Now Reading
Konstabel Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas Di Seremban

Konstabel Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas Di Seremban

Mangsa Naim Mullah Mohd Affandi, 23, dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.24 pagi sewaktu sedang menerima rawatan di zon kecemasan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol adalah bertentangan dengan undang-undang memandangkan tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Namun masih terdapat segelintir individu yang degil dan tetap mahu memandu kenderaan walaupun berada dalam keadaan mabuk.

Sebelum ini, media telah banyak kali melaporkan insiden pemandu mabuk melanggar pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah, malah sehingga meragut nyawa mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Bengang Lihat Pemandu Honda CRV Dipercayai Mabuk Seret Motosikal Sejauh 500 Meter

Baca Artikel Berkaitan: Rempuh 3 Kereta Di IOI City Mall, Pemandu Disyaki Mabuk Kini Ditahan Oleh Pihak Polis

Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Maut Di Melaka Dipercayai Dirempuh Oleh Pemandu Myvi Mabuk

Anggota Polis Mati Dilanggar Pemandu Mabuk Di Seremban

Semalam (18 Ogos), satu kemalangan jalan raya di Seremban telah meragut nyawa seorang anggota polis berpangkat konstabel.

Mangsa Naim Mullah Mohd Affandi, 23, yang sedang menunggang motosikal ketika itu telah dilanggar pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol pada jam 1.01 pagi di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan Temiang.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu menyebabkan mangsa yang bertugas di Balai Polis Jalan Campbell cedera parah sebelum meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Mangsa Dilanggar Sewaktu Dalam Tugasan

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata insiden berlaku sewaktu mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Seremban menghala ke Temiang.

“Namun apabila sampai di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Akibatnya, mangsa yang ketika itu dalam tugasan alami cedera parah pada bahagian kepala dan telah dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 2.24 pagi sewaktu sedang menerima rawatan di zon kecemasan hospital tersebut.

Pemandu Bezza Ditahan Bagi Siasatan Lanjut

Sehubungan itu, Mohamad Hatta berkata pemandu Perodua Bezza dalam insiden tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, ketika kejadian, pemandu terbabit disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Sampel darah telah pun diperoleh dan akan diuji di Jabatan Kimia,” katanya.

Tambahnya lagi, pemandu lelaki berusia 26 tahun itu telah direman enam hari bermula semalam (18 Ogos) bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Dalam pada itu, Mohamad Hatta meminta individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden agar berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Berhenti Lah!” – Aksi Uncle Tempik & Hon Lori Yang Dipandu Huyung-hayang Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd