Tarif Baharu Elektrik Bermula 1 Julai, Ini 3 Penambahbaikan Utama
Dengan pembaharuan ini, pengguna domestik dan bukan domestik dapat menikmati bil elektrik lebih murah jika tenaga digunakan di waktu luar puncak di bawah skim Time of Use.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setibanya kita di bulan Julai ini, maka bermulalah semakan dan peluasan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST).
Di samping itu, pengguna juga bakal menyaksikan penggunaan tarif baharu elektrik bermula bulan ini.
Ini adalah selepas struktur tarif elektrik bagi semua kategori pengguna di Semenanjung Malaysia dikemas kini oleh Suruhanjaya Tenaga.
3 Penambahbaikan Utama Yang Dilaksanakan Dengan Tarif Elektrik Baharu
Memetik laporan Awani, struktur elektrik baharu ini diperkenalkan dengan tujuan agar bil lebih jelas, adil dan mencerminkan keadaan pasaran sebenar.
Menerusi perubahan ini, kadar caj akan lebih jelas apabila dipecahkan kepada tiga komponen utama iaitu Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan.
Tetapi apakah perubahan yang akan dirasai oleh pengguna? Berikut merupakan antara penambahbaikan yang dilaksanakan.
#1. Pengguna Domestik Atau Kediaman
Kategori ini merujuk kepada pengguna bagi rumah teres, apartmen, flat dan kondominium yang digunakan sepenuhnya untuk tujuan kediaman.
Berbanding tarif sebelum ini yang menggunakan sistem blok bertingkat berdasarkan kadar penggunaan bulanan, tarif baharu hanya dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengunaan 1,500 kWj ke bawah dan 1,500 kWj ke atas sebulan.
| Kategori Tarif | Unit | Kadar Baharu (1 Julai 2025) |
|---|---|---|
| Untuk jumlah penggunaan 1,500 kWj dan ke bawah sebulan | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 27.03 |
| Caj Kapasiti – Untuk semua kWj | sen/kWj | 4.55 |
| Caj Rangkaian – Untuk semua kWj | sen/kWj | 12.85 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 10.00 |
| Untuk jumlah penggunaan 1,500 kWj ke atas sebulan | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 37.03 |
| Caj Kapasiti – Untuk semua kWj | sen/kWj | 4.55 |
| Caj Rangkaian – Untuk semua kWj | sen/kWj | 12.85 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 10.00 |
Caj Peruncitan dikecualikan bagi penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah. Malah, pengguna layak menerima Insentif Cekap Tenaga jika menggunakan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah sebulan.
Di bawah skim Time of Use (ToU), pengguna juga boleh menikmati bil yang lebih murah jika lebih banyak menggunakan tenaga elektrik di luar waktu puncak iaitu:
- Sepanjang hari Sabtu dan Ahad.
- 10 malam hingga 2 petang bagi Isnin – Jumaat.
#2. Kategori Bukan Domestik
Kategori bukan domestik yang merangkumi perdagangan boleh dibahagikan kepada tiga yakni Voltan Rendah, Voltan Sederhana dan Voltan Tinggi.
Tarif yang dikenakan berbeza bagi ketiga-tiga voltan tetapi caj tenaga adalah sama bagi setiap kWj tidak kira penggunaan, manakala caj kapasiti, caj rangkaian dan caj peruncitan berbeza bagi setiap tahap voltan.
Dalam masa sama, kategori bukan domestik juga boleh menikmati skim ToU seperti kategori domestik.
| Kategori Tarif | Unit | Kadar Baharu (1 Julai 2025) |
|---|---|---|
| Bukan Domestik Voltan Rendah | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 27.03 |
| Caj Kapasiti – Untuk semua kWj | sen/kWj | 8.83 |
| Caj Rangkaian – Untuk semua kWj | sen/kWj | 14.82 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 20.00 |
| Bukan Domestik Voltan Sederhana | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 29.83 |
| Caj Kapasiti – Setiap kilowatt permintaan maksimum sebulan | RM/kW | 29.43 |
| Caj Rangkaian – Setiap kilowatt permintaan maksimum sebulan | RM/kW | 59.84 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 200.00 |
| Bukan Domestik Voltan Tinggi | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 43.03 |
| Caj Kapasiti – Setiap kilowatt permintaan maksimum sebulan | RM/kW | 16.68 |
| Caj Rangkaian – Setiap kilowatt permintaan maksimum sebulan | RM/kW | 14.53 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 250.00 |
#3. Kategori Pertanian Spesifik
Tarif bagi Kategori Pertanian Spesifik boleh dibahagi kepada dua iaitu Voltan Rendah dan Voltan Sederhana.
Caj tenaga yang dikenakan adalah sama bagi kedua-dua voltan iaitu 27.03 sen/ kWj, namun berbeza dari segi caj kapasiti, caj rangkaian dan caj peruncitan.
Kategori ini juga boleh menikmati skim ToU apabila tenaga digunakan di luar waktu puncak.
| Kategori Tarif | Unit | Kadar Baharu (1 Julai 2025) |
|---|---|---|
| Tarif Voltan Rendah Am Pertanian Spesifik | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 27.03 |
| Caj Kapasiti – Untuk semua kWj | sen/kWj | 6.19 |
| Caj Rangkaian – Untuk semua kWj | sen/kWj | 11.19 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 10.00 |
| Tarif Voltan Sederhana Am Pertanian Spesifik | ||
| Caj Tenaga – Untuk semua kWj | sen/kWj | 27.03 |
| Caj Kapasiti – Setiap kilowatt permintaan maksimum sebulan | RM/kW | 24.50 |
| Caj Rangkaian – Setiap kilowatt permintaan maksimum sebulan | RM/kW | 44.84 |
| Caj Peruncitan | RM/bulan | 200.00 |
Institut Berdaftar & Pengguna Miskin Tegar Bakal Nikmati Rebat Bil Elektrik
Suruhanjaya Tenaga sebelum ini mengumumkan beberapa institut berdaftar yang bakal menerima rebat 10% ke atas bil elektrik.
Tindakan ini diambil bai menjaga aspek sosial dan kebajikan masyarakat, dan merangkumi:
- Pengajian tinggi
- Sekolah
- Rumah kebajikan
- Rumah ibadat
Malah, pengguna dari kategori miskin tegar yang tersenarai di dalam sistem eKasih juga akan menerima bantuan rebat di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40 myKasih.
Dalam pada itu, pengguna bagi semua kategori boleh menyemak tarif elektrik baharu yang berkuat kuasa hari ini (1 Julai) di laman web TNB [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Semakan & Peluasan SST Mulai 1 Julai, Ini Yang Patut Korang Sebagai Pengguna Tahu
Baca Artikel Berkaitan: ‘Tak Masuk Akal Buah Import Asas Dibeli B40 Juga Kena SST’ – Bos Mydin
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Digesa Teliti Semula Peluasan SST, Tangguh Pelaksanaan Bagi Perubatan Swasta
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â