Now Reading
“Negara 4 Musim Pun Terkesan” – Pakar Fizik Dedah Kenapa Malaysia Sangat Panas Waktu ini

“Negara 4 Musim Pun Terkesan” – Pakar Fizik Dedah Kenapa Malaysia Sangat Panas Waktu ini

Walaupun sudah berteduh dan minum banyak air, tetapi masih terasa panasnya dekat Malaysia sekarang ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang sejak dahulu lagi, Malaysia dikenali dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun kerana iklim khatulistiwa. Tetapi kalau anda perasan, cuaca panas pada masa kini dilihat semakin menjadi-jadi.

Malah ada juga segelintir individu yang sanggup membatalkan rancangan mereka untuk berjumpa dengan rakan hanya kerana bahang melampau.

Namun begitu, musim panas tersebut tidak berlaku secara tiba-tiba sebaliknya terdapat punca mengapa fenomena ini berlaku.

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga September

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pakar fizik dikenali sebagai Dr Zamir Moheyedin (@zamirmohyedin) berkongsi tentang fakta mengenai cuaca panas dan bahang dilalui masyarakat sekarang.

Menurut Dr Zamir yang juga penulis Buku Angkasa Raya, fenomena cuaca panas ini sudah berlangsung sejak Mei lagi dan dijangka berpanjangan sehingga bulan September akan datang.

Jelas beliau, ia bukanlah satu situasi baharu tetapi corak sedemikian telah berlaku pada setiap tahun dalam tempoh bulan yang sama. Punca utama bahang panas ini adalah disebabkan Monsun Barat Daya.

Sumber: Malay Mail

Negara 4 Musim Juga Terkesan Dengan Cuaca Panas

Tetapi kenapa Monsun Barat Daya memberi impak cuaca panas yang teruk di Malaysia?

Jelas beliau, cuaca panas ini bukan sahaja melanda Malaysia tetapi juga negara-negara empat musim.

Sumber: Freepik

“Mereka ada musim sejuk, bunga, luruh dan musim panas. Musim panas ni pula berlangsung sekitar Mei hingga September. Pada bulan ini, tanah Asia dan daratan di Asia mengalami musim yang sangat panas sehingga menyebabkan udara di sekeliling kita ni naik ke atas.

“Konsep dia sama macam belon panas, yang mana ia dapat naik ke atas sebab ada api yang memanaskan udara dalam belon tersebut sehingga menyebabkan ia dapat naik ke atas,” kata Dr Zamir.

Sumber: Pexels

Analogi itu turut dikaitkan dengan cuaca panas di Malaysia kini. Apabila masuk sahaja musim panas, udara di sekeliling turut naik ke atas.

Ia secara langsung mengakibatkan persekitaran sekeliling memasuki sistem bertekanan rendah kerana udara sudah semakin berkurangan.

“Hal ini menyebabkan angin sejuk dari laut akan mengalir ke daratan yang bertekanan rendah ini. Angin sejuk ni sebenarnya dia bawa udara-udara lembab. Apabila semakin banyak udara lembab ni mengalir ke daratan Asia, hujan akan mudah terjadi,” ulas beliau.

Hujan Juga Kerap Kali Turun Ketika Musim Panas

Dr Zamir menjelaskan hujan juga akan turun setiap kali musim panas berlaku, lebih teruk lagi apabila bencana banjir berlaku di sesetengah negara sebagai contoh Thailand, Sri Lanka, dan Vietnam.

Tetapi kenapa Malaysia terkecuali? Pakar itu mendedahkan bahawa banjaran gunung-gunung yang berada di Sumatera dipanggil sebagai Banjaran Barisan merupakan punca utama.

Banjaran itu telah menghalang angin-angin lembab untuk sampai terus ke Malaysia. Apabila angin lembab tersebut mengalir daripada lautan Hindi, ia akan terhalang dan tersekat di Banjaran Barisan.

Sumber: TikTok (@zamirmohyedin)

“Apa yang kita dapat dekat Malaysia ni adalah angin dan udara kering sehingga menyebabkan Malaysia ni sangat-sangat panas dan hujan tu sangat-sangat sikit. Malah panas tu berterusan sampai tak nampak hujan langsung. Jadi inilah antara sebab kenapa bulan Mei sampai September ni adalah bulan yang sangat panas buat Malaysia.

Kesimpulan: Cuaca panas pada ketika ini berpunca disebabkan Monsun Barat Daya dan angin lembab yang terhalang sekitar Banjaran Barisan di Sumatera.

@zamirmohyedin kenapa Malaysia sangat panas sekarang? #zamirmohyedin #fizik #sains #iklim #STEM ♬ original sound – Dr. Zamir Mohyedin

Tonton video penuh [DI SINI].

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Sihat Dalam Cuaca Panas?

Cuaca panas yang melampau sangat berbahaya kerana orang ramai akan terdedah kepada risiko dehidrasi atau strok haba.

Di sini kami kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk kekal sihat dan selamat sepanjang musim panas.

Sumber: Freepik

Antaranya:

  • Elak berada di luar bangunan
  • Menggunakan kipas dan pendingin hawa untuk kekal sejuk
  • Minum air secukupnya untuk hilangkan dahaga dan mengawal suhu badan
  • Pakai baju yang selesa dan sejuk seperti kain poliester dan merino
  • Mandi air sejuk bagi menurunkan haba badan
  • Kurangkan aktiviti senaman di luar rumah

Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Asia Tenggara Kekal Tinggi, Ini Tips Untuk Hadapi Cuaca Panas

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Meragam Ketika Cuaca Panas? Ini Penjelasannya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd