Now Reading
Dari Darat Ke Udara, Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Dengan Team All-Women

Dari Darat Ke Udara, Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Dengan Team All-Women

Pasukan serba wanita oleh Malaysia Airlines itu mengendalikan penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak dahulu lagi, kita terbiasa melihat golongan juruterbang diiklankan dengan figura seorang jejaka. Dalam erti kata mudah, ramai menganggap bidang penerbangan ini didominasi oleh golongan lelaki.

Namun tanpa anda sedari, semakin ramai di kalangan komuniti wanita yang mampu menjadi pemimpin bagi industri aviasi tersebut.

Malaysia Airlines baru-baru ini membawa sedikit kelainan dalam operasinya iaitu dengan mengangkat martabat kaum Hawa dalam sektor penerbangan.

Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Dengan Pasukan Wanita Dari KUL-BKI

Menerusi hantaran di laman Facebook, Malaysia Airlines mengumumkan pelancaran operasi penerbangan dengan pasukan serba wanita bagi MH2610 dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kota Kinabalu (BKI).

Bukan sahaja melibatkan juruterbang dan kru kabin, malah penerbangan istimewa ini turut membabitkan ejen daftar masuk, jurutera serta pegawai keselamatan.

Setiap aspek perjalanan itu menyerlahkan kekuatan, kepakaran serta kempimpinan wanita dalam industri penerbangan yang semakin berkembang.

Sumber: X (@MAS)

Penglibatan Wanita Dalam Industri Penerbangan Semakin Meningkat

Dalam masa sama, Malaysia Aviation Group (MAG) turut berkongsi bahawa kakitangan wanita kini merangkumi 36% tenaga kerja syarikat iaitu sudah melepasi sasaran 25by2025 yang ditetapkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pencapaian cemerlang itu bukan sahaja menandakan kemajuan tetapi juga meleraikan stigma bahawa industri penerbangan ini boleh diterajui oleh golongan lelaki sahaja.

Seperti yang dimaklumkan Malaysia Airlines, ‘Langit itu tiada batasnya’.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines

“Buat semua rakan sekerja dan bakal tenaga kerja aviasi, semoga penerbangan hari ini menjadi inspirasi untuk terus bermimpi lebih besar dan berani merobohkan halangan,” ujar pihak Malaysia Airlines.

Ramai Bangga Dengan Pencapaian Wanita Dalam Terajui Industri Penerbangan

Menjengah ke ruangan komen hantaran, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bangga dengan perkembangan industri penerbangan yang melibatkan tenaga kerja wanita.

“Bangga sangat tengok wanita berani pecahkan batasan dan terus terbang tinggi!” kata seorang individu.

Malah, ada juga individu yang tidak sabar untuk menjadi penumpang bagi penerbangan MH2610 yang dikendalikan pasukan wanita itu.

“Saya dan keluarga akan pergi ke Kota Kinabalu untuk cuti Tahun Baru Cina 2026. Harap kami berpeluang naik penerbangan dengan pasukan serba wanita yang hebat macam ni. Bangga dengan syarikat penerbangan negara yang tunjukkan erti sebenar diversiti, kesaksamaan dan inklusiviti,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, ramai mengharapkan agar peratusan tenaga kerja wanita dalam bidang aviasi akan bertambah pada masa akan datang.

“Sangat bangga! Tahniah. Sekarang jom sasarkan 50%,” kata seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Rap & Nyanyian!” – B.I Teruja Tonton Video Keselamatan Malaysia Airlines

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Wanita Kongsi Peranan Sebagai Ibu Bekerja Dalam Industri Penerbangan

Malaysia Airlines Pernah Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Sekadar info, Malaysia Airlines pernah melancarkan penerbangan dikendalikan oleh semua staf wanita sebelum ini bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada tahun 2023.

Proses penerbangan MH2520 dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) itu dikendalikan sepenuhnya oleh staf wanita bagi menonjolkan peranan mereka dalam menyumbang kepada industri penerbangan.

Sejajar dengan tema Hari Wanita Sedunia iaitu ‘Meraikan Kesaksamaan‘, operasi penerbangan itu diawasi oleh tenaga kerja MAG yang juga terdiri daripada semua staf wanita termasuklah dari tempat mendaftar masuk ke landasan pengisian minyak.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Kendali Penerbangan Oleh Semua Staf Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd