Sidang Kemuncak ASEAN: 25 Jalan & 6 Lebuh Raya Utama Akan Ditutup 23 Hingga 28 Mei
Difahamkan, beberapa laluan strategik sekitar KL termasuk akses ke KLIA, KLCC dan Istana Negara akan ditutup secara berperingkat dari 7.30 pagi hingga 8 malam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada penghujung Mei ini dengan penglibatan pemimpin tertinggi dari seluruh negara Asia Tenggara.
Sebagai tuan rumah, Malaysia dijangka memberi layanan rasmi kepada delegasi luar negara di beberapa lokasi utama sekitar ibu kota termasuk pusat konvensyen, hotel dan kediaman rasmi.
Bagi memastikan kelancaran acara, pihak polis mengumumkan penutupan beberapa jalan utama serta lebuh raya secara berperingkat bermula 23 hingga 28 Mei ini.
Baca Artikel Berkaitan: Acara Keretapi Sarong Raih Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025
Baca Artikel Berkaitan: ‘Abang Adik’ Cipta Sejarah, Jadi Filem Berbahasa Cina Pertama Diiktiraf ASEAN Records
Penutupan Akses Lokasi Penting Bermula 23 Mei
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, penutupan dan lencongan dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan pergerakan konvoi dan tahap keselamatan.
Langkah ini membabitkan kawalan laluan dari hotel penginapan ke lokasi persidangan rasmi seperti Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Istana Negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.
Katanya, penutupan laluan akan dilakukan kira-kira 30 minit sebelum ketibaan delegasi dan akan dibuka semula selepas semua kenderaan rasmi tiba di lokasi ditetapkan.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan.
Senarai 6 Lebuh Raya & 25 Jalan Utama Yang Terlibat
Berikut ialah laluan yang terlibat dalam penutupan dan lencongan sementara sempena Sidang Kemuncak ASEAN:
6 Lebuh Raya Utama:
- Lebuhraya Maju Expressway (MEX)
- Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Terowong SMART
25 Jalan Utama di Lembah Klang:
- Jalan Tun Razak
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Raja Chulan
- Jalan P Ramlee
- Jalan Kia Peng
- Jalan Pinang
- Jalan Conlay
- Jalan Stonor
- Jalan Perak
- Jalan Tun Ismail
- Jalan Kuching
- Jalan Sultan Salahuddin
- Jalan Damansara
- Jalan Mahameru
- Jalan Raja Laut
- Jalan Parlimen
- Jalan Travers
- Jalan Bangsar
- Jalan Maarof
- Jalan Syed Putra
- Jalan Istana
- Jalan Sungai Besi
- Jalan Loke Yew
Selain kawalan laluan, pihak polis juga akan menggunakan kenderaan penunda (lori kembalik) terhadap mana-mana kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau kawasan larangan.
Semua premis dan syarikat sekitar kawasan tumpuan juga diingatkan supaya memastikan tiada kakitangan meletakkan kenderaan secara sembarangan sepanjang sidang berlangsung.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kisah Pak Lah ‘Pulihkan’ Hubungan Pemimpin China dan Jepun Hanya Dengan Sebatang Pen
Baca Artikel Berkaitan: PMX Sahkan Akan Hadir Sidang APEC Di AS Meskipun Ada Desakan Boikot
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.