Now Reading
Surau R&R Seremban Jadi Yang Pertama Di Lebuh Raya Benarkan Solat Jumaat

Surau R&R Seremban Jadi Yang Pertama Di Lebuh Raya Benarkan Solat Jumaat

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata terdapat sekitar 90 pekerja lelaki beragama Islam di R&R Seremban buat masa ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Solat Jumaat merupakan ibadah mingguan yang diwajibkan ke atas kaum lelaki beragama Islam dan perlu ditunaikan secara berjemaah di surau atau masjid.

Bagi membolehkan solat Jumaat dijalankan, perlu terdapat sekurang-kurangnya 40 orang kariah tempatan.

Oleh yang demikian, bukan semua surau boleh mendirikan solat Jumaat dan perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa agama terlebih dahulu.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Non-Muslim Ikut Solat Jumaat, Pendakwah Dedah Ia Tidak Langgar Hukum Syarak

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Islam Di Johor Wajib Tinggal & Tutup Perniagaan Untuk Solat Jumaat

Baca Artikel Berkaitan: “Siapa Duduk Bersidai Dia Kena” – Gelagat Nenek Pantau Jemaah Solat Jumaat Guna Rotan Jadi Tumpuan

Mufti Negeri Sembilan Luluskan Surau MADANI Di R&R Seremban Bagi Mendirikan Solat Jumaat

Hari ini (2 Julai), sebuah surau yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mencipta sejarah apabila dibenarkan mendirikan solat Jumaat.

Ini selepas Mufti Negeri Sembilan meluluskan perkara itu bagi Surau MADANI di R&R Seremban (arah Selatan).

Dengan kelulusan itu, rumah ibadat yang boleh memuatkan 150 jemaah dalam satu masa itu menjadi surau di R&R pertama dalam negara yang dibenarkan berbuat demikian.

Mufti Negeri Sembilan Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin dalam satu majlis telah menyempurnakan pengisytiharan kelulusan mendirikan solat Jumaat di surau tersebut.

Ada Pekerja R&R Yang Tak Sempat Solat Jumaat Kerana Jauh Untuk Balik

Beliau berkata bahawa pengguna lebuh raya PLUS yang menuju ke arah selatan juga boleh singgah untuk menunaikan solat Jumaat di sana bersama-sama pekerja di kawasan R&R tersebut.

“Sebelum beri kebenaran ini, saya secara peribadi bertanya kepada pekerja di sini, merisik untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku di kawasan ini tanpa memperkenalkan diri.

“Saya tanya di mana mereka bersolat jumaat. Antara jawapan diberikan adalah sebahagian mereka tidak pergi solat Jumaat kerana tidak sempat, sebab jauh untuk pergi dan balik,” katanya dipetik Berita Harian.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Sumber gambar: Facebook Zulkifli Hasan

Kemudahan Diharap Dapat Dekatkan Umat Islam Dengan Allah SWT

Mengulas lanjut, Faudzinaim berkata penting untuk mengadakan solat Jumaat di surau terbabit memandangkan ibadah itu diwajibkan ke atas pekerja Muslim di sana.

“Kita lihat ada keperluan, ada hajat yang perlu dipenuhi bagi golongan pekerja di sini. Oleh kerana itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berasakan ada keperluan memberikan solat jumaat secara sementara di kawasan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Faudzinaim berkongsi harapan agar kemudahan tersebut dapat mendekatkan umat Islam dengan Allah SWT walaupun sedang berjalan-jalan, bercuti atau bekerja di kawasan berhampiran.

“Ini adalah kebenaran solat Jumaat pertama di kawasan R&R. Kita mengharapkan dengan kebenaran ini, ia akan memberi keselesaan kepada umat Islam yang sentiasa berada atas lebuh raya,” katanya.

Ada Kira-Kira 90 Pekerja Lelaki Beragama Islam Di R&R Seremban

Tambah Zakaria, terdapat sekitar 90 pekerja lelaki beragama Islam di R&R Seremban buat masa ini iaitu melebihi minimum 40 jemaah kariah tempatan yang diperlukan.

Beliau berkata objektif utama inisiatif berkenaan adalah bagi menyediakan kemudahan beribadah kepada komuniti pemaustatin yang bekerja di sana, penduduk sekitar Labu dan Seremban serta pengguna jalan raya.

“Buat masa ini, pihak kami memberi fokus terhadap pelaksanaan solat Jumaat di surau berkenaan dan belum merancang untuk memperluaskan kemudahan sama di R&R lain,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Selain Duduk Antara 2 Khutbah, Ini Senarai Syarat Sah Khutbah Jumaat. Wajib Qada Solat Zohor Jika Tertinggal

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Tinggalkan Solat Jumaat Jika Hujan Lebat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Perlukah Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd