Now Reading
KPDN Tidak Akan Kecualikan Perkhidmatan Kesihatan Sektor Swasta Dari Akta Pengguna

KPDN Tidak Akan Kecualikan Perkhidmatan Kesihatan Sektor Swasta Dari Akta Pengguna

Difahamkan, kerajaan menolak gesaan MMA yang mahu pengecualian terhadap penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan terhadap sektor kesihatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu ketelusan harga dalam sektor kesihatan kembali hangat diperkatakan sejak kerajaan menguatkuasakan peraturan baharu yang melibatkan paparan harga ubat di klinik dan farmasi swasta.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap cara pelaksanaan itu yang dikatakan tidak sesuai dengan struktur perkhidmatan perubatan.

Gesaan ini mendapat reaksi pantas daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang mempertahankan pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 Akta 723.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Swasta Protes, Bantah Peraturan Papar Harga Ubat Secara Wajib

Baca Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Rupanya Pernah Jalani Rawatan Psikiatri

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Atau Scammer? Pakar Ini Kongsi Cara Pastikan Tauliah Perubatan

Semua Penjual Termasuk Klinik Tertakluk Di Bawah Akta

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa Akta 723 tidak mengecualikan mana-mana sektor termasuk perkhidmatan kesihatan.

Tegasnya, semua bentuk perniagaan yang menjual barangan kepada pengguna perlu patuh kepada peraturan penandaan harga tanpa mengira status atau jenis perniagaan.

“Selagi mana anda menjual barangan kepada pengguna, walau apa jenis sekalipun, Seksyen 10 akta itu memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan peraturan pelabelan atau penandaan harga,” katanya.

Beliau turut memberi contoh ketika pandemik COVID-19, di mana kerajaan pernah menggunakan akta sama untuk menetapkan harga vaksin, pelitup muka dan kit ujian pantas. Malah, dua daripada perintah tersebut masih berkuat kuasa hingga hari ini.

“Dalam konteks hak universal pengguna, tidak ada perbezaan darjat penjual profesional ataupun penjual kalangan peruncit,” katanya lagi.

Tambah beliau, prinsip utamanya adalah untuk memastikan pengguna mendapat maklumat mencukupi sebelum membuat keputusan pembelian, termasuk dalam sektor kesihatan.

“Bila mana perniagaan anda menjual barangan kepada pengguna, tanggungjawab kerajaan ialah memastikan rakyat mempunyai hak akses kepada maklumat, sekali gus hak untuk membuat pilihan.”

MMA Mahu Akta Lain Digunakan Untuk Ketelusan Harga

Sumber: MalayMail

Sebelum ini, MMA menjelaskan bahawa para doktor tidak menolak prinsip ketelusan harga, tetapi menegaskan bahawa pelaksanaannya perlu melalui saluran undang-undang yang lebih tepat.

Menurut mereka, Akta 723 lebih sesuai digunakan untuk sektor seperti pasar raya dan farmasi, bukan perkhidmatan profesional.

Bakal Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo menyifatkan sistem rawatan perubatan tidak sama dengan transaksi barangan biasa.

Beliau menjelaskan bahawa pesakit datang bukan sekadar beli ubat, mereka melalui proses diagnosis, konsultasi dan rawatan.

Beliau turut menambah bahawa membuka sebuah klinik memerlukan hampir sedekad latihan dan lesen, berbeza dengan perniagaan biasa yang tidak memerlukan tahap kelayakan profesional sebegitu tinggi.

MMA dan 15 persatuan kesihatan lain mencadangkan agar kerajaan menggunakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) sebagai asas kepada pelaksanaan ketelusan harga, agar lebih sesuai dengan realiti sektor kesihatan.

Serah Memorandum Secara Aman, Mahu Suara Doktor Didengar

Terdahulu, wakil MMA hadir ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan. Mereka pada awalnya merancang berarak sejauh 2.3 kilometer dari Kementerian Kesihatan ke Pejabat Perdana Menteri, namun rancangan itu dibatalkan atas nasihat polis memandangkan ada peserta berusia.

Dr Thirunavukarasu menegaskan bahawa himpunan itu bukan bertujuan menekan kerajaan, sebaliknya menjadi isyarat bahawa suara komuniti perubatan perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan dasar kesihatan yang memberi kesan langsung kepada operasi harian mereka.

Dalam pada itu, Datuk Armizan memaklumkan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk meneliti memorandum yang dikemukakan seperti yang telah diputuskan oleh Kabinet.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Pelatih Wanita Di India Dirogol & Dibunuh Cetus Protes Libatkan Petugas Hospital

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Di India Maut Gara-gara Doktor Palsu Guna Tutorial YouTube Untuk Lakukan Pembedahan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd