Now Reading
Tinggalkan Makanan Untuk Gajah Di Tepi Jalan Boleh Undang Bahaya – Perhilitan Perak

Tinggalkan Makanan Untuk Gajah Di Tepi Jalan Boleh Undang Bahaya – Perhilitan Perak

Sebelum ini, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang meninggalkan longgokan buah-buahan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gajah merupakan salah seekor haiwan liar di Malaysia yang sering mendapat perhatian masyarakat awam.

Manakan tidak, haiwan yang diklasifikasikan sebagai terancam itu sering terlibat dalam konflik dengan manusia, seperti insiden seekor anak gajah dilanggar lori sebelum ini.

Dalam pada itu, terdapat segelintir individu yang menyifatkan diri sebagai ‘pencinta haiwan’ meninggalkan makanan buat haiwan liar di kawasan berhampiran habitat mereka, seperti di tepi jalan raya.

Pun begitu, tindakan individu yang meninggalkan makanan buat gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli menerima kritikan ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Gajah Rempuh Kereta Api Di Perak, Dipercayai Balas Dendam Anaknya Dilanggar

Baca Artikel Berkaitan: Nak Belajar Tentang Gajah? Anda Boleh Ke Pusat Konservasi Gajah Di Kuala Gandah

Baca Artikel Berkaitan: “Hentak Kaki Macam Budak” – Ramai Terhibur Lihat Gajah Liar Cuba ‘Melencong’ Waktu Ditarik Gajah Denak

Tinggalkan Makanan Boleh Buatkan Gajah Selalu Keluar Ke Tepi Jalan

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, meninggalkan makanan di tepi jalan boleh menyebabkan haiwan gergasi itu mempercayai makanan akan sentiasa disediakan untuknya.

Perkara ini boleh menyebabkan tabiat gajah berubah untuk kerap berada di tepi jalan.

Memetik contoh sekumpulan monyet yang berada di beberapa kawasan tepi jalan, beliau berkata perkara ini disebabkan oleh makanan yang sering ditinggalkan di lokasi berkenaan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Perkara ini membahayakan. Ia akan mendorong gajah untuk duduk di tepi jalan. Sama berlaku terhadap monyet, di mana ada sesetengah lokasi haiwan ini duduk di tepi jalan kerana manusia memberi makan,” katanya dipetik Kosmo.

Gajah Akan Fikir Ada Makanan Apabila Ternampak Manusia

Yusoff berkata keadaan akan menjadi lebih parah jika kegiatan meninggalkan makanan di tepi jalan diteruskan, kerana gajah menganggap setiap manusia yang melalui jalan itu membawa makanan.

“Kita khuatir jika gajah-gajah ini bertindak agresif kerana lapar dan tiada makanan diberikan. Ia boleh mengubah tabiat gajah ini. Kononnya kita berasa kasihan terhadap haiwan ini, tetapi akhirnya boleh menyusahkan ramai pihak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan Tajuddin Ali, berkata penduduk Gerik sendiri tidak memberi makanan kepada haiwan di sekitar JRTB dan tidak sepatutnya dijadikan satu amalan oleh pengguna jalan raya itu.

“Kami orang-orang Gerik nasihatkan kepada penguna JRTB jangan suka-suka berenti dan seronok memberi makan kepada haiwan di kawasan situ. Amat berbahaya. Kami orang Gerik sendiri tidak memberi makanan kepada haiwan liar,” ujarnya.

Pengguna Jalan Raya Tinggalkan Buah-Buahan Di Tepi Jalan Untuk Haiwan Liar Dikritik

Sebelum ini, tular di media sosial longgokan buah-buahan yang ditinggalkan di tepi jalan JRTB Gerik-Jeli sebagai makanan khusus untuk haiwan liar seperti gajah.

Untuk info, jalan raya itu menarik perhatian orang ramai kerana berlakunya konflik pertembungan antara manusia dan gajah termasuk insiden seekor anak gajah maut akibat dilanggar lori.

Sukarelawan Skuad Sungai Petani Response Team Mohd Amir menjelaskan bahawa tindakan tersebut berisiko menyebabkan gajah mengamuk jika tiada makanan yang ditinggalkan lagi selepas ini.

“Boleh katakan setiap hari ada orang datang letak buah-buahan kat tepi jalan. Konon nak tunjuk baik la tu dengan letak makanan untuk bagi gajah makan.

“Ini tindakan bod*h yang amat sangat. Bila gajah dah biasa ada orang bagi makan, dia akan datang tunggu dekat tepi jalan,” jelasnya.

Dia turut memetik insiden kereta dirosakkan oleh gajah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab oleh individu lain.

“Lihatlah kalau dulu jarang ada kes seperti ini berlaku. Sekarang ini boleh katakan setiap hari ada kes gajah ganggu pengguna. Bila jadi begini, ada yang salah gajah dan ada yang salah penguat kuasa dan macam-macam,” katanya.

Sehubungan itu, Yusoff menjelaskan tiada peruntukan khusus untuk dikenakan tindakan terhadap individu yang meninggalkan makanan buat haiwan liar di tepi jalan.

Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Dilarang, Lagi Buat” – Lelaki Geram Ada Individu Tidak Bertanggungjawab Letak Buah Tepi Jalan Untuk Gajah

Baca Artikel Berkaitan: Gajah Mengamuk & Rosakkan Kereta Gara-Gara Rider Tidak Sabar Buat Ramai Geram [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 30 Gajah Tidur Atas Jalan Raya, Trafik Di Tasik Temenggor Terhenti 2 Jam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd