Papan Tanda & Lampu Jalan Di Laluan Gajah, Kerajaan Ambil Serius Isu Kemalangan
Difahamkan, langkah ini dibuat susulan insiden pelanggaran melibatkan haiwan liar terutamanya gajah yang semakin membimbangkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pelanggaran melibatkan haiwan liar kini bukan lagi perkara terpencil yang boleh dipandang ringan. Beberapa insiden membabitkan gajah mencetuskan kebimbangan ramai, khususnya pencinta alam dan penggiat keselamatan jalan raya.
Terdahulu, tular satu rakaman menyayat hati memaparkan seekor ibu gajah enggan beredar dari lokasi kemalangan yang meragut nyawa anaknya. Difahamkan, haiwan berkenaan turut cuba menolak lori yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
Susulan kejadian menyedihkan itu, pihak kerajaan tampil mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan risiko pelanggaran haiwan liar di jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai laluan tetap haiwan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Gajah Tenung ‘Gajah’ Di Tepi Jalan Undang Gelak Tawa Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sedih Lihat Gajah Sesat Masuk Kawasan Perumahan Di Kluang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya
KKR, JKR & Perhilitan Pasang Lampu, Tanda Amaran Di 39 Lokasi Laluan Gajah
Memetik laporan MalaysiaGazette sebanyak 39 lintasan gajah di seluruh negara kini telah dilengkapi dengan lampu jalan dan papan tanda amaran.
Usaha ini dijalankan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama rapat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi KKR, langkah ini penting untuk memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya bahawa mereka sedang melalui kawasan yang sering menjadi laluan gajah dari satu kawasan hutan ke kawasan hutan yang lain.
“Di samping memasang lampu jalan di 39 lokasi laluan atau lintasan gajah liar, Perhilitan dan KKR melalui JKR Negeri dan Daerah turut memasang Tanda Jalan bagi memberitahu kepada pemandu bahawa mereka kini memasuki kawasan kekawanan gajah liar,” jelas kementerian itu.
Pihak kementerian turut mengingatkan agar pemandu kenderaan memperlahankan kelajuan serta lebih berwaspada di kawasan lintasan haiwan, khususnya pada waktu malam.

Aktivis Gesa Tindakan Lebih Menyeluruh
Dalam pada itu, aktivis keselamatan jalan raya iaitu Datuk Mohammad Hisham Shafe menegaskan bahawa kes-kes pelanggaran haiwan liar perlu dianggap serius.
Katanya, insiden sebegini kerap berlaku di beberapa negeri, namun tindakan masih belum menyeluruh.
Beliau mencadangkan agar kajian khusus dijalankan untuk mengenal pasti ‘hotspot’ kemalangan melibatkan haiwan, selain mencadangkan pemasangan teknologi pemantauan canggih dan pembinaan lintasan khas haiwan sebagai penyelesaian jangka panjang.
“Kajian ini perlu diikuti dengan tindakan konkrit, termasuk penggunaan teknologi pemantauan canggih untuk mengurangkan risiko pelanggaran,” ujarnya.
Tips Apabila Bertembung Dengan Gajah

Gajah liar sangat teritorial dan mudah rasa terancam dengan kehadiran manusia. Bagi anda yang kurang biasa melalui kawasan hutan seperti Tasik Banding, penting untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Memetik laman Mekanika, ini beberapa tips untuk anda yang kurang tahu tentang langkah selamat melalui jalan yang dihuni habitat gajah. Antaranya:
#1. Elakkan Memandu Waktu Malam
Gajah biasanya keluar bermula waktu senja hingga subuh. Elakkan guna jalan ini waktu malam, terutama ketika hujan atau bulan penuh. Risiko bertembung dengan gajah sangat tinggi ketika itu.
#2. Jaga Percakapan & Sikap
Hindari bercakap besar, mencabar atau berniat “nak tengok gajah” ketika melalui kawasan hutan. Jangan simpan niat pelik atau berlagak semasa memandu.
#3. Ambil Isyarat Kenderaan Lain
Jika ada kenderaan beri lampu tinggi, itu mungkin isyarat gajah sedang melintas. Perlahankan kenderaan dan sedia untuk berpatah balik jika perlu. Gajah boleh berlari sehingga 40km/j.
#4. Tindakan Ketika Bertembung
- Beri laluan dan jangan cuba potong kumpulan gajah
- Matikan lampu tinggi, dan jika perlu guna lampu kabus sahaja
- Jangan hidupkan lampu hazard atau bunyikan hon
- Elakkan baling objek atau membuat provokasi
#5. Jangan Hentikan Kenderaan Untuk Ambil Gambar
Gajah liar bukan haiwan zoo. Jangan berhenti untuk selfie atau ambil gambar jika ternampak gajah makan di tepi jalan.
#6. Jika Gajah Menunjuk Tanda Agresif
Jika telinga bercapang, belalai diangkat, atau ia membaling objek serta berlari ke arah anda, cuba berpatah balik dan jauhi kawasan itu segera.
#7. Kawasan Kerap Berlaku Perjumpaan
Kawasan antara Tasik Banding ke Puncak Titiwangsa sering jadi laluan gajah. Pandu dengan lebih berwaspada sepanjang jalan ini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 30 Gajah Tidur Atas Jalan Raya, Trafik Di Tasik Temenggor Terhenti 2 Jam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Dapat Tengok Gajah Di Zoo, Pekerja Shell Happy Gajah Sering ‘Singgah’ Di Stesen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



