Now Reading
CMCF Gesa Tingkatkan Keselamatan Game Digital Untuk Kanak-kanak

CMCF Gesa Tingkatkan Keselamatan Game Digital Untuk Kanak-kanak

Orang ramai khususnya ibu bapa dan para penjaga kini khuatir permainan popular seperti Roblox dan PUBG memberi impak negatif kepada anak-anak di rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (3 November), Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) menyeru industri permainan digital mengambil peranan aktif dalam membentuk persekitaran digital yang lebih selamat bagi kanak-kanak dan pengguna muda.

Perbincangan di Parlimen serta liputan media mengenai kawalselia permainan popular seperti Roblox dan PUBG telah menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan kanak-kanak di ruang dalam talian.

Ibu bapa dan guru telah meluahkan kebimbangan mereka tentang kekurangan mekanisme umur yang sesuai dan kemungkinan terdedah kepada kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai.

12% Kanak-kanak Tidak Dapat Kawal Diri Ketika Bermain Game Digital

Menurut satu laporan daripada World Health Organization (WHO), 34% remaja bermain permainan digital setiap hari, dan 22% bermain sekurang-kurangnya empat jam pada hari mereka dibenarkan bermain.

Walaupun 68% pemain dikategorikan sebagai tidak bermasalah, 12% pula berada dalam kumpulan berisiko tinggi, dicirikan oleh kawalan diri yang lemah terhadap aktiviti permainan, keutamaan berlebihan terhadap permainan berbanding rutin harian, serta kecenderungan untuk terus bermain walaupun menyedari kesan negatifnya.

Statistik ini menggariskan keperluan mendesak bagi standard industri yang lebih kukuh yang mengutamakan perlindungan kanak-kanak tanpa mengekang kreativiti atau inovasi.

“Permainan digital mempunyai kuasa untuk menyemai kreativiti, kerjasama berpasukan dan penyelesaian masalah dalam kalangan golongan muda. Namun tanpa tadbir-urus yang tepat, ia juga boleh mendedahkan mereka kepada risiko yang menjejaskan manfaat tersebut,” kata Presiden Malaysia Digital Association (MDA) dan Ahli Majlis CMCF, Nicholas Sagau.

Bina Ekosistem Permainan Yang Lebih Selamat Untuk Kanak-kanak

Sehubungan itu, CMCF menjemput syarikat permainan tempatan dan antarabangsa untuk menyertai rangka kerja kendiri dan membantu membangunkan standard dipimpin oleh industri, yang mengimbangkan inovasi dengan bertanggungjawab.

Inisiatif ini akan menggalakkan kerjasama mengenai amalan terbaik yang menguatkan alat bimbingan ibu bapa, jaminan umur, sistem pengawalan kandungan, dan prinsip reka-bentuk yang beretika.

CMCF percaya industri ini mampu dan sedia untuk mengawalselia kendiri secara berkesan.

Kenapa Reka Bentuk Permainan Bertanggungjawab Penting?

Permainan digital telah berkembang daripada hiburan biasa kepada ekosistem sosial di mana kanak-kanak belajar, meneroka dan membina komuniti.

Namun tanpa reka bentuk yang sesuai mengikut umur dan pengawalan yang bertanggungjawab, ia boleh mendedahkan mereka kepada kandungan berbahaya, monetisasi agresif, dan interaksi yang tidak selamat.

Model kawalselia kendiri CMCF menyediakan platform neutral di mana industri, pakar dan masyarakat sivil boleh bersama-sama membangunkan standard yang mencerminkan inovasi dan integriti.

Forum industri ini juga menekankan bahawa keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab bersama antara platform, pembangun, ibu bapa, pendidik dan pembuat dasar.

Kenal Pasti Reka Bentuk Permainan Yang Lebih Selamat Untuk Kanak-kanak

Dalam pada itu, CMCF akan memulakan siri perundingan bersama pemegang taruh bagi mengumpul input daripada pemaju permainan, pendidik, ibu bapa dan pakar perlindungan kanak-kanak. Sesi ini bertujuan mengenal pasti penyelesaian praktikal untuk reka bentuk permainan yang lebih selamat, interaksi yang sesuai mengikut umur, dan alat pemerkasaan pengguna.

Syarikat permainan dan pemegang taruh berkaitan digalakkan untuk menghubungi CMCF untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangka kerja kawalselia kendiri dan meneroka bagaimana mereka boleh menyumbang kepada pembentukan persekitaran permainan digital yang lebih bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, sila e-mel ke secretariat@contentforum.my


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd