Now Reading
Belanjawan 2026: Mahu Tarik 47 Juta Pelancong, Pulau Langkawi Jadi Fokus Destinasi Utama

Belanjawan 2026: Mahu Tarik 47 Juta Pelancong, Pulau Langkawi Jadi Fokus Destinasi Utama

Untuk info, sebanyak RM700 juta bakal diperuntukkan bagi merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (10 Oktober), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2026 di Dewan Rakyat.

Antara aspek yang ditekankan adalah mengenai Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pada tahun depan, Malaysia menjangkakan pelancong dari serata dunia bagi menghayati keindahan alam dan kepelbagaian budaya.

Sasaran kerajaan adalah untuk menarik seramai 47 juta pelawat dan menjana pendapatan sebanyak RM329 bilion yang mana sekaligus menjanjikan peningkatan ekonomi kepada peniaga kecil, usahawan pelancongan, komuniti desa, pengusaha kraf, serta rakyat keseluruhannya.

700 juta ringgit bakal diperuntukkan bagi merancakkan sektor pelancongan:

  • RM500 juta untuk menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
  • RM60 juta dana galakan promosi, pemasaran, penganjuran, acara pelancongan serta aktiviti kebudayaan
  • RM50 juta untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik dan tenunan
  • RM50 juta geran padanan menggalakkan penerbangan antarabangsa dan carter ke Malaysia.
  • RM25 juta bagi menambah baik kemudahan pelancongan termasuk memulihara tapak UNESCO
  • RM20 juta untuk mempergiat program pelancongan kesihatan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia

Usaha Bagi Mengekalkan Pulau Langkawi Sebagai Destinasi Utama Pelancongan

Sementara itu, Pulau Langkawi kekal sebagai destinasi tumpuan pelancong. Produk geopelancongan yang akan dibangunkan ialah Kilim Geoforest Park, trail kembara Gua Selat Panchor dan geotrail pendakian di Langkawi UNESCO Global Geopark.

Sumber: Naturally Langkawi

Bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran FI kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

Muzium Tekstil Akan Dibuka Di Menara Merdeka 118

Bukan sahaja tertumpu pada Pulau Langkawi, malah kerajaan juga menyasarkan kemajuan di ibu kota, Kuala Lumpur. Menurut Anwar, pembangunan Merdeka 118 oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dilengkapi dengan pembukaan Muzium Tekstil.

Dalam pada itu, kerajaan juga menyediakan dana awal RM5 juta secara geran padanan bagi menggalakkan sektor korporat, dermawan dan pakar warisan untuk memodenkan Muzium Negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd