KKM Kesan Varian Baru Covid-19 XFG, Ini Info Penting Anda Kena Tahu
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa sebanyak 8.2% daripada jumlah kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35/2025 merangkumi varian XFG.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kita kini sudah memasuki tahun ke-7 sejak pandemik Covid-19 mula melanda pada tahun 2019.
Dengan program vaksinasi yang berkesan, penularan virus ini berjaya dikawal sekaligus mengurangkan jumlah kes yang dilaporkan.
Bagaimanapun, kematian pertama akibat jangkitan Covid-19 telah dilaporkan di dalam negara pada 19 Jun yang lalu yang menjadi peringatan bahawa penularan virus ini perlu sentiasa diawasi.
Baca Artikel Berkaitan: DG Hisham ‘Throwback’ Hari Pertama PKP Akibat Covid-19 Pada 4 Tahun Lalu
Baca Artikel Berkaitan: Kematian Pertama Covid-19 2025 Di Malaysia, Ini Info Anda Perlu Tahu
KKM Kesan Varian XFG Covid-19 Dalam 8.2% Kes Pada ME35/2025
Terbaharu, media melaporkan varian baharu Covid-19, XFG, telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada 43,087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35/2025 (ME35/2025).
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penularan itu membabitkan 8.2% daripada keseluruhan kes yang dilaporkan sehingga 6 September lalu dan varian itu sedang dipantau.
Mengulas lanjut, beliau berkata KKM menerusi pemantauan genomik mendapati jangkitan varian lain seperti berikut:
- Varian NB.1.8.1 – 39.4%
- Varian JN.1 – 18.1%
- Varian XEC – 13.3%
- Lain-lain varian – 21%
Berdasarkan hantaran di X, Dr Dzulkefly turut menyatakan bahawa kes Covid-19 yang dilaporkan menunjukkan penurunun.
“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024 iaitu penurunan 49.5%.
“Kes mingguan pada ME35 adalah 594, penurunan sebanyak 12.8% berbanding 681 kes pada ME34,” katanya.
Kematian Terbaharu Akibat Covid-19 Dilaporkan
Di samping itu, beliau memaklumkan satu kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 yang membabitkan warga emas berusia 91 tahun.
Keadaan ini meningkatkan kematian kumulatif akibat jangkitan Covid-19 bagi tahun 2025 kepada tiga orang (dilaporkan pada ME 24/2025, ME 30/2025 dan ME 35/2025).
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan bila jangkitan varian XFG mula dikesan.
Dalam masa sama, Dr Dzulkefly turut berkongsi beberapa langkah pencegahan virus Covid-19 yang perlu diamalkan orang ramai sepanjang masa iaitu:
- Mencuci tangan dengan kerap.
- Memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak.
- Dapatkan vaksinasi sekiranya berisiko.
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perubatan Tepis Dakwaan Vaksin Covid-19 Punca Kanser
Salam 🇲🇾 Madani ❤️
— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) September 18, 2025
Yg masih ikuti dgn tekun & bertanya ttng variant XFG (bukan XPG ya):
🧵 Situasi COVID-19 Malaysia sehingga Minggu Epidemiologi ke-35/2025
📊 Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes telah dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama… https://t.co/8mi2O4fDem
Varian XFG Diklasifikasi Sebagai ‘Varian Bawah Pengawasan’
Sebagai info, varian XFG telah pertama kali dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu sebelum menular ke peringkat global.
Menurut Healthline, XFG yang juga dikenali sebagai varian ‘Stratus’ telah dikesan di 38 negara menjelang Jun dan merangkumi 22% daripada jumlah kes Covid-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan varian XFG yang merupakan rekombinan atau hibrid daripada dua varian Omicron yang sedia ada iaitu LF.7 dan LP.8.1.2 sebagai ‘varian bawah pengawasan’.
Varian ini kemudiannya dikatakan sebagai varian utama sejak 13 Ogos lalu berdasarkan data Wastewater CDC.
Varian XFG Didapati Tidak Sebabkan Kesakitan Lebih Teruk
Berdasarkan laporan NST, bukti semasa mencadangkan varian XFG tidak menyebabkan kesakitan yang lebih teruk, tetapi tahap penularan dan respon terhadap vaksin masih dalam kajian.
Merujuk artikel oleh Stony Brook Medicine, kebanyakan jangkitan Covid-19 membabitkan varian ini bergejala ringan, lebih-lebih lagi dalam individu yang telah menerima vaksinasi.
Antara simptom yang kerap dilaporkan bagi varian XFG ialah:
- Batuk kering yang berterusan
- Kepenatan atau kelelahan
- Demam
Sesetengah orang juga mungkin mengalami simptom lain yang termasuk:
- Sesak nafas
- Dada terasa ketat
- Sakit atau gatal tekak
- Sakit kepala dan sakit badan
- Tak sedap perut, mual atau tiada selera makan
- Hilang rasa atau bau
- Sukar memberi fokus atau ‘brain fog’
Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, lakukan ujian pengesanan Covid-19 dalam kadar segera.
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi 5 Jenis Ubat Yang Wajib ‘Standby’ Di Rumah Semasa Musim Covid-19
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Undang Maut, Ramai Tak Sedar Alami Influenza Kerana Gejala Seakan Covid-19
Baca Artikel Berkaitan: Ismail Sabri Umum Sambung PhD, Langkah Malaysia Tangani Covid-19 Jadi Topik Tesis
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.