Now Reading
Belanjawan 2026: Pensyarah IPTA Boleh Ambil Sabatikal Setahun Bagi Pengkomersialan Hasil R&D

Belanjawan 2026: Pensyarah IPTA Boleh Ambil Sabatikal Setahun Bagi Pengkomersialan Hasil R&D

Dalam masa sama, kerajaan bersetuju menyalurkan dana permulaan RM10 juta menerusi Dana Nasional Syarikat Terbitan bagi tujuan pengkomersialan hasil penyelidikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi parlimen hari ini (10 Oktober) telah membentangkan Belanjawan 2026.

Di bawah belanjawan ini, sebanyak RM419.2 bilion diperuntukkan oleh kerajaan, yang menunjukkan peningkatan 1.7% berbanding Belanjawan Disemak 2025.

Salah satu industri yang menerima perhatian kerajaan di bawah Belanjawan 2026 ialah barangan ciptaan Malaysia.

Kerajaan Galakkan Pengkomersialan Hasil R&D Universiti Awam, Pensyarah Boleh Ambil Sabatikal Setahun

Di bawah tekad empat, kerajaan bakal memacu ikhtiar bagi menyokong pembelian barangan ciptaan Malaysia. Ini termasuklah hasil penyelidikan dan inovasi di institusi pengajian tinggi awam.

Memetik data, hampir 450 syarikat terbitan telah ditubuhkan oleh universiti awam, namun hanya kira-kira 5% hasil R&D yang dikomersialkan iaitu kadar yang amat rendah.

Sehubungan itu, kerajaan dalam usaha menggalakkan pengkomersialan hasil R&D, membenarkan pensyarah universiti awam yang menjadi pengasas syarikat terbitan untuk mengambil cuti penyelidikan atau sabatikal selama satu tahun.

Kerajaan Sedia Dana RM10 Juta Bagi Pengkomersialan Hasil R&D

Bagi tujuan pengkomersialan ini juga, kerajaan bersetuju menyalurkan dana permulaan RM10 juta menerusi Dana Nasional Syarikat Terbitan.

Dengan saluran dana ini, sebanyak 50 orang pensyarah berpeluang memberi tumpuan penuh kepada pembangunan syarikat terbitan.

Ini juga dapat menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM30 juta dengan kesan tiga kali ganda.

Tambah Anwar, universiti awam seperti Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghasilkan mesin dialisis buah pinggang mudah alih dan rawatan kanser lidah, manakala Universiti Malaya (UM) menyediakan rawatan kesuburan dan terapi biologi osteoartritis lutut.

Dalam pada itu, kerajaan menyediakan RM12 juta kepada Hospital Pengajar Universiti (HPU) terpilih bagi mengaplikasikan hasil ciptaan dalam urusan pemulihan pesakit secara bersasar.

Peruntukan RM20 Juta Bagi Pemerkasaan Logo & Kempen Buatan Malaysia

Di samping itu, kerajaan turut memperuntukkan RM20 juta bagi pemerkasaan penandaan logo Buatan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

Ini bertujuan bagi meningkatkan pendedahan produk Malaysia di kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd