Kerajaan Komited Laksana Pemotongan Subsidi Petrol Suku Tahun Kedua 2025
Menerusi laporan, langkah ini akan memberi penjimatan besar kepada kerajaan tanpa membebankan majoriti rakyat, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, isu subsidi bahan api terutama petrol RON95 sering menjadi tumpuan kerana ia melibatkan perbelanjaan besar negara.
Sejak pengumuman kerajaan tahun lalu untuk melaksanakan sistem subsidi bersasar, pelbagai perincian sedang diperhalusi bagi memastikan langkah ini tidak membebankan rakyat kebanyakan.
Terkini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa pelaksanaan pemotongan subsidi RON95 tetap akan diteruskan menjelang separuh kedua 2025.
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Bakal Hentikan Subsidi Telur Ayam Sepenuhnya Pada 1 Ogos
Baca Artikel Berkaitan: BUDI Madani: Penyasaran Semula Subsidi Diesel Bermula Hari Ini
Baca Artikel Berkaitan: Imbas Kad Pengenalan Untuk Semak Kelayakan Terima Subsidi Petrol RON95 – Rafizi Ramli
Subsidi Bersasar Tetap Dilaksana, Perincian Masih Dibincang
Memetik laporan MalayMail, kerajaan kekal komited untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95 dalam separuh kedua tahun 2025, seperti yang diumumkan sebelum ini.
MOF memaklumkan perincian pelaksanaan sedang diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan.
“Kerajaan terus menilai input dan maklum balas dalam usaha memperincikan rasionalisasi subsidi RON95, serta berinteraksi dengan kesemua pihak terlibat,” kata jurucakap MOF.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan rancangan subsidi dua taraf, di mana hanya 15 peratus golongan berpendapatan tertinggi akan membayar harga pasaran manakala selebihnya kekal menerima harga subsidi.
Langkah ini dijangka menjimatkan kerajaan sehingga RM8 bilion setahun. Anwar turut memberi jaminan pada Mac lalu bahawa langkah ini tidak akan menjejaskan 80 hingga 90% rakyat Malaysia.
Defisit Fiskal Negara Cuba Dikurangkan

Pelaksanaan pemotongan subsidi petrol ini dilihat sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menurunkan defisit fiskal kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini, berbanding 4.1 peratus pada 2024.
Sebelum ini, kerajaan telah memotong subsidi diesel pada Jun lalu yang berjaya menambah hasil negara, walaupun turut dikaitkan dengan kekalahan kerajaan dalam satu pilihan raya kecil.
Beberapa langkah lain seperti peluasan cukai jualan dan perkhidmatan ditangguhkan, namun tarif elektrik tetap dijangka naik menjelang Julai.
MOF menegaskan, objektif utama kerajaan adalah memastikan majoriti rakyat kekal menikmati subsidi petrol, dalam masa yang sama menangani ketirisan kepada pelancong asing, syarikat dan golongan berpendapatan tinggi.
Penjimatan Disalur Semula, Golongan Terjejas Jadi Keutamaan
Untuk pengetahuan, kerajaan ingin memastikan setiap sen subsidi yang dibelanjakan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan, bukan kepada golongan berada atau warga asing yang tidak layak.
Sebab itulah pendekatan subsidi bersasar untuk RON95 sedang dirancang, agar bantuan kerajaan lebih adil dan berkesan.
Pengalaman daripada pelaksanaan subsidi diesel sebelum ini menunjukkan hasil yang positif. Penurunan penggunaan diesel bersubsidi sebanyak 30 peratus telah menjimatkan lebih RM600 juta setiap bulan.
Penjimatan ini tidak disia-siakan, sebaliknya disalurkan semula kepada rakyat melalui program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan jumlah keseluruhan melebihi RM13 bilion pada tahun 2024.
Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan yang terkesan dengan kos sara hidup, sambil memastikan sumber negara digunakan dengan penuh tanggungjawab.
Harga Minyak Terkini Kekal Stabil, Diesel Semenanjung Catat Penurunan
Untuk tarikh 15 hingga 21 Mei 2025, kerajaan telah mengumumkan harga runcit bahan api yang menyaksikan sedikit perubahan.
Penurunan kecil dicatat bagi diesel dan RON97, manakala RON95 dan harga diesel di Malaysia Timur kekal tidak berubah.
Berikut ialah senarai penuh harga terkini:
- Petrol RON95: RM2.05 seliter (kekal)
- Petrol RON97: RM3.07 seliter (turun 3 sen)
- Diesel – Semenanjung Malaysia: RM2.77 seliter (turun 3 sen)
- Diesel – Sabah, Sarawak & Labuan: RM2.15 seliter (kekal)

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Naikkan Harga Servis, Didakwa Terkesan Subsidi Diesel Berkurang Di Malaysia Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Mengapa Subsidi & Pelepasan Cukai Untuk Pemilikan Haiwan Boleh Kurangkan Beban
Baca Artikel Berkaitan: Pengkelasan Kategori B40, M40 dan T20 Dimansuhkan Mulai 2024 – Rafizi Ramli
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.