[Video] Kucing Digunakan Untuk Seludup Dadah Ke Penjara Costa Rica Ditangkap
Kucing yang digunakan dalam cubaan menyeludup dadah ke penjara di Costa Rica itu telah diserahkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Nasional bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pengambilan dadah berbahaya adalah masalah sejagat yang telah berlaku sejak sekian lama dan dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur.
Lebih teruk lagi, walaupun penjenayah telah ditahan dah dimasukkan ke penjara, mereka masih mencari jalan bagi menyeludup bahan larangan itu.
Ini termasuklah dengan menggunakan bantuan haiwan seperti burung merpati dan tikus.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bos Nekad Bakar Motosikal Yang Dihadiahkan Selepas Pekerja Kantoi Hisap Dadah
Baca Artikel Berkaitan: Murid 11 Tahun Jadi Penagih Dadah, Trend Dilihat Makin Meningkat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Ini Dakwa Ada Akaun Media Sosial Selamba Jual Dadah Dalam Bentuk Lolipop Di TikTok
Pegawai Penjara Tangkap Kucing Bawa Dadah
Begitu juga yang terjadi di Costa Rica pada 6 Mei lalu, apabila seekor kucing yang digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Pococí telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Menurut Kementerian Kehakiman Costa Rica, kucing itu pada mulanya didapati berkeliaran di kawasan hijau berhampiran pagar berduri penjara sebelum ditangkap pegawai penjara.
Mereka kemudiannya menemukan dua bungkus dadah yang diikat pada badannya yang mengandungi 236 gram ganja dan 86 gram kokain.
Insiden itu disifatkan sebagai satu kejadian yang mengejutkan, apatah dengan taktik penyeludupan yang semakin berani.
Kucing Dihantar Bagi Pemeriksaan Kesihatan
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, dapat dilihat pegawai penjara dengan berhati-hati memotong bungkusan dadah dari badan kucing berkenaan.
Dia kemudiannya diserahkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Nasional bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Dalam perkembangan terkini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab dalam cubaan menyeludup dadah ke penjara tersebut, serta bagaimanakah kucing itu boleh terlibat.
This cat was caught smuggling drugs into a prison in Costa Rica with 236g of marijuana and 68g of heroin attached to its body.
— Channel 4 News (@Channel4News) May 19, 2025
The feline dubbed as the 'narco cat' has been sent to the National Animal Health Service for a health evaluation. pic.twitter.com/pBuJGWPkJt
Guna Makanan Untuk Tarik Perhatian Haiwan Membawa Dadah
Dalam pada itu, media melaporkan bahawa taktik menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan haiwan bukanlah perkara yang asing di Costa Rica.
Bagi memastikan haiwan yang telah diletakkan dadah kepadanya datang ke penjara, banduan dipercayai menggunakan makanan untuk menarik perhatian mereka.
Menurut laporan Awani, taktik penyeludupan menggunakan kucing di atas berlaku sewaktu kerajaan negara Amerika Tengah itu dalam usaha memperketatkan kawalan terhadap penyeludupan dadah di penjara.
Terdahulu, Presiden Rodrigo Chaves mengumumkan rancangan pembinaan penjara keselamatan maksimum bagi menangani peningkatan jenayah terancang.
Pengguna Media Sosial Sifatkan Insiden Sebagai Penderaan Ke Atas Kucing
Kisah kucing yang dijadikan sebagai ‘penyeludup dadah’ itu telah tular di media sosial, sekaligus meraih perhatian ramai.
Terdapat individu yang menggelar kucing tersebut sebagai ‘narco cat’ atau ‘narcomichi’ iaitu gabungan perkataan dadah dan kucing dalam bahasa Sepanyol.
Selain itu, ada juga yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk penderaan terhadap haiwan.



All praise Narco Cat pic.twitter.com/5WRGsW0bAM
— Superior Aguri (@superior_aguri) May 19, 2025
Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Menggunakan Dron Di Malaysia
Penyeludupan dadah ke dalam penjara bukanlah suatu isu yang asing di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Isa, sebelum ini berkata pelbagai jenis dadah telah dirampas dari penjara sejak 2022 yang membabitkan bantuan serta pegawai penjara.
Malah, penyeludupan dadah ke penjara turut dilakukan menggunakan dron seperti yang dikesan di negeri Kedah, Melaka, Sarawak, Johor dan Perak pada tahun lepas.
Dalam satu kes di Penjara Tapah, Perak, cubaan menyeludup dadah menggunakan dron terbongkar apabila seorang kakitangan penjara menjumpai alat tersebut di atas bumbung blok penjara.
Satu beg dobi telah digantung pada dron tersebut yang mengandungi tiga paket plastik berisi dadah.
Baca Artikel Berkaitan: Guna Dron Seludup Dadah Ke Penjara, Kantoi Bila Dron Jatuh Terhempas
Baca Artikel Berkaitan: 2 Hari Jadi 20 Saat, PDRM Kerjasama Dengan UKM Bangunkan Kit Ujian Biosensor Kesan Dadah Dalam Sampel Urin
Baca Artikel Berkaitan: Raja Dadah Ditangkap Selepas Isteri ‘Tag’Lokasi Di IG, Seronok Tayang Hidup Mewah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.