Now Reading
Lakar Sejarah! Penanda Arah Kiblat Tertinggi Malaysia Kini Berdiri Megah Di Gunung Kinabalu

Lakar Sejarah! Penanda Arah Kiblat Tertinggi Malaysia Kini Berdiri Megah Di Gunung Kinabalu

Monumen penanda arah kiblat itu berada di ketinggian 3,930.4 meter dari aras laut, Gunung Kinabalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nampak menyeronokkan, tetapi ekspedisi pendakian bukit atau gunung bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau tidak cukup tenaga dan stamina, memang susah untuk meneruskan perjalanan hingga ke puncak tertinggi.

Antara cabaran lain yang selalu dilalui oleh geng hikers ini adalah kesulitan bagi menunaikan solat sebagai contoh kekurangan sumber air untuk berwuduk, lokasi bersih untuk beribadah dan ketidakpastian dalam menentukan arah kiblat yang tepat.

Gunung Kinabalu Cipta Sejarah Baharu Dengan Monumen Penanda Arah Kiblat Tertinggi Negara

Semalam (27 Oktober), Malaysia Book of Records (MBOR) secara rasmi mengiktiraf penanda arah kiblat di KM8 Gunung Kinabalu. Dengan ketinggian 3,930.4 meter dari aras laut, ia dinobatkan sebagai penunjuk kiblat tertinggi seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, pemasangan monumen kiblat terbabit dapat membantu para pendaki Muslim menentukan arah kiblat dengan yakin dan tepat di lokasi tinggi.

Sumber: mountkinabalu.com

Ia dalam masa sama menyelesaikan isu individu yang sering berdepan kesukaran untuk menunaikan solat di kawasan ekstrem.

“Bagi pendaki Muslim, penentuan arah kiblat sering menjadi cabaran.

“Usaha ini amat tepat pada masanya, memberikan kemudahan dan keyakinan kepada mereka untuk menunaikan solat dengan sempurna,” kata Hajiji.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Indonesia306 Derajat

Penunjuk Arah Kiblat Di Gunung Kinabalu Simbol Kepada Usaha Dakwah

Hajiji berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar kejayaan dari segi fizikal, tetapi turut mencerminkan semangat, ilmu dan keimanan umat Islam di Sabah.

Menurut beliau, kejayaan ini memperlihatkan bagaimana ilmu falak, teknologi dan ketahanan fizikal dapat digabungkan dalam sebuah projek yang unik serta penuh makna.

Tambah Hajiji, monumen yang tersergam di puncak tertinggi Malaysia itu melambangkan keutuhan akidah dan ketinggian syiar Islam. Bukan sekadar rekod dalam buku, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha dakwah dan inovasi.

Sumber: Pejabat Mufti Negeri Sabah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mualaf Ini Terangkan Kaabah Bukan Berhala Bagi Umat Islam, Hanya Penunjuk Arah Kiblat

Langkah Ke Arah Hab Pelancongan halal Serantau Di Sabah

Dalam masa ia memudahkan pendaki, kewujudan monumen itu juga turut memperkukuhkan Sabah sebagai pusat pelancongan halal dan mesra Muslim di rantau terbabit.

“Agama dan sains tidak pernah bertentangan, bahkan saling melengkapi dalam mencari kebenaran. Inilah mesej besar dari puncak Kinabalu,” ujar Mufti Sabah.

Untuk info, projek itu dilaksanakan dalam beberapa fasa, bermula dengan tinjauan awal dan penentuan arah kiblat menggunakan kaedah falak oleh Pejabat Mufti Sabah, diikuti kerja-kerja pengukuran oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Sumber: Pejabat Mufti Negeri Sabah

Agensi lain yang turut terlibat dalam projek ini ialah Taman-Taman Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Ketua Menteri, polis, bomba, Radio Televisyen Malaysia, Pejabat Daerah Ranau, Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Bahagian Istiadat dan Protokol.

“Sinergi semua agensi ini membuktikan bahawa apabila ilmu, teknologi dan iman bersatu, mampu mencipta satu kejayaan besar.

“Gunung Kinabalu kini bukan sekadar destinasi pendakian fizikal tetapi juga destinasi spiritual dan ilmiah yang mengangkat keagungan ciptaan Allah SWT,” jelas Hajiji.

Cara Berwuduk Dengan Air Yang Terhad Ketika Mendaki

Seperti yang anda tahu, sumber air semasa mendaki mungkin sedikit terhad. Namun ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk hikers Muslim menunaikan solat fardu.

Di sini kami kongsikan cara-cara berwuduk dengan sumber air yang terhad:

  • Niat dahulu, “Aku berwuduk kerana Allah Taala.”
  • Ambil air sedikit cukup untuk ratakan, bukan limpahkan.
  • Basuh muka satu kali, sekali pun cukup asalkan kena dan rata.
  • Basuh tangan kanan ke siku, kemudian tangan kiri.
  • Sapu kepala rambut, atau seluruh kepala.
  • Kasut dibenarkan, kalau pakai kasut khas (khuf/kasut yang menutup buku lali dan dipakai selepas berwuduk), boleh sapu air wuduk di atas kasut sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Tunggal ‘Takluk’ Gunung Kinabalu 9 Kali Dalam Sebulan, Biar Betul?

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Panduan Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd