Now Reading
[Video] Tular Rakaman Kereta SUV Nombor Pendaftaran Singapura Isi Minyak RON95

[Video] Tular Rakaman Kereta SUV Nombor Pendaftaran Singapura Isi Minyak RON95

Difahamkan pengadu yang melihat insiden itu sudah memaklumkan kepada petugas kaunter stesen namun tiada tindakan dilakukan kerana staf mendakwa tidak menyedarinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui minyak petrol RON95 merupakan salah satu bahan api yang disubsidikan hanya untuk rakyat Malaysia.

Namun masih ada lagi segelintir warga asing yang berdegil serta dengan selamba mengisi minyak yang sudah dikhaskan untuk rakyat Malaysia itu.

Meskipun sudah berulang kali diingatkan tetapi masih ada juga yang melakukan perkara ini.

Tular lelaki isi minyak kereta SUV guna RON95

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai warga Singapura turut melakukan hal yang sama.

Menerusi video tular tersebut, awalnya kelihatan lelaki memakai baju biru sedang memegang nozel berwarna kuning sewaktu mengisi minyak kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Namun apa yang menjadi perhatian, minyak petrol RON95 itu digunakan untuk mengisi kereta SUV yang bernombor pendaftaran Singapura.

Insiden itu difahamkan berlaku semalam (14 Ogos) di sebuah stesen minyak di Pandan, Johor.

Pasukan KPDN dihantar siasat, pengadu dakwa sudah maklum pada staf stesen minyak

Susulan daripada insiden itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo memaklumkan sepasukan pegawai agensi berkenaan telah dihantar ke stesen minyak terbabit untuk melakukan siasatan sebaik menerima laporan serta makluman awam.

“Setiap gambar atau video tular memaparkan kenderaan pendaftaran asing isi minyak RON95, maka kita akan buka kertas siasatan. Seterusnya tindakan akan diambil melalui pasukan Ops Tiris Penguatkuasa.

“Siasatan kes tular di Pandan akan menjurus kepada pengadu yang mendakwa telah memaklumkan kejadian itu kepada petugas kaunter stesen, namun tiada tindakan diambil kerana petugas mendakwa tidak menyedarinya,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Peringatkan pemilik stesen minyak untuk hanya benarkan kereta bernombor plat warganegara isi minyak RON95

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan pemilik stesen minyak untuk bertanggungjawab dalam memastikan hanya kenderaan milik rakyat Malaysia yang dibenarkan untuk mengisi minyak subsidi terbabit.

Menurutnya, sesi libat urus bersama semua pengusaha stesen minyak di Johor termasuk wakil syarikat pembekal sudah pun diadakan sebelum ini untuk memberi peringatan mengenai kepentingan mematuhi peraturan itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu MINI One Plate Singapura Didakwa Isi RON95, Siap Tapau Raih Pelbagai Reaksi

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd