa diesel disubsidi yang sebelum ini digunakan untuk tujuan komersial, termasuk di tapak pembinaan atau kilang, telah berkurang.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Tersalah Isi Minyak Diesel Pada Kereta Petrol? Ini Yang Anda Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Guru Dedah Pelajar Sekolah Tanpa Lesen Merungut Tak Terima Subsidi Petrol

Baca Artikel Berkaitan: Imbas Kad Pengenalan Untuk Semak Kelayakan Terima Subsidi Petrol RON95 – Rafizi Ramli


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd