[Video] Gaza Masih Diserang Walaupun Gencatan Senjata Diumumkan
Kerajaan Israel pagi ini (10 Oktober) telah mengesahkan persetujuan gencatan senjata tersebut dengan serangan ke atas Gaza akan dihentikan dalam tempoh 24 jam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (9 Oktober), Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) menerusi satu kenyataan baru sahaja mengumumkan bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Salah satu intipati dalam perjanjian itu adalah bagi menghentikan perang di Gaza serta pengunduran pasukan pendudukan.
Malah, Trump juga berkata pembebasan dan pertukaran tahanan mungkin dilakukan menjelang Isnin (12 Oktober).
Baca Artikel Berkaitan: Hamas Setuju Gencatan Senjata Di Gaza, Gesa Trump Pastikan Israel Ikut Perjanjian
Baca Artikel Berkaitan: 28 Kanak-Kanak Palestin Terbunuh Setiap Hari Di Gaza – UNICEF
Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Makanan Tak Dibenarkan Masuk Ke Gaza, Penduduk Akan Terkorban Akibat Kebuluran
Israel Masih Serang Gaza Setelah Hamas Umum Persetujuan Gencatan Senjata
Pun begitu, serangan dan pengeboman masih dilancarkan ke atas Gaza oleh rejim Israel beberapa jam selepas persetujuan itu dicapai.
Pegawai Agensi Pertahanan Awam Gaza Mohammed Al-Mughayyir berkata beberapa letupan telah dilaporkan terutamanya di utara Gaza sejak pengumuman persetujuan berkenaan.
Seperti yang dikongsikan oleh TRT World menerusi hantaran di Instagram, kereta kebal Israel telah menyerang rakyat Palestin yang cuba untuk bergerak dari selatan ke utara Gaza.
Dalam pada itu, serangan Israel terhadap beberapa kawasan di seluruh Gaza telah mengorbankan sembilan orang awam Palestin, lapor Kosmo memetik portal berita WAFA.
Lima mayat telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza, tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist manakala satu lagi ke Hospital Nasser di Khan Younis.
Israel Sahkan Gencatan Senjata, Ditentang Puak Pelampau Sayap Kanan
Memetik laporan Al Jazeera, kerajaan Israel telah mengesahkan fasa pertama pelan gencatan senjata dengan Hamas pagi ini (10 Oktober), selepas sekitar 24 jam persetujuan itu diumumkan.
Puak pelampau sayap kanan Israel bagaimanapun dilaporkan menentang persetujuan itu.
Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir turut dimaklumkan berkata kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bahawa tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan “yang membenarkan pemerintahan Hamas berterusan di Gaza”.
Serangan Ke Atas Gaza Akan Dihentikan Dalam Tempoh 24 Jam
Menerusi pengesahan persetujuan gencatan senjata oleh Israel, serangan ke atas Gaza akan dihentikan dalam tempoh 24 jam, dengan rakyat Israel yang ditahan perlu dibebaskan selewat-lewatnya 72 jam kemudian.
Wartawan Al Jazeera yang kini berada di Gaza melaporkan bahawa serangan udara oleh Israel setakat ini telah berhenti selepas pengesahan gencatan senjata itu.
Namun memandangkan Israel berkata gencatan senjata hanya akan berlaku dalam tempoh 24 jam, tidak pasti sama ada serangan oleh rejim itu akan berlangsung kembali.
Ketua kumpulan berunding Hamas Khalil al-Hayya berkata, pihaknya telah menerima jaminan dari AS dan negara-negara pengantara bahawa persetujuan fasa pertama ini bermakna peperangan di Gaza “telah berhenti sepenuhnya”.
Untuk info, sejak Oktober 2023 pembantaian oleh rejim Israel ke atas Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67,194 penduduk dengan ribuan lagi dipercayai tertanam di bawah runtuhan bangunan.
Baca Artikel Berkaitan: Misi Kemanusiaan Ke Gaza: Hukum Golongan Wanita Jadi Sukarelawan Flotila
Baca Artikel Berkaitan: Greta Thunberg Gesa Orang Ramai Agar Beri Tumpuan Pada Gaza, Tegaskan Peserta GSF Bukan ‘Hero’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.