Israel Gali Terowong Rahsia Bawah Masjid Al-Aqsa, Artifak Islam Berisiko Rosak – Pihak Berkuasa Palestin
Pihak berkuasa Palestin menegaskan bahawa struktur asal Masjid Al-Aqsa dan warisan sejarahnya boleh berada dalam keadaan bahaya memandangkan kerja penggalian rahsia itu tidak dilakukan di bawah sebarang pemantauan antarabangsa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam menelusuri isu pembantaian tanah suci Palestin oleh rejim Israel, salah satu perkara terkait adalah rampasan kota Baitulmaqdis yang menjadi rebutan kedua-dua pihak.
Bagi umat Islam, Baitulmaqdis merujuk kepada Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama, sekaligus menegaskan peranannya dalam sejarah perabadan Islam.
Masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu bagaimanapun telah ditawan oleh Israel daripada Jordan dalam perang Timur Tengah 1967.
Baca Artikel Berkaitan: Menteri Israel Ketuai Lebih 2,000 Orang Beribadah Di Masjid Al-Aqsa, Langgar Status Quo Yang Ditetapkan
Baca Artikel Berkaitan: Polis Israel Sekat Jemaah Islam Ke Masjid Al-Aqsa
Pihak Berkuasa Palestin Dakwa Israel Lakukan Penggalian Rahsia Di Bawah Masjid Al-Aqsa
Terbaharu, Israel didakwa melakukan penggalian di bawah kawasan Masjid Al-Aqsa secara rahsia sehingga merosakkan artifak Islam bersejarah, antaranya tinggalan dari era pemerintahan Bani Umayyah.
Dalam dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin itu, aktiviti penggalian tanpa kebenaran oleh Israel telah dirakamkan di kawasan yang sering menjadi titik ketegangan.
“Pihak berkuasa Israel dilihat sengaja memusnahkan artifak Islam yang berasal dari zaman pemerintahan Bani Umayyah, yang menjadi bukti hidup dan sahih terhadap hak milik umat Islam ke atas tapak suci berkenaan.
“Israel sedang berusaha memusnahkan tinggalan arkeologi Islam ini dengan tujuan menghapuskan identiti sejarah Masjid Al-Aqsa dan memutarbelitkan fakta bagi menyokong naratif ‘Temple Mount’ yang didakwa,” kata kenyataan itu.
Pihak Berkuasa Palestin Gesa Campur Tangan Antarabangsa Segera
Di samping itu, pihak berkuasa Palestin menegaskan bahawa struktur asal Masjid Al-Aqsa dan warisan sejarahnya boleh berada dalam keadaan bahaya memandangkan kerja penggalian rahsia itu tidak dilakukan di bawah sebarang pemantauan antarabangsa.
Malah, kenyataan sama turut mendakwa bahawa rejim Zionis berusaha mewujudkan fakta baharu di lapangan menerusi kerja penggalian terbabit bagi melaksanakan agenda penjajahan dan usaha mengambil alih kota suci Baitulmaqdis.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Palestin menggesa campur tangan segera dari masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan kebudayaannya UNESCO, agar pencabulan itu dihentikan serta Israel dipertanggungjawabkan atas jenayahnya.
Jordan Mempunyai Hak Menguruskan Masjid Al-Aqsa
Sebagai info, undang-undang antarabangsa menetapkan hal ehwal Masjid Al-Aqsa hanya berhak diuruskan oleh Majlis Wakaf Baitulmaqdis yang dikendalikan Jordan.
Satu perjanjian yang mengiktiraf hak Jordan dalam penjagaan serta mempertahankan Baitulmaqdis dan tapak-tapak suci di Palestin telah ditandatangani oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Mac 2013.
Berdasarkan status quo, Jordan menjalankan peranan sejarahnya sebagai penjaga al-Aqsa, manakala Israel mengambil alih kawalan keselamatan dan akses.
Baitulmaqdis Jadi Rebutan 3 Agama Samawi
Mungkin timbul persoalan, mengapakah Baitulmaqdis menjadi rebutan bangsa Yahudi dan umat Islam.
Umat Islam pasti tahu bahawa di lokasi itulah terjadinya peristiwa Israk Mikraj, di mana Baginda Rasulullah SAW melakukan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara-cara Umat Islam Hargai Momen Bersejarah Peristiwa Israk Mikraj
Selain menjadi masjid ketiga paling suci dalam Islam, Yahudi juga merujuk Baitulmaqdis sebagai Temple Mount serta mendakwanya sebagai lokasi dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.
Pada 1980, Israel yang menduduki Baitulmaqdis Timur, telah menggabungkan seluruh bandar walaupun tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Malah, Baitulmaqdis turut menjadi rebutan penganut Kristian dalam pelbagai siri perang salib bagi membebaskan tanah suci itu.
Mereka mempercayai bahawa kawasan itu merupakan lokasi di mana Jesus disalib, dikebumikan dan dibangkitkan semula.
Baca Artikel Berkaitan: “Kuburkan Idea Penubuhan Negara Palestin” – Menteri Kewangan Israel Umum Pelan Pembinaan Baharu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.