PDRM Sahkan Mayat Wanita Dicampak Dari Van Di KESAS Bukan Pamela
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, wanita berbangsa Cina yang terbabit dalam insiden tersebut beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan jalan raya merupakan insiden yang tidak dapat dielakkan dan boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja sehingga meragut nyawa individu terlibat.
Seperti dalam satu kes yang dilaporkan semalam (6 Mei) seorang wanita telah tercampak keluar dari dalam sebuah kereta sebelum maut akibat digilis lori.
Malah, semalam juga berlaku satu insiden di jalan raya yang dipercayai bersangkut-paut dengan kes jenayah.
Baca Artikel Berkaitan: Pintu Kereta Tiba-tiba Terbuka, Wanita Maut Dilanggar Lori Tangki Minyak
Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai
Tular Rakaman Audio Dakwa Mayat Wanita Dibuang Dari Dalam Kereta
Baru-baru ini, satu rakaman audio yang tular di media sosial ternyata menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.
Menerusi rakaman audio yang dimuat naik ke TikTok (@pokcikgreb) itu, dapat didengari dakwaan bahawa mayat seorang wanita berbangsa Cina telah dibuang dari dalam sebuah kereta.
Difahamkan insiden itu berlaku di sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan mayat tersebut telah dilanggar sebuah kereta.
“Ada orang buanglah, orang dari kereta. Buka pintu buang orang, terus jalan. Perempuan Cina sudah mati. Kereta belakang sudah naik,” katanya.
Menurutnya lagi, perkara itu sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
@pokcikgreb Orang buang orang – KESAS . #kesas #kesashighway #orangbuang #kemalanganjalanraya ♬ Hard News – DM Production
Dengar audio penuh [DI SINI].
Ramai Kaitkan Insiden Dengan Kes Penculikan Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang berasa risau dengan keadaan itu memandangkan ia merupakan satu kes pembunuhan jika dakwaan itu benar.
Tidak kurang juga yang mengaitkan insiden terbabit dengan kes kehilangan seorang wanita ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada April lalu.
Namun ada juga yang mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.










Polis Sahkan Wanita Tercampak Di KESAS Bukan Pamela
Pihak polis bagaimanapun mengesahkan bahawa wanita dipercayai dicampak di KESAS itu bukanlah Datin Seri Pamela Ling Yueh yang didakwa dilarikan individu menyamar sebagai polis pada 9 April lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya di KESAS itu membabitkan seorang wanita berbangsa Cina yang beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak.
Tambahnya lagi, wanita berusia 44 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan di lokasi kejadian.
Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada 2.58 petang yang mendakwa menyaksikan kejadian itu.
“Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa tercampak dari sebuah van, namun kenderaan yang membawa mangsa dipercayai melarikan diri.
“Kita terima laporan daripada seorang lelaki membuat panggilan kecemasan MERS 999 maklumkan ada perempuan jatuh dari kereta,” katanya dipetik Awani.
Polis Kesan Van Putih Terlibat Kes Mayat Wanita Dibuang Di KESAS
Sehubungan itu, mayat wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras bagi tujuan bedah siasat.
“Polis masih merakam keterangan beberapa saksi kejadian. Kita hanya boleh mengklasifikan siasatan selepas keterangan dirakamkan sepenuhnya.
“Kita masih tidak dapat mengesahkan sama ada wanita itu tercampak atau dicampak dari kenderaan itu,” jelasnya.
Aidil Bolhassan juga memaklumkan bahawa pihak polis telah mengesan van putih yang terlibat dalam kes tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Siasat Dakwaan Datin Dilarikan Individu Menyamar Polis Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM
Baca Artikel Berkaitan: Where Is Pamela Ling? Family Baffled As Woman Goes Missing While On The Way To MACC
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.