‘Pilihan Sukar Tetapi Nyata’ – Pakar PBB Gesa Masyarakat Dunia Ambil Tindakan Segera Dalam Isu Palestin
Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata tindakan segera harus diambil bagi mengelakkan penghapusan penduduk Palestin dan wilayah Gaza ‘musnah sepenuhnya’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Keadaan di tanah suci Palestin menjadi semakin parah apabila rejim Zionis menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah itu sejak dua bulan lalu.
Sebelum ini, organisasi bukan kerajaan (NGO) Amnesty International memaklumkan bahawa tiada lagi bekalan makanan di Gaza menyebabkan rakyatnya berdepan risiko kebuluran.
Dalam perkembangan terkini, tentera Israel pula telah mengumumkan bahawa serangan besar-besaran yang lebih meluas akan dilancarkan setelah ianya diluluskan oleh kerajaan.
Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Makanan Tak Dibenarkan Masuk Ke Gaza, Penduduk Akan Terkorban Akibat Kebuluran
Baca Artikel Berkaitan: Israel Rompak Hampir 100 Lori Bantuan Makanan Ke Gaza, Hanya 11 Sampai Ke Destinasi
Baca Artikel Berkaitan: “Israel Haramkan UNRWA Di Palestin Strategi Nafikan Hak Penduduk Pulang Ke Tanah Air” – Wisma Putra
Pakar PBB Gesa Tindakan Segera Demi Elak Gaza Musnah Sepenuhnya
Sehubungan itu, pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa tindakan segera diambil terhadap serangan berterusan oleh Israel bagi mengelakkan penghapusan penduduk Palestin dan wilayah Gaza ‘musnah sepenuhnya’.
Di peringkat global, pengumuman serangan berskala besar oleh tentera Israel telah hebat dikecam selepas agensi PBB memberi amaran mengenai bencana kemanusiaan akibat peperangan berterusan sejak 19 bulan lalu di Palestin.
Dalam pada itu, lebih 20 pakar bebas PBB berkata masyarakat dunia berdepan dengan ‘pilihan sukar tetapi nyata’ dalam isu pembantaian rakyat Palestin.
Kata mereka, dunia boleh memilih sama ada untuk ‘berdiam diri dan menyaksikan pembunuhan mereka yang tidak bersalah atau turut serta dalam mencari penyelesaian adil’.
Pihak PBB turut menggesa masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri dan membiarkan dunia ‘terjerumus ke dalam jurang keruntuhan moral’.
Pemimpin Antarabangsa Kecam Serangan Besar-Besaran Ke Atas Gaza
Baru-baru ini, satu serangan berskala besar yang lebih meluas telah diumumkan oleh tentera Israel setelah ia diluluskan oleh kerajaan.
Serangan yang dirancang dalam masa sama bantuan kemanusiaan ke Gaza disekat itu akan menyebabkan pemindahan ‘sebahagian besar’ penduduk wilayah itu secara langsung.
#Israel’s reported plans to forcibly transfer #Gaza’s population & expand military offensive aggravate concerns about the Palestinians’ continued existence in Gaza as a group.
— UN Human Rights (@UNHumanRights) May 7, 2025
Sehubungan itu, pemimpin beberapa negara telah mengecam keadaan di tanah suci berkenaan, termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menyifatkan krisis di Gaza sebagai ‘paling kritikal yang pernah disaksikannya’.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pula memaklumkan satu draf resolusi akan dikemukakan oleh kerajaannya di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk ‘mencadangkan langkah segera bagi menghentikan pembunuhan orang awam tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan’ disalurkan ke Gaza.
Dalam sidang Parlimen, Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata bahawa apa yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat kini semakin tidak dapat diterima akal.
Malah dalam menangani masalah larangan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas telah menawarkan diri bagi pengagihan bantuan sekiranya Israel tidak mempercayai pihak lain di kawasan terbabit.

Serangan Udara 7 Mei Antara Paling Teruk Sejak Gencatan Senjata Dihentikan
Di samping itu, media antarabangsa AFP turut melaporkan serangan udara oleh tentera Israel yang berlaku semalam (7 Mei) dan mengorbankan 59 nyawa. 48 daripada jumlah korban itu adalah di Bandar Gaza.
Bercakap kepada AFP, jurucakap pertahanan awam Mahmud Bassal berkata, sekurang-kurangnya 33 jasad dan lebih 80 individu yang tercedera telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat, paramedik dan sukarelawan.
Daripada jumlah itu, sekitar separuh adalah kanak-kanak manakala sebahagian lagi wanita yang terkorban dan tercedera dalam serangan udara di kejiranan Al-Rimal, Gaza.
Menurut AFP, serangan tersebut merupakan salah satu yang paling meragut nyawa selepas gencatan senjata dihentikan pada 18 Mac lalu selepas hanya dua bulan.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Didakwa Tangguh Gencatan Senjata Di Gaza
Baca Artikel Berkaitan: 40 Rakyat Palestin Dibunuh Beberapa Jam Selepas Pengumuman Gencatan Senjata
Bekalan Makanan Tersedia, Tetapi Tak Dapat Dibawa Masuk Tanpa Kebenaran Israel
Meneliti isu ketiadaan makanan, World Central Kitchen (WCK) memaklumkan bahawa tiada bekalan lagi untuk menyediakan makanan atau membuat roti di Gaza.
Untuk info, WCK merupakan badan amal yang mengendalikan satu-satunya kilang roti yang masih beroperasi di Gaza.
“Bekalan makanan tambahan dan peralatan sudah siap untuk dihantar ke sempadan dari Jordan dan Mesir.
“Tugas penting kami tidak dapat diteruskan tanpa kebenaran dari Israel untuk bantuan ini memasuki Gaza,” katanya dipetik AFP.
Larangan kemasukan bantuan kemanusiaan termasuk bekalan makanan ke Gaza telah diletakkan oleh Israel sejak 2 Mac lalu.
Tindakan itu menyebabkan tiada bekalan makanan yang tiba di wilayah itu, sekaligus mengakitbatkan banyak dapur-dapur komuniti bakal ditutup.
Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), terdapat 116,000 tan makanan terletak di luar Gaza yang mencukupi untuk seluruh populasi selama empat bulan.
Gaza is officially without food.
— Mohamad Safa (@mhdksafa) May 4, 2025
Palestinian children face starvation under Israel's total Gaza blockade. pic.twitter.com/3AnI89kY8W
Baca Artikel Berkaitan: “Zon Selamat Palsu & Mengelirukan” – UNRWA Dakwa Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.