Now Reading
Kemalangan Trak FRU & Lori Kerikil Ragut 9 Nyawa Anggota, 2 Lagi Kritikal

Kemalangan Trak FRU & Lori Kerikil Ragut 9 Nyawa Anggota, 2 Lagi Kritikal

Difahamkan, kesemua anggota terbabit dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas kawalan sempena sambutan keagamaan di Teluk Intan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kejadian menyayat hati pagi tadi (13 Mei) telah meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam satu nahas.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di simpang tiga Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan, yang turut mengakibatkan beberapa anggota lain mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk menahan pemandu lori yang dipercayai terbabit dalam kemalangan berkenaan.

8 Maut Di Tempat Kejadian, Seorang Meninggal Dunia Di Hospital

Memetik laporan Astro Awani, seramai lapan anggota disahkan maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Zon Merah Hospital Teluk Intan.

Kesemua mangsa berada dalam trak FRU yang membawa 18 penumpang termasuk pemandu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perak iaitu Sayani Saidon, tiga daripada mangsa yang maut ditemui tersepit di bahagian hadapan trak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seramai 10 anggota lain turut mengalami kecederaan, dengan dua daripadanya dilaporkan kritikal.

Polis turut mengesahkan pemandu lori yang dipercayai membawa muatan batu kerikil telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ujian air kencing terhadapnya bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Senarai Nama Mangsa Terlibat Dikenal Pasti

Sembilan mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai:

  • Sjn Perumal Sugunanathan (meninggal di lokasi kejadian)
  • Sjn Mohd Roslan Abd Rahim (meninggal di zon merah Hospital Teluk Intan)
  • Kpl Nurit Pandak (meninggal di lokasi kejadian)
  • Kpl Amiruddin Zabri (meninggal di lokasi kejadian)
  • Kpl Mohd Pozli Jaudin (meninggal di lokasi kejadian)
  • Kpl Akmal Muhamad (meninggal di lokasi kejadian)
  • Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan (meninggal di lokasi kejadian)
  • L/Kpl Damarrulan Abdul Latif (meninggal di lokasi kejadian)
  • Konst Akmal Wafi Annuar (meninggal di lokasi kejadian)

Manakala sembilan yang cedera ialah:

  • Kpl Haslizal Mohd Ali
  • Kpl Syed Isfan Syed Mohd
  • Sjn Mazlan Mat
  • Sjn Mohd Parih Ali
  • Kpl Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin
  • Kpl Nizam Tarmizi
  • Kpl Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli
  • Kpl Mohd Izwan Ishak
  • L/Kpl Muhammad Aniq Taufiq Rozi

Difahamkan, kesemua anggota terbabit dalam perjalanan pulang ke markas mereka di Sungai Senam, Ipoh selepas menyempurnakan tugas kawalan sempena perarakan keagamaan di Teluk Intan.

PM Arah Siasatan Menyeluruh, Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan maut yang membabitkan 18 orang anggota FRU berkenaan.

Menerusi satu hantaran di laman X, beliau turut menggesa agar bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terkesan dalam insiden menyayat hati itu.

“Saya turut mendoakan kesemua yang cedera dalam insiden itu, diberikan kesembuhan sesegera mungkin, selain dipermudahkan segala urusan,” tulis ciapan di X itu.

Pihak polis kini sedang meneliti semua aspek kejadian termasuk laporan forensik, saksi dan rakaman lokasi kemalangan untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Jenazah mangsa akan dihantar ke Unit 5 FRU di Sungai Senam bagi penghormatan terakhir dan pengebumian.

Sumber: X @anwaribrahim

Baca Artikel Berkaitan: Trak ATM Bawa Kenderaan Perisai Terbabas Gara-Gara Jalan Basah & Licin

Baca Artikel Berkaitan: Papan Tanda & Lampu Jalan Di Laluan Gajah, Kerajaan Ambil Serius Isu Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lori Treler ‘Sapu’ Hilux Depan Kedai, Hampir Langgar Ibu & Anak Dalam Myvi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd