Syed Saddiq Dilepas & Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan
Hakim Datuk Noorin Badaruddin turut menjelaskan Hakim Mahkmah Tinggi gagal menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan serta ia membawa kepada kekhilafan sewaktu mencapai keputusan mensabit serta menghukum Ahli Parlimen Muar berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan yang didakwa terhadap dirinya.
Empat pertuduhan itu membabitkan salah guna harta, bersubahat melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram menggunakan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Susulan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudiannya menjatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, dua kali sebatan dan denda berjumlah RM10 juta kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Syed Saddiq kemudiannya membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan
Mahkamah Rayuan lepas dan bebaskan Syed Saddiq
Hari ini (25 Jun) Mahkamah Rayuan telah lepas dan membebaskan Syed Saddiq atas empat pertuduhan berkenaan.
Keputusan itu dilakukan sebulah suara oleh tiga panel hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebaik membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu bagi mengetepikan sabitan serta hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Dua lagi panel hakim adalah Datuk Azman Abdullah serta Datuk Noorin Badaruddin.
Panel hakim mendapati sabitan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi bagi empat pertuduhan adalah tidak selamat selain mahkamah terdahulu tersalah arah dalam memberikan sabitan hukuman terhadap bekas Presiden MUDA itu, lapor Kosmo.
Syed Saddiq diwakili oleh peguam, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden serta Datuk Hisyam Teh Poh Teik. Manakala Datuk Wan Shaharudiin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan mengendalikan pendakwaan.
Tuduhan bersubahat pecah amanah terhadap Syed Saddiq tak berasas
Hakim Noorin pula sewaktu membacakan keputusan berkenaan antara lain berpendapat, pertuduhan bersubahat pecah amanah yang dihadapi oleh Syed Saddiq sebagai tidak berasas.
Jelasnya pendakwaan gagal membuktikan niat tidak jujur Ahli Parlimen Muar itu sewaktu memberikan arahan agar wang RM1 juta dikeluarkan dari dana ARMADA, lapor Malaysia Gazette.
“Dakwaan ketidakjujuran Syed Saddiq yang membawa kepada keuntungan secara salah (wrongful gain) kepadanya atau rugi secara salah (wrongful Lost) pada pihak ARMADA, tidak dapat dibuktikan.
“Hakim Mahkamah Tinggi gagal menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan ia membawa kepada kekhilafan ketika mencapai keputusan mensabit dan menghukum Syed Saddiq. Ini memerlukan campur tangan mahkamah,” kata Hakim Noorin.
Pendakwaan gagal bukti kredibel untuk sokong pertuduhan salah guna duit RM120,000
Ujar beliau lagi, pendakwaan turut gagal menyatakan bukti kukuh untuk menyokong pertuduhan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise (ABBE).
Katanya, tiada bukti yang menghubungkan kes pendakwaan wang RM120,000 yang dikeluarkan milik ABBE mahupun Syed Saddiq.
Oleh itu, tiada bukti ahli parlimen berkenaan menyalahgunakan wang bernilai RM120,000 dari akaun terbabit.
Selain itu, panel juga mendapati mahkamah tidak boleh bergantung kepada pertuduhan salah guna wang bernilai RM120,000 maka pertuduhan wang haram juga tidak boleh dipertahankan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



