Now Reading
Suspek Kes Simbah Asid Di Bachok Sudah Ditahan Polis

Suspek Kes Simbah Asid Di Bachok Sudah Ditahan Polis

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bachok pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenayah yang dilakukan pasti akan terbongkar juga akhirnya. Persis peribahasa, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan suspek utama dalam kes simbah asid yang menggemparkan Bachok, Kelantan.

Wanita Simbah Asid Sudah Ditahan

Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kes simbah asid terhadap seorang pengusaha spa ditahan polis di Kuala Krai sekitar jam 10 malam tadi.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bachok pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut, memaklumkan kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Mangsa Disimbah Asid Ketika Sedang Bertugas Di Spa

Kejadian jam 8.30 malam Sabtu (17 Mei) lalu menyaksikan seorang pengusaha spa, 27, disimbah cecair dipercayai asid oleh individu berpurdah yang menyamar sebagai pelanggan.

Ketika itu, mangsa bersama anak perempuannya berada di spa miliknya di tingkat dua bangunan di Beris Kubur Besar, Bachok.

Menurut suami mangsa, Wan, 33, isterinya diserang ketika sedang berkain sembahyang selepas menerima tempahan menerusi mesej WhatsApp. Suspek terus menyimbah asid dan melarikan diri bersama beberapa individu berpurdah.

Mangsa sempat ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke HPUSM. Kesemua mesej tempahan didapati telah dipadam.

Saksi berkata, mereka terdengar jeritan sebelum melihat wanita bertelekung berlari ke arah klinik. Seorang lelaki turut dilihat melarikan diri dari tempat kejadian. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim: Polis Minta Berhenti Sebar Rakaman CCTV

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Mahu Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim Diperhebat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd