Now Reading
Tular Dakwaan Salah Ejaan Pada Kalimah Allah Di Masjid, Kerajaan Negeri Melaka Jalan Siasatan

Tular Dakwaan Salah Ejaan Pada Kalimah Allah Di Masjid, Kerajaan Negeri Melaka Jalan Siasatan

Menurut bekas guru Mohd Fadli Salleh, terdapat dua kesalahan pada kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang tertera.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ayat suci al-Quran sentiasa digunakan sebagai salah satu elemen bagi menghiasi dinding di sekitar masjid atau surau.

Kebiasaannya, ayat suci di sekitar masjid ditulis dalam bentuk khat yang bertujuan bagi mengelakkan jemaah berasa terganggu melihat tulisan al-Quran ketika sedang menunaikan solat.

Namun baru-baru ini, timbul dakwaan bahawa tulisan kaligrafi khat di sebuah masjid dalam negara mempunyai kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: “Susah Ni Nak Pilih Pemenang” – Seni Tulisan Khat Murid Sekolah Curi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: Tulisan Jawi Jadi Pilihan Ching Iyu Untuk Kegunaan Harian

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Beri Teguran Buat Pihak Masjid & Surau Isu Penggunaan Speaker Selain Untuk Azan

Tulisan Khat ‘Bismillahirrahmanirrahim’ Di Masjid Di Melaka Ada Kesalahan

Berdasarkan hantaran oleh bekas guru matematik, Mohd Fadli Salleh di Facebook hari ini (2 Julai), terdapat kesilapan pada ejaan tulisan khat di sebuah masjid di Melaka, namun tidak pasti lokasi tepat rumah ibadat itu.

Katanya, kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang ditulis menggunakan kaligrafi khat kufi itu mempunyai dua kesalahan.

“(Ejaan) Allah terlebih ‘lam’, dan (ejaan) Rahman tu ‘mim’ bersambung dengan ‘nun’. Dua kesalahan,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut berkongsi tulisan kaligrafi sebenar seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Khat Kebangsaan, Abwa Khalid.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar menyemak semula tulisan khat di rumah, pejabat, surau dan masjid berdekatan, serta lakukan pembetulan segera sekiranya mengesan sebarang kesilapan.

Ramai Persoalkan Jika Tulisan Khat Tidak Disemak Sebelum Dipaparkan Di Dinding Masjid

Isu kesilapan kalifragi khat di masjid itu menerima perhatian ramai yang mempersoalkan kesalahan sedemikian terhadap kalimah agung.

Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan jika ahli jawatankuasa masjid tidak menyemak dahulu tulisan kaligrafi tersebut.

Seorang individu turut meminta agar pihak masjid memperbetulkan semula kesilapan pada kalimah itu.

“Tempah kat mana? Kalau dengan orang Islam dan memang pembuat khat, mustahil salah. Dan sekiranya salah, nak letak mestilah imam dan AJK masjid tengok dulu kan?” persoal seorang individu.

Di samping itu, seorang individu meminta agar majlis agama atau jabatan mufti mengesahkan perkara tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa khat yang dibeli di kedai fizikal atau dalam talian perlu disemak terlebih dahulu kerana tidak mustahil mempunyai kesilapan.

Kerajaan Negeri Siasat Dakwaan Kesalahan Kaligrafi Di Masjid Melaka

Dakwaan kesilapan pada tulisan kaligrafi masjid di Melaka itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri.

Menurut Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman, memandangkan lokasi sebenar tidak dinyatakan dalam hantaran yang tular itu, pihaknya sedang mengenal pasti masjid atau surau yang dipercayai melakukan kesalahan tersebut.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan kerana terdapat kira-kira 1,000 buah masjid dan surau di Melaka.

Memetik laporan Awani, jabatan yang berkaitan telah diarahkan agar menjalankan semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan kesalahan pada kaligrafi itu.

“Saya sedang menyiasat masjid yang dimaksudkan. Jika benar, syor perubahan segera perlu dilakukan.

“Kerjasama juga dijalinkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jika pihak terbabit memaklumkan terus nama masjid atau surau terlibat, ia akan memudahkan siasatan,” kata Rahmad.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Beri Pandangan Lepas Ada Netizen Anggap Ambil Cuti 10 Hari Iktikaf Di Masjid Tak Produktif

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Masjid Di Indonesia 35 Tahun Salah Arah Kiblat & Baru Diperbetulkan

Baca Artikel Berkaitan: “Banyak Kosong Tapi Kena Halau” – Wanita Kecewa Dakwa Jemaah Masjid Cop Saf Ketika Solat Tarawih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd