Belanjawan 2026: Had Pengeluaran KWSP Untuk Tunai Haji Dinaikkan Kepada RM10,000
Sebelum ini, hanya RM3,000 dibenarkan untuk pengeluaran bagi menunaikan ibadah Haji.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (10 Oktober) ketika pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2026 di Dewan Rakyat telah mengumumkan persetujuan untuk menaikkan had pengeluaran KWSP bagi tujuan menunaikan ibadat Haji.
Jika sebelum ini, hanya pengeluaran RM3,000 dibenarkan. Namun, untuk tahun hadapan rakyat Malaysia boleh mengeluarkan sebanyak RM10,000 bagi tujuan menunaikan rukun Islam ke-5 tersebut.
Martabat Syiar Islam
Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini terdapat 300 buah sekolah pondok berdaftar namun hampir 160 tidak berdaftar.
Pihak kerajaan dalam masa yang sama akan sedia menambah ilmu baharu seperti digital, AI, dan TVET untuk masa depan anak-anak.
Bukan itu sahaja, kerajaan turut memaklumkan:
- Prasarana sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz ditambah baik termasuk penggantian peralatan usang di institusi pondok berdaftar juga bakal disediakan bernilai RM150 juta.
- 720 anak-anak tahfiz akan diberikan latihan kemahiran profesional menerusi GiatMARA yang boleh dimanfaatkan setelah tamat pengajian.
Majlis-majlis Ilmu Bakal Dipertingkatkan
Mengulas lanjut, majlis-majlis ilmu bakal diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman umat MADANI terhadap Islam.
Ini termasuk penganjuran Majlis Sama’ Hadis 2026 bagi memberi peluang umat Islam menghayati hadis-hadis Baginda Rasulullah SAW yang diperdengarkan dengan bacaan penuh tartil oleh para ulama.
Usaha Malaysia melalui Yayasan Restu dan JAKIM untuk mencetak 1 juta naskhah al-Quran ke dalam 30 bahasa utama dunia mendapat sambutan yang amat positif daripada masyarakat dunia.
Kerajaan turut perkenalkan MUSHAF MADANI sebagai sebahagian program tadabbur al-Quran di peringkat nasional. Seterusnya, kerja-kerja akan bermula untuk membangunkan Kompleks Madinatul Quran di Putrajaya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.