KKM Kesan 22 Kes Kanser Paru-Paru Menerusi Teknologi AI – Dr Dzulkefly
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penemuan kanser paru-paru itu dibuat menggunakan teknologi AI molekul pantas dengan keputusan ujian dapat diterima dalam tempoh kurang dua jam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Trend penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara berlebihan dilihat agak membimbangkan, apatah lagi apabila ia disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Namun begitu, teknologi ini juga dapat membawa pelbagai faedah kepada umat manusia, salah satunya adalah bagi mengesan sebarang masalah kesihatan atau penyakit.
Baca Artikel Berkaitan: Kajian Dapati Otak Pengguna ChatGPT Paling Kurang Aktiviti Bila Tulis Karangan
Baca Artikel Berkaitan:Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak Dijana Guna Deepfake AI, Sebabkan Ketagihan Di Kalangan Remaja – PDRM
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen
KKM Guna AI Dalam Saringan Kesihatan Paru-Paru, Kenal Pasti 22 Kes Kanser
Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, teknologi AI dapat digunakan bagi tujuan saringan kesihatan paru-paru.
Menerusi teknologi ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah berjaya mengesan sebanyak 22 kes kanser paru-paru dalam tempoh dua bulan sejak Julai lalu.
Menurut Dr Dzulkefly, saringan itu telah dilaksanakan di tujuh klinik kesihatan (KK) seluruh negara dengan sokongan hospital rujukan berhampiran iaitu:
- KK Seberang Perai
- KK Kok Lanas
- KK Beserah
- KK Luyang
- KK Kajang
- KK Batu 9
- KK Pendang
AI Dapat Kesan Kanser Paru-Paru Lebih Pantas & Tepat, Beri Peluang Rawatan Awal
Objektif saringan itu adalah demi mengenal pasti penyakit pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan perokok dan pekerja industri yang berisiko.
“Sebanyak 3,482 pemeriksaan sinar X telah dibuat membabitkan responden berisiko berusia 18 tahun dan ke atas. Ia menghasilkan 3,778 penemuan berisiko termasuk 229 kes ketumbuhan pada paru-paru.
“Daripada jumlah itu, 22 kes disahkan sebagai kanser paru-paru. Penggunaan AI membolehkan pengesanan dilakukan dengan lebih pantas dan tepat, sekali gus meningkatkan peluang rawatan awal terhadap pesakit,” katanya dipetik Awani.
Tambah beliau, teknologi AI dapat mengesan tanda awal penyakit dengan lebih berkesan berbanding kaedah konvensional, sekaligus dapat menambah baik keupayaan diagnostik kesihatan awam.
Terima Keputusan Ujian Saringan Dalam Tempoh Kurang 2 Jam
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata teknologi yang digunakan KKM adalah berasaskan molekul pantas dengan keputusan ujian dapat diterima dalam tempoh kurang dua jam berbanding 48 jam sebelum ini.
“Pendekatan berasaskan teknologi ini membolehkan kita melaksanakan saringan secara lebih bersasar, terutamanya kepada kumpulan rentan seperti perokok tegar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komited kerajaan dalam memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bagi mengekang penjualan dan penggunaan produk merokok termasuk rokok elektronik.
Dr Dzulkefly juga menjelaskan bahawa isu kesihatan paru-paru kini diangkat ke peringkat antarabangsa selepas beliau membentangkan agenda Paru-Paru Sedunia pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva, Switzerland beberapa bulan lepas.
“Inisiatif ini turut mendapat sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memperkukuh kesesaran global terhadap penjagaan paru-paru,” katanya.
Teknologi AI Juga Boleh Diguna Bagi Isu Alam Sekitar
Selain berkesan sebagai teknologi sarangan bagi tujuan kesihatan, AI juga boleh digunakan dalam menangani masalah perubahan iklim.
Memetik Malaysia Bersuara, World Economic Forum menyenaraikan beberapa cara bagaimana teknologi AI dapat menangani masalah perubahan iklim antaranya:
- Mengesan di mana dan berapa cepat aisberg mencair.
- Memetakan penyahhutanan atau penebangan hutan.
- Membantu komuniti di Afrika yang terkesan dengan perubahan iklim menerusi ramalan cuaca.
- Mengitar semula lebih banyak sisa.
- Memetakan sampah di lautan bagi tindakan pembersihan.
- Meramalkan bencana iklim.
- Membantu syarikat industri besi dan perlombongan, minyak serta gas dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
- Mewujudkan semula hutan (reforestrating) di Brazil menggunakan dron.
Walaupun terdapat kebimbangan tentang impak negatif AI terhadap alam sekitar, namun kesan buruk ini boleh dikurangkan termasuk menerusi penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.
Menurut UNEP, lebih 190 negara telah menjalankan syor penggunaan AI secara beretika yang termasuk isu alam sekitar.
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Ada Impak Negatif Ke Atas Alam Sekitar?
Baca Artikel Berkaitan: “I’m Just AI Bro” – Cubaan Lelaki Minta Grok Kecam Orang Gagal, Diri Sendiri Kena Lahar!
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi ‘Arahan Rahsia’ Di ChatGPT Yang Ramai Tak Tahu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



