Kemalangan Bas Dengan 2 Lori Di Johor, 2 Maut & 16 Cedera
Kemalangan yang berlaku tengah malam tadi (3 Julai) di Lebuhraya Utara-Selatan ke arah selatan berhampiran Ayer Hitam, Johor membabitkan sebuah bas, lori tangki dan lori tunda.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan membabitkan bas persiaran banyak dilaporkan dalam negara, dengan satu nahas sebelum ini yang mengorbankan nyawa 15 pelajar institusi pendidikan tinggi.
Terbaharu, satu kemalangan dilaporkan berlaku di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Ayer Hitam, Johor pada tengah malam tadi (3 Julai).
Insiden yang membabitkan sebuah bas persiaran dan dua lori itu menyebabkan dua maut, manakala 16 lagi tercedera.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik Di Jalan Jeli – Gerik, 15 Maut & Tujuh Parah
Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Trak FRU & Lori Kerikil Ragut 9 Nyawa Anggota, 2 Lagi Kritikal
Kemalangan Berlaku Sekitar 12.30 Tengah Malam, Membabitkan Bas & 2 Lori
Berdasarkan laporan Berita Harian, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 12.30 tengah malam tadi yang mengorbankan dua penumpang bas.
Pemandu lori tangki dan lori tunda yang terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan Md Isa Masngun berkata, sebanyak tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian sebaik sahaja satu panggilan kecemasan diterima pada jam 12.44 tengah malam.
2 Penumpang Bas Persiaran Tersepit & Maut Di Lokasi Kejadian
Sehubungan itu, pihaknya mendapati sebanyak tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut iaitu sebuah bas persiaran yang membawa 46 orang termasuk pemandu dan dua lori.
“Terdapat dua mangsa iaitu penumpang bas tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala 16 lagi iaitu penumpang dan pemandu bas cedera.
“14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas cedera, sementara selebihnya iaitu 27 penumpang lelaki dan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Pemandu Lori Tunda & Lori Tangki Terselamat
Tambahnya lagi, peralatan khas digunakan oleh pihak bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan operasi ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 3 pagi.
“Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital dengan ambulans dan dibantu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, pemandu lori tunda lelaki berusia 42 tahun dan lori tangki, 33 tahun terselamat dalam insiden tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Ahli MKJR Saran Wajibkan Pakai Seatbelt Dalam Bas Demi Kurangkan Risiko Kemalangan Maut
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Melarang Perjalanan Pada Waktu Malam Bagi Pelajar Universiti Bantu Elak Kemalangan?
Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Negara Terus Berduka, Sultan Nazrin Titah Langkah Pencegahan Diambil
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.