Sekitar 9 Kapal Misi Global Sumud Flotilla Diserang Di Perairan Antarabangsa
Anggota Komitmen Stereng GSF Yasemin Acar, yang berada di kapal Alma berkata frekuensi VHF di kapal turut digodam sebelum kedengaran lagu ‘Take A Chance On Me’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Global Sumud Flotilla yang melibatkan delegasi dari 44 buah negara kini sedang dalam perjalanan ke arah Gaza untuk memecah sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan.
Pun begitu, misi tersebut tidak berjalan dengan mudah apabila salah satu kapal telah dibom oleh dron ketika sedang berlabuh di Tunisia pada awal bulan lalu.
Terbaharu, satu siri serangan telah disasarkan ke atas konvoi kemanusiaan itu ketika berada di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.
Baca Artikel Berkaitan: Kapal ‘The Family’ Dalam Global Sumud Flotilla Diserang Dron Di Perairan Tunisia
Baca Artikel Berkaitan: Negara-Negara Barat Utama Mulai Iktiraf Palestin, Perancis Yang Terbaharu
Konvoi Global Sumud Flotilla Diserang Ketika Di Perairan Antarabangsa
Menerusi serangan terbaharu itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menjelaskan bahawa para sukarelawan yang terlibat berada dalam status ‘red alert’.
Berdasarkan laporan oleh Ketua Pengarah dan Jurucakap Sumud Nusantara Flotilla Command Center, Datuk Dr Sani Araby, sebanyak sembilan kapal disasarkan setakat 9.53 pagi hari ini (24 September).
Laporan itu mendedahkan bahawa terdapat cubaan jelas untuk mengugut dan merisik konvoi itu menerusi 15 dron yang berlegar rendah setiap 10 minit.
Delegasi dan kapal berdekatan melaporkan sebanyak 12 letupan udara yang dipercayai merupakan satu bentuk ugutan terbuka. Ini menjadi gangguan keempat sejak pelayaran dimulakan di Lautan Mediterranean.
Tiada Sebarang Kecederaan Yang Dilaporkan Setakat Ini
Tambah laporan itu lagi, GSF kini di zon kelabu perairan Greece yang terletak kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.
Berikut merupakan antara kapal yang diserang:
- Kapal Ohwayla – Bom kilat kecil.
- Kapal Yulara – Disiram peranti kimia yang tidak dikenali.
- Kapal Otaria – Bom kilat di tiang tengah.
- Kapal Maria Cristina – Bom kilat di atas dek sebanyak dua kali.
- Kapal Selvaggia – Terkena bom kilat.
- Kapal Morgana – Terkena bom kilat.
- Kapal Zefiro – Terkena bom kilat dengan kerosakan pada tali layar.
Sani juga memaklumkan bahawa kesemua 34 delegasi Malaysia tidak mengalami sebarang kecederaan, serta berada dalam keadaan selamat dan bersiap-siaga.
“Misi ini adalah Misi Kemanusiaan Non-Violent untuk menghantar bantuan serta mendesak perang serta kebuluran dihentikan.
“Kami mendesak kepimpinan serta pendokong dalam negara dan dunia segera mendesak dan melakukan sesuatu atas provokasi kepada kumpulan aktivis kemanusiaan yang merupakan orang awam ini,” katanya.
Berdasarkan hantaran di akaun Instagram rasmi GSF, sekurang-kurangnya 11 serangan telah dilancarkan oleh pihak Israel sejak bermula tengah malam tadi ketika berada sekitar 600 batu nautika dari Gaza.
View on Threads
15 Dron Menghampiri Kapal Alma, Frekuensi VHF Digodam
Menerusi hantaran di Facebook hari ini (24 September), pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, melaporkan sebanyak 15 buah dron berlegar di sekitar kapal Alma.
Dia juga berjaya merakamkan beberapa siri letupan yang berlaku.
“Setakat ini yang kami perasan dron akan tutup lampu sebelum lepaskan letupan. Tidak ada kecederaan. Bertujuan untuk menakutkan sahaja,” katanya.
Menurut anggota Komitmen Stereng GSF Yasemin Acar, frekuensi VHF di kapal Alma turut digodam sebelum kedengaran lagu ‘Take A Chance On Me’.
Acar juga memaklumkan bahawa letupan dan pembuangan bom telah dilakukan ke atas beberapa kapal GSF.
GSF Akan Teruskan Misi Sehingga Tiba Di Gaza
GSF menerusi satu kenyataan di Instagram menegaskan bahawa mereka tidak akan gentar walaupun selepas menyaksikan sendiri ancaman tersebut.
“Letupan, dron tidak dikenali dan gangguan komunikasi. Kami menyaksikan operasi psikologi ini secara langsung sekarang, tetapi kami tidak akan gentar.
“Sejauh mana Israel dan sekutunya akan pergi untuk memanjangkan kengerian kelaparan dan genosid di Gaza adalah memuakkan. Tetapi azam kami lebih kuat daripada sebelum ini. Setiap percubaan untuk menakut-nakutkan kami hanya menguatkan komitmen kami.
“Kami tidak akan diam. Kami akan terus belayar,” katanya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.