Fenomena La Nina Dijangka Melanda Malaysia, Ini Punca Hujan Lebat Bertambah & Ketahui Risikonya
Fenomena La Nina ini dijangka melanda Malaysia mulai hujung tahun ini sehingga Februari 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, cuaca di Malaysia pada ketika ini dilihat tidak menentu. Ada masanya panas terik, tetapi ada masanya hujan lebat.
Menurut Pusat Iklim Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tinjauan cuaca jangka panjang bagi September 2025 hingga Februari 2026 meramalkan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) kini berada pada tahap neutral dengan kebarangkalian sebanyak 56% ia akan berterusan sehingga Oktober depan.
Mengulas lanjut, MetMalaysia memaklumkan bahawa selepas tempoh tersebut berlalu, terdapat kemungkinan La Nina berlaku dalam tempoh singkat pada hujung tahun 2025 sehingga Februari 2026 sebelum pola cuaca kembali normal.
Apa Itu Fenomena La Nina?
Tetapi mungkin sesetengah daripada anda tidak tahu apa sebenarnya fenomena La Nina ini.
Memetik National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), La Nina bermaksud keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur.
Menurut influencer yang juga penulis geopolitik dan sejarah ekonomi dikenali sebagai Ahmad Faezal, terdapat satu iklim yang wujud di Lautan Pasifik iaitu ENSO. Ia melibatkan haba, angin, dan arus yang mengimbangi antara satu sama lain.
Iklim tersebut pula mempunyai kitaran tersendiri yang kemudiannya menyebabkan ada masanya bumi berdepan dengan suhu panas, El Nino dan ada masanya lebih sejuk iaitu La Nina.

Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Asia Tenggara Kekal Tinggi, Ini Tips Untuk Hadapi Cuaca Panas
Berisiko Alami Tanah Runtuh & Banjir Jika La Nina Teruk Melanda
Berbicara lebih lanjut mengenai fenomena tersebut, Ahmad Faezal berkata angin barat ke timur yang dipanggil sebagai ‘trade winds’ akan meniup air suam daripada Amerika Selatan ke Asia.
“Ketika La Nina, angin ni akan menjadi lebih kuat dan lagi banyaklah air suam yang masuk dekat Asia. Lagi banyak air ini masuk, lagi rancaklah pembentukan awan,” ujarnya.
Ia sekaligus akan meningkatkan kekerapan hujan lebat di sesebuah negara. La Nina yang dijangka berlaku Disember ini juga mengundang kesan sampingan sebagai contoh tanah runtuh dan banjir.

Selain menggugat keselamatan para penduduk, bencana alam itu juga mampu menyebabkan golongan pesawah hilang punca pendapatan akibat bendang padi yang dibanjiri hujan lebat berterusan.
“Nelayan pun tak boleh nak turun ke laut sebab ombaknya sangat kuat. Kebiasaannya La Nina akan mengambil masa 9-12 bulan untuk selesai. Tapi untuk Malaysia mungkin sekejap je sebab banyak laporan menunjukkan ia bersifat sementara.
“Tetapi 9-12 bulan itu tidak tetap, ada hari tu (pernah terjadi) berlangsung selama tiga tahun antara 2020 ke 2023. Tempoh panjang yang mana berlaku banyak bencana alam serata dunia ini,” kongsi Ahmad Faezal lagi.

Secara kesimpulannya, El Nino adalah musim panas dan kering manakala La Nina pula adalah musim hujan.
Sekiranya La Nina melanda Malaysia pada hujung tahun ini, anda boleh menjangkakan hujan lebat. Jika pada pertengahan tahun pula, suhu negara akan sejuk dan lembab.
@ahmadfaezal4 La Nina telah diumum dengan jangkaan berlaku sekitar hujung tahun ini ke awal tahun depan. Fenomena ni semulajadi yang berpunca oleh kerana faktor-faktor imbangan di Lautan Pasifik. #lanina #elnino #alam #pasifik #lautan ♬ original sound – Ahmad Faezal
Tonton video penuh [DI SINI].
Hujan Lebat Sekitar Ibu Kota Pada 22 Sept
Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur yang telah pun dilanda hujan lebat dan angin kuat semalam (22 September) sehingga menyebabkan pokok tumbang.
Bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada kenderaan di kawasan sekitar malah kesesakan lalu lintas.
Antara kawasan terjejas adalah The Five di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
View on Threads
Sementara itu, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nizam turut memuat naik video menunjukkan bumbung Stadium Negara tercabut akibat tiupan angin kencang.
@snizam_tsn Just happen.. #stadiumnegara #ribut #hujanlebat ♬ suara asli – Jeruk.nipis
Tonton video penuh [DI SINI].
Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, anda dinasihati untuk sentiasa bersedia dan peka dengan sebarang amaran dikeluarkan MetMalaysia atau pihak berkuasa tempatan.
Buat anda yang tinggal di kawasan tinggi risiko banjir, adalah penting untuk menyimpan dokumen penting selain mengetahui lokasi pusat perlindungan kecemasan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



