Now Reading
“Kuburkan Idea Penubuhan Negara Palestin” – Menteri Kewangan Israel Umum Pelan Pembinaan Baharu

“Kuburkan Idea Penubuhan Negara Palestin” – Menteri Kewangan Israel Umum Pelan Pembinaan Baharu

Pelan pembinaan E1 itu sebelum ini telah dibekukan selama dua dekat akibat bantahan di peringkat antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perang genosid oleh rejim Zionis ke atas tanah suci Palestin sudah hampir memasuki dua tahun sejak bermula pada Oktober 2023.

Setakat ini, Al Jazeera melaporkan anggaran sebanyak 61,776 rakyat Palestin telah terkorban, yang dipercayai kebanyakannya adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak.

Malah, wilayah itu turut berdepan krisis kebuluran akibat bantuan kemanusian yang disekat oleh tentera Israel.

Baca Artikel Berkaitan: NGO Adakan Himpunan Aman Di KL, Gesa Hentikan Genosid & Kebuluran Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: 28 Kanak-Kanak Palestin Terbunuh Setiap Hari Di Gaza – UNICEF

Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Makanan Tak Dibenarkan Masuk Ke Gaza, Penduduk Akan Terkorban Akibat Kebulura

Menteri Kewangan Israel Umum Pelan Pembinaan E1 Di Tebing Barat

Terbaharu, satu pembinaan Israel di kawasan penempatan kontroversi E1 di Tebing Barat yang diduduki sedang dalam rancangan.

Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang mengumumkan pelan tersebut mendakwa ia bakal ‘menguburkan idea penubuhan negara Palestin’.

Menurutnya, sebanyak 3,401 unit rumah akan dibina sekaligus menghubungkan penempatan Maale Adumim dengan Baitulmaqdis.

Perkara ini seterusnya akan memisahkan Tebing Barat daripada Baitulmaqdis Timur, iaitu kawasan yang diimpikan sebagai ibu negara Palestin di masa hadapan.

“Mereka bercakap tentang impian Palestin, dan kami akan terus membina realiti Yahudi,” katanya dalam sidang media bersama pemimpin organisasi penempatan Yesha Council.

Pelan Pembinaan Dibekukan 2 Dekad Sebelum Ini

Menurut laporan media, terdapat bantahan di peringkat antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ke atas projek E1 sebelum ini yang menyebabkan ia dibekukan selama dua dekad.

Ini kerana pelan pembinaan itu dilihat sebagai satu ancaman kepada penyelesaian dua negara (two-state solution) antara Palestin dan Israel.

Pelan Penempatan Baharu Israel Terima Kecaman Banyak Pihak

Mengulas berkenaan pelan pembinaan tersebut, Kementerian Luar Palestin menyatakan ia sebagai satu lanjutan kepada jenayah penghapusan etnik dan penjajahan ke atas tanah suci itu.

Jordan turut mengecam pelan itu dan menyifatkannya sebagai satu bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dijalankan secara terang-terangan.

Di samping itu, kumpulan hak asasi Israel Peace Now, memberi amaran bahawa peluang penyelesaian damai dua negara akan ‘dihancurkan’ dan pengilhakan (annexation) wilayah Palestin semakin mendalam menerusi pelan tersebut.

Dalam masa sama, Hamas menyeru rakyat Palestin untuk menentang pelan tersebut yang disifatkan sebagai sebahagian daripada dasar ‘penjajahan ekstremis’ rejim Zionis.

Pelan penempatan tersebut turut dikutuk keras oleh kerajaan Turkiye yang menyifatkan tindakan itu bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi juga bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambah Kementerian Luar Turkiye, pelan tersebut boleh dilihat sebagai satu usaha bagi memisahkan Tebing Barat daripada Baitulmaqdis Timur, seterusnya menjejaskan integriti wilayah Palestin, di samping peluang untuk penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan.

“Langkah ini secara terang-terangan mengenepikan undang-undang antarabangsa dan menjejaskan harapan damai,” menurutnya dipetik Awani.

Kerajaan Turikye turut menegaskan bahawa keamanan berkekalan hanya boleh digapai menerusi penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Batulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Palestin Diduduki Oleh Israel Sejak 1967, Paling Banyak Tanah Dirampas Pada 2023

Menurut Global Centre for the Responsibility to Protect, wilayah Palestin yang termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur telah diduduki oleh Israel sejak 1967 lagi.

Sejak Oktober 2023, aktiviti penempatan Israel di Tebing Barat meningkat secara mendadak dan kini telah mencecah 700,000 penduduk Israel.

Menurut pakar-pakar PBB, Israel telah merampas tanah Palestin lebih banyak pada 2023 berbanding mana-mana tahun dalam tempoh 30 tahun lalu.

Pada 19 Julai 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan pendapat nasihat bahawa kehadiran Israel secara berterusan di Palestin adalah bertentangan dengan undang-undang.

ICJ dalam pada itu menggesa agar Israel menghentikan pendudukannya secepat mungkin, dan menghantikan aktiviti penempatan baharu serta mengeluarkan semua peneroka haram.

Pada 18 Mei lalu, Israel melancarkan satu operasi darat secara meluas di Gaza selepas kabinet keselamatan Israel meluluskan rancangan untuk mengawal dan menduduki Gaza tanpa had masa.

Operasi ini juga menyebabkan rakyat Palestin terpaksa berpindah atau melarikan diri ke arah selatan.

Di bawah Konvensyen Geneva Keempat, kuasa penempatan sebenarnya dilarang memindahkan sebahagian daripada populasinya kepada wilayah yang dijajah, dikenali sebagai ‘settler impantation’.

Pendudukan haram Israel secara kekal membahayakan kewujudan rakyat Palestin dan bertentangan dengan hak mereka dalam menentukan nasib sendiri (right to self-determination).

Baca Artikel Berkaitan: ‘Pilihan Sukar Tetapi Nyata’ – Pakar PBB Gesa Masyarakat Dunia Ambil Tindakan Segera Dalam Isu Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “Kematian Yang Kejam & Perlahan” – Ini Yang Terjadi Apabila Seseorang Kebuluran

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Rundingan Selagi Keganasan Ke Atas Palestin Tidak Dihentikan – PMX


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd