Now Reading
Ibu Baru Lepas Bersalin Wajib Mandi Wiladah. Tapi Apa Beza Dengan Mandi Nifas?

Ibu Baru Lepas Bersalin Wajib Mandi Wiladah. Tapi Apa Beza Dengan Mandi Nifas?

Kebanyakan ibu hamil di luar sana sudah terbiasa mendengar istilah mandi nifas tetapi bukan mandi wiladah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sudah beberapa kali bersalin dan baru mengandungkan bayi, sudah tentu anda biasa mendengar istilah darah nifas. Untuk info, nifas merupakan darah yang keluar daripada rahim sejurus melahirkan anak atau sebaik sahaja rahim dikosongkan.

Ia boleh keluar dalam bentuk alaqah (segumpal darah) atau mudghah (segumpal daging). Darah ini juga perlu dibersihkan dalam masa 15 hari selepas kelahiran.

Golongan wanita Muslim juga mengetahui bahawa mandi nifas merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan setelah darah berhenti keluar sepenuhnya.

Sekadar info, tempoh minimum bagi keluarnya darah nifas adalah sedetik, maksimum 60 hari dan tempoh biasa 40 hari.

Apa Itu Mandi Wiladah Bagi Ibu Selepas Bersalin?

Namun perkara yang masih ada segelintir kaum Hawa tidak cakna adalah istilah mandi wiladah. Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ‘al-Wiladah’ daripada kitab Fiqh al-Manhaji bermaksud bersalin.

Kadangkala proses bersalin anak itu tidak diikuti dengan keluarnya darah nifas, namun hukum bagi wanita pada keadaan itu sama dengan hukum janabah (mandi wajib kerana berhadas besar).

Hal ini kerana anak yang lahir itu ialah hasil gabungan air mani isteri dan air mani suami. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza (bentuk) kandungan yang dilahirkan atau cara melahirkannya. 

Sumber: Pexels

Boleh Ke Sekalikan Niat Mandi Wiladah & Nifas?

Persoalannya adakah seseorang wanita itu perlu mandi wiladah dan mandi nifas secara berasingan selepas dia melahirkan anak dan keluar darah nifas?

Jawapannya adalah tidak perlu kerana mandi sekali sahaja sudah pun memadai. Sama seperti mandi nifas, mandi wiladah itu juga perlu dilakukan setelah darah nifas habis keluar.

Terdapat beberapa cara untuk berniat sebelum mandi wajib ini. Antaranya:

  1. Meniatkan setiap hadas besar yang dilalui dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali: (“Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub.”)
  2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi ke semua hadas: (“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”) atau (“Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.)

Langkah-langkah Bagi Mengerjakan Mandi Wiladah

Buat anda yang tidak tahu, ini merupakan langkah-langkah mandi wiladah:

  1. Mulakan niat ketika air sampai atau menyentuh bahagian tubuh pertama semasa mandi.
  2. Membaca bismillah.
  3. Mencuci kedua-dua pergelangan tangan sebanyak tiga kali.
  4. Mencuci kemaluan menggunakan tangan kiri.
  5. Membersihkan tangan sekali lagi dengan sabun.
  6. Berwuduk sempurna seperti biasa.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rata seluruh rambut, kemudian menyiramnya dengan tiga kali curahan air menggunakan kedua-dua tangan.
  8. Memulakan basuhan (alirkan air) daripada kepala hingga ke kaki dengan mendahulukan bahagian kanan tubuh, diikuti dengan bahagian kiri tubuh.
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh dan sunat hukumnya untuk menggosok lembut seluruh tubuh. 
  10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat kemudiannya (jika wuduk awal tadi sudah terbatal kerana menyentuh kemaluan semasa mandi).

NOTA: Cara-cara mandi wiladah dan nifas adalah sama dan boleh dilakukan sekali sahaja.

Air Ketuban Juga Dikira Sebagai Darah Fasad

Selain daripada darah yang keluar kerana hendak bersalin, terdapat juga air ketuban yang mengalir sama ada secara sendiri atau apabila dipecahkan petugas kesihatan.

Menurut Allahyarhamah Ustazah Shadiya Abbas, air ketuban juga ialah darah fasad.  Tambahnya, darah fasad adalah antara kategori darah yang keluar daripada kemaluan wanita selain haid, nifas dan istihadah.

“Darah fasad ialah darah rosak yang biasanya keluar disebabkan sakit kontraksi kerana ketegangan pada vagina yang juga boleh berlaku kerana penyakit tertentu termasuk kanser hingga menyebabkan pendarahan yang keluar daripadanya.

“Bagi darah haid dan istihadah (penyakit), ada tempoh tertentu mengenal pastinya, manakala darah fasad boleh berlaku bila-bila masa termasuk kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ke bawah yang belum baligh,” jelas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Puasa Tapi Tak Mandi Wajib? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Masuk Waktu Subuh, Sah Ke Puasa?

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Dah Habis Haid & Belum Mandi Wajib Tapi Suami Nak Bersama, Boleh Ke? Ini Penjelasannya [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd