[Video] Kejadian Tanah Mendap Berlaku Di Bangkok Akibat Paip Bocor Di Tapak Pembinaan Stesen MRT
Satu kejadian tanah mendap sedalam 50 meter dilaporkan berlaku di wilayah Dusit, Bangkok, Thailand pada pagi Rabu (24 September).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bencana alam merupakan salah satu perkara yang amat menggerunkan dan boleh menyebabkan kerugian besar-besaran, malah kecederaan dan kematian orang ramai.
Salah satunya adalah kejadian tanah mendap yang berlaku apabila permukaan bumi runtuh ke bawah dan membentuk lubang.
Seperti sebelum ini, satu kejadian tanah mendap di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur telah mengorbankan nyawa seorang pelancong dari India.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terjerlus Di Masjid India: Suami Dedah Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Di Masjid India
Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Terjerlus Di Masjid India: Datuk Bandar Nafi Dakwaan KL Tak Selamat
Tanah Mendap Sedalam 50 Meter Berlaku Di Bangkok
Hari ini (24 September), media melaporkan satu kejadian tanah mendap sedalam 50 meter yang berlaku di Bangkok, Thailand.
Tanah mendap tersebut berlaku di hadapan Vajira Hospital di wilayah Dusit di ibu negara Thailand itu sekitar 7.15 pagi waktu tempatan.
Sehubungan itu, jalan raya dari persimpangan Vajira ke persimpangan Sanghi serta kawasan berdekatan telah ditutup. Penduduk sekitar dan pesakit di hospital berkenaan juga dipindahkan.
Video Tular Menunjukkan Lori Terjatuh Ke Dalam Tanah Mendap
Melihat kepada video dan gambar yang tular di media sosial, keseluruhan lebar jalan raya terkesan dengan tanah mendap tersebut.
Kelihatan juga air mencurah-curah dari beberapa paip air yang pecah di kawasan yang terkesan.
View on Threads
Dalam satu video lain, kelihatan beberapa percikan api turut berlaku disebabkan oleh kabel elektrik terputus.
Video sama menunjukkan sebuah lori yang terjatuh masuk ke dalam lubang berkenaan yang semakin membesar. Lubang mendap itu juga dilihat masuk sehingga ke bahagian bawah sebuah bangunan.
Menurut media antarabangsa CNA, tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.
View on Threads
Tanah Mendap Berlaku Akibat Kebocoran Dalam Terowong
Menurut Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt, tanah mendap itu terjadi disebabkan oleh kebocoran di dalam terowong di satu tapak pembinaan bagi stesen MRT baharu.
Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana Bangkok Suriyachai Rawiwan, pula memaklumkan kepada media AFP di lokasi kejadian bahawa keruntuhan itu kemungkinan berkait dengan hujan lebat baru-baru ini dan paip bocor.
“Terdapat kebocoran pada paip air tersebut. Air dari paip menghakis tanah di bawah jalan raya, menyebabkan kejadian ini berlaku.
“Air yang menghakis itu membawa bersama tanah yang jatuh ke stesen keretapi bawah tanah yang sedang dalam pembinaan, menyebabkan runtuhan itu,” katanya.
Vajira Hospital Gantung Perkhidmatan Pesakit Luar
Dalam pada itu, Vajira Hospital yang merupakan fasiliti pendidikan bagi satu universiti perubatan Thailand, bahawa servis pesakit luar digantung dan akan disambung semula secepat mungkin.
Bercakap kepada pihak media, seorang pekerja hospital yang tinggal di bangunan berhampiran berkata dia dikejutkan dengan bunyi deram-derum pada pagi Rabu.
“Bunyi itu macam tiang elektrik yang jatuh dan seluruh flat saya terasa bergegar,” katanya dipetik CNA.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tunggu Masa” – Individu Dakwa Wujud Lubang Benam Di Sri Petaling
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tanda Untuk Kesan Lubang Benam, Hati-hati Dengan Kawasan Persekitaran!
Baca Artikel Berkaitan: Ahli Geosains Jelaskan Tentang Formasi Batu Kapur Di Kuala Lumpur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.