Bursa Malaysia Dibuka Tinggi & Ringgit Kukuh Berbanding Dolar AS, Apa Implikasinya?
Pelabur menunjukkan keyakinan apabila Bursa dibuka lebih tinggi dan ringgit turut mengukuh hasil sentimen luaran.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seiring perkembangan ekonomi global yang terus berubah-ubah, prestasi pasaran kewangan Malaysia turut mencuri perhatian. Beberapa indikator utama seperti nilai ringgit dan indeks Bursa Malaysia mencatatkan pergerakan yang lebih baik.
Dalam suasana pelabur yang kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan luar negara, terdapat petunjuk awal bahawa sentimen terhadap pasaran domestik mungkin kembali pulih.
Baru-baru ini, laporan menyatakan ringgit dibuka lebih kukuh manakala indeks FBM KLCI turut mencatat kenaikan walaupun prestasi semalaman Wall Street agak suram.
Baca Artikel Berkaitan: PNB & Khazanah Jual Saham Pelaburan FashionValet RM47 Juta Dengan Nilai RM3.1 Juta – MOF
Baca Artikel Berkaitan: Khazanah, PNB & FashionValet Perlu Beri Penjelasan Libatkan Kerugian RM43.9 Juta Dalam Saham FV – Fahmi Fadzil
Baca Artikel Berkaitan: Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS & Dolar Singapura, Antara Nilai Berprestasi Terbaik Di Asia
Ringgit Kukuh Di Awal Dagangan
Memetik Berita Harian, ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar AS susulan kelemahan Indeks Dolar AS (DXY) yang terkesan akibat data ekonomi bercampur-campur.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.2575/2860 berbanding dolar AS daripada paras 4.2705/2765 sebelumnya.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan bahawa DXY kekal di bawah paras 100 mata, mencerminkan ketidakpastian pasaran buruh dan kadar faedah di Amerika Syarikat.
Tambahnya lagi, pengukuhan ringgit turut disokong oleh kelulusan rang undang-undang fiskal baharu di AS, yang dijangka meningkatkan defisit belanjawan negara itu.
Ini sekali gus memberi tekanan kepada dolar dan memberi kelebihan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain termasuk yen, pound, euro dan beberapa mata wang serantau.
Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi Jumaat, dengan FBM KLCI menokok 6.42 mata kepada 1,533.44. Indeks penanda aras itu dibuka 4.91 mata lebih tinggi kepada 1,531.93.
Namun begitu, kaunter rugi masih mengatasi kaunter untung iaitu 166 berbanding 93, manakala 227 kaunter tidak berubah. Jumlah dagangan dicatatkan pada 148.61 juta saham bernilai RM113.48 juta.
Menurut Hong Leong Investment Bank, kenaikan ini berlaku dalam suasana konsolidasi, dengan pelabur kekal berhati-hati terhadap pelaporan pendapatan dan aliran keluar asing.
Sentimen masih dibayangi kebimbangan terhadap kelembapan global yang boleh menjejaskan prospek pendapatan korporat negara.
Antara saham wajaran tinggi yang mencatatkan peningkatan termasuk Maybank, Public Bank, TNB dan CIMB. Saham baharu seperti Eco-Shop Marketing turut menunjukkan prestasi positif selepas disenaraikan di Pasaran Utama.
Ringgit Kuat & Bursa Naik, Apa Maksudnya?
Untuk yang bukan berlatar belakang ekonomi, mungkin tertanya juga apa sebenarnya implikasi bila ringgit makin kukuh dan pasaran saham tempatan menunjukkan peningkatan. Ini sedikit ringkasan untuk anda fahami situasi semasa.
Apa maksud ringgit mengukuh dan kenapa ia penting?
- Ringgit yang lebih kuat berbanding dolar AS bermaksud kos import dan bayaran hutang luar negara berkurang.
- Kesan positif boleh dirasai dalam harga barangan import dan kos operasi syarikat tempatan.
- Tapi untuk eksport pula, barang buatan Malaysia mungkin jadi lebih mahal dan kurang kompetitif.
Bursa naik, apa implikasinya pada rakyat?
- Kenaikan indeks Bursa Malaysia tunjukkan sentimen pelabur semakin baik terhadap ekonomi negara.
- Pelabur runcit (retail trader) mungkin rasa lebih yakin nak sertai pasaran saham.
- Kesan tak langsung juga boleh dirasai melalui prestasi simpanan seperti KWSP yang turut dilaburkan dalam ekuiti.
Adakah kenaikan ini sementara?
- Peningkatan semasa banyak dipacu oleh faktor luar seperti dolar AS yang lemah dan data ekonomi bercampur-campur dari Amerika.
- Pelabur masih perlu berhati-hati kerana pasaran boleh berubah cepat jika ada berita besar global atau isu geopolitik.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Cemerlang SPM 2024, Ramai Teruja Lihat Ibu Hadiahkan RM100 Setiap Satu A
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Capai Simpanan RM1 Juta Ketika Bersara Meski Gaji Permulaan RM1,700 – KWSP
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Gaji Minimum Naik Dari RM1,500 Kepada RM1,700
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.