Beri Ceramah Tanpa Tauliah, Penceramah Ditahan Di Rumah
Difahamkan, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan ketika menyampaikan ceramah di sebuah kediaman yang turut disiarkan secara langsung di media sosial.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap penyampaian ilmu, apatah lagi berkaitan agama, seharusnya dilakukan dengan penuh tanggungjawab serta mengikut saluran yang sah.
Dalam keinginan menyebarkan dakwah, ada ketikanya segelintir individu terlupa soal peraturan dan syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.
Hal ini bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan, bahkan berisiko menjejaskan kredibiliti institusi dakwah secara keseluruhan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bos Non-Muslim Setiap Hari ‘Layan’ Ceramah Ustaz Husam Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Percakapan Sendiri Hingga Ada Individu Terasa Hati” – Ustaz Kazim Dedah Punca Diri Jadi Mangsa Sihir
Ditahan Ketika Ceramah Disiarkan Secara Langsung Di Rumah
Memetik laporan Berita Harian, seorang penceramah agama ditahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki mengajar tanpa tauliah di sebuah rumah di Pasir Gudang, malam tadi.
Penahanan dilakukan sekitar jam 8.30 malam oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dengan bantuan polis dari IPD Seri Alam.
Menurut Pengarah JAINJ iaitu Nasri Md Ali, ceramah berkenaan bukan sahaja dihadiri beberapa individu di lokasi, tetapi turut disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube.
Ceramah tersebut dipercayai diadakan secara tetap selepas waktu Maghrib dan Subuh di kediaman milik individu lain. Bagaimanapun, rakaman siaran langsung telah dipadam selepas penahanan dibuat.
Tambah Nasri, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana mengajar agama tanpa tauliah.
Rekod menunjukkan penceramah sama pernah ditahan pada tahun 2016 dan diserbu semula pada 2020. Namun dia berjaya melarikan diri ketika majlis ceramah.
Jadi, penahanan ini merupakan kali ketiga tindakan diambil ke atasnya atas kesalahan yang sama iaitu menyampaikan dakwah dan ceramah tanpa mendapatkan tauliah terlebih dahulu.
Wajib Dapatkan Kebenaran Sebelum Berdakwah
Dalam kenyataannya, Nasri turut menegaskan pentingnya semua pihak yang ingin menyampaikan dakwah di Johor mendapatkan tauliah sah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Tegasnya, ini bukan peraturan baru kerana hampir semua negeri di Malaysia turut mensyaratkan perkara yang sama bagi menjamin ketepatan isi penyampaian agama dan mengelak fahaman menyimpang.
Tauliah Ceramah Bukan Formaliti Semata-Mata
Di Malaysia, tauliah mengajar merupakan satu bentuk kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa agama negeri kepada individu yang ingin mengajar atau berceramah tentang Islam secara terbuka.
Sebagai contoh, berikut adalah tatacara permohonan Tauliah Mengajar di Negeri Selangor seperti berikut:
- Daftar akaun melalui sistem Perkhidmatan Digital Tauliah Mengajar
- Lengkapkan borang permohonan secara dalam talian
- Tunggu keputusan Jawatankuasa Tauliah
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Berumur 18 tahun ke atas
- Ada kelulusan dalam pengajian Islam (minima STAM atau setaraf)
- Bermastautin dalam negeri Selangor
- Tidak memegang jawatan politik atau menjadi wakil rakyat
Kategori tauliah yang ditawarkan:
- M1 – Mengajar berkitab
- M2A/M2B – Mengajar Al-Quran (penuh atau asas)
- M3 – Ceramah umum agama Islam
- M4 – Bidang khusus tanpa kelayakan formal
Kalau tak cukup syarat?
- Masih boleh mohon dengan pengecualian khas yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa.
Sistem tauliah bukan bertujuan menyekat dakwah, sebaliknya sebagai langkah memastikan kualiti dan ketelusan ilmu yang disampaikan kepada masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: “Moga Tiada Isu Lepas Ni” – UAI Lulus Tauliah Ceramah Oleh Maidam
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Atau Scammer? Pakar Ini Kongsi Cara Pastikan Tauliah Perubatan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.